YANG MASIH PANAS...

15 Diktator Yang Berjaya Digulingkan..



Pemerintahan diktator sering kali di kaitkan dengan pemerintahan berkuku besi (iron fist)..Dalam sesetengah negara yang berpimpinan diktator, rakyat selalunya akan dikongkong dan setiap gerak-geri mereka akan diperhatikan, malah, paling teruk, kalau melawan, boleh di hukum mati atau dipenjara seumur hidup.. 

Namun selalunya, pemerintahan diktator ini tidak akan bertahan lama kerana secara perlahan-lahan, rakyat akan bangkit untuk melawan pemimpin ini..Pemimpin diktator ini kemungkinan akan terbunuh, tewas atau diusir dari negara mereka sendiri..Baru-baru ni, majalah Times telah menyenaraikan 15 pemimpin diktator yang berjaya digulingkan..Nak tahu siapa, meh baca kat bawah ni..


1. Muammar Ghaddafi
Kolonel Muammar Ghaddafi memerintah Libya selama 42 tahun. Dia mengambil alih kekuasaan ketika masih berpangkat Kapten pada usia 27 tahun pada tahun 1969. Ghaddafi digulingkan dari kekuasaannya dan ditembak mati oleh pasukan revolusi yang dibantu NATO pada 20 Oktober 2011.


2. Saddam Husein
Saddam Husein memimpin Iraq sejak tahun 1979. Dia pernah menghadapi AS dan sekutunya dalam dua kali perang. Pada Perang Teluk ke-2 iaitu tahun 2003, AS dan sekutunya menyerang Iraq dengan tuduhan bahawa Saddam mengembangkan senjata biologi. Saddam berhasil ditangkap pasukan AS dan disabitkan bersalah atas kejahatan kemanusiaan. Dia dijatuhi hukuman gantung pada tahun 2006.


3. Adolf Hitler
Diktator Jerman yang sekaligus pemimpin Nazi ini memulakan Perang Dunia Kedua di seluruh Eropah. Mimpinya untuk mengembalikan kejayaan kaum Aryan membuatkan dia perlu membunuh jutaan orang Yahudi. Hitler akhirnya dikalahkan oleh pasukan bersekutu. Saat sekutu menawan Jerman, dia membunuh diri dalam bunkernya.


4. Benito Mussolini
Mussolini adalah seorang fasis yang memimpin Itali. Dia mula berkuasa ketika terpilih sebagai Perdana Menteri tahun 1922. Saat Itali dikuasai tentera bersekutu, Hitler yang menjadi sekutunya mengirimkan pasukan komando Jerman untuk membebaskan Mussolini dari tahanan tentera bersekutu. Nasib Mussolini berakhir dengan tragis, dia ditangkap simpatisan komunis dan dibunuh di Danau Como, Itali. Mayatnya kemudian digantung terbalik di Piazzale Loreto, Milan.


5. Pol Pot
Hanya dalam 4 tahun Pol Pot dan Khmer Merah memerintah Kamboja. Tapi selama sela waktu 1975-1979, tidak kurang dari 1.7 juta rakyat Kamboja dibunuh. Pol Pot yang dipanggil ‘saudara nombor satu’ ini membuat Kemboja menjadi ladang pembunuhan. Penaklukan Vietnam ke Kamboja tahun 1978 membuat Pol Pot terdesak dari Phnom Penh. Dia meluaskan pemerintahannya dari hutan sebelum akhirnya tempat persembunyiannya dibocorkan oleh anak buahnya sendiri. Pol Pot tewas ketika menjalani tahanan rumah pada 15 April 1996.

6. Idi Amin
Idi Amin memerintah Uganda selama 8 tahun, dari 1971 hingga 1979. Amin yang menjadi perwira tentera ini merebut kekuasaan dari Perdana Menteri Milton Obote. Selama pemerintahannya, Idi Amin mengusir ribuan orang India berkewarganegaraan Inggris dari Uganda. Dia juga dikata melakukan banyak pembunuhan pada musuhnya. Pada masa itu juga,  keadaan ekonomi Uganda sedang porak-peranda. Akhirnya pejuang Uganda yang dibantu tentera Tanzania berjayal menggulingkan Idi Amin. Dia kemudian lari ke Libya dan dibantu sahabatnya Muammar Khadafi. Idi Amin akhirnya berpindah ke Arab Saudi hingga meninggal dunia di sana pada tahun 2003.


7. Mobutu Sese Seko
Jeneral Mobutu Sese Seko menjadi Presiden di Kongo sejak tahun 1965 hingga 1967, setelah melakukan kudeta. Dia selalu tampil dengan kopiah bercorak yang khas. Selama beliau memerintah, Mobutu dikata melakukan banyak pelanggaran hak asasi manusia. Korupsi bermaharajalela di negara ini. Kekuasaan Mobutu berakhir setelah pasukan Laurent Kabila mengalahkannya. Mobutu kemudian lari ke Maroko dan mati kerana kanser prostat tidak lama kemudiannya.


8. Nicolae Ceausescu
Nicolae Ceausescu memerintah Rumania selama 24 tahun. Pada waktu kepemimpinannya, dibentuk satu polisi rahsia blok timur yang kejam. Selain itu diktator Rumania ini membawa Rumania sebagai satu-satunya negara di Eropah yang mengalami kelaparan dan kekurangan gizi makanan. Dia memerintah dari 1967 hingga 1989, dia juga merupakan ketua parti komunis Rumania. Ceausescu akhirnya disabit bersalah atas jenayah genocide dan ditembak mati di depan skuad menembak.


9. Slobodon Milosevic
Slobodan Milosevic akan selalu dikenang kerana kejahatan perang Serbia-Bosnia. Dalam perang 1992-1995, itu, Milosevic dan pasukan Serbia membunuh ribuan penduduk Muslim Bosnia. Dia kemudian diadili sebagai penjenayah perang. Dia meninggal dalam selnya tahun 2006. Sementara itu, pengadilan antarabangsa masih lagi mencari sisa pengikut Milosevic yang terlibat dalam jenayah genocide pada perang Bosnia.


10. Jean-Claude Duvalier
Jean-Claude Duvalier sering dipanggil ‘baby doc’. Pada waktu ini, dia mungkin menjadi orang termuda yang menjadi presiden. Pada tahun 1971, Duvalier baru berusia 19 tahun ketika menggantikan ayahnya yang mati sebagai presiden. Dia segera menjadi pemerintah dan mengakibatkan kelaparan dan kemelesetan ekonomi di Haiti. Tahun 1986, kerana keadaan terdesak, Duvalier melarikan diri ke Perancis. Pada tahun 2011, Haiti dilanda gempa bumi dan krisis politik.




11. Ferdinand Marcos
Siapa yang tak kenal nama Ferdinand Marcos yang terpilih sebagai Presiden Filipina pada tahun 1964. Selama dua dekad pemerintahannya, Marcos selalu melaungkan ancaman komunis revolusioner, dan menggunakan isu tersebut untuk mengawal media dan menangkap beberapa lawan politiknya. Pada masa kepemimpinan Marcos, kronisme dan korupsi meluas. Berjuta wang negara disedut ke akaun peribadi Marcos di Switzerland.
Pada tahun 1986, Marcos kembali terpilih menjadi Presiden Filipina, namun pilihanraya tersebut dicemari dengan penipuan, intimidasi dan kekerasan ini menjadi titik klimaks bagi dirinya. Marcos akhirnya diturunkan dari jawatannya dalam Revolusi EDSA pada tahun yang sama. Bersama isterinya, Imelda Marcos melarikan diri dari Filipina. Marcos meninggal dunia dalam pengasingannya di Hawaii pada tahun 1989.


12. Husni Mubarak
Husni Mubarak yang merupakan mantan Komandan Angkatan Udara Mesir ini memulakan karier politiknya pada 1975 sebagai Wakil Presiden. Mubarak menjawat jawatan sebagai Presiden Mesir selama 3 dekad sejak tahun 1981. Di bawah kepemimpinan Mubarak, Mesir menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Bantuan jutaan dolar AS yang diperolehi digunakan dalam rangka menjaga keamanan Israel dan membasmi politik Islam. Namun, pada 11 Februari 2011, Mubarak yang berusia 83 tahun ini akhirnya mengundurkan diri dari kerusinya sebagai presiden akibat desakan dan aksi tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Mesir selama 18 hari pada awal 2011 yang menyebabkan kehilangan nyawa sebanyak 850 orang.


13. Fulgencio Batista
Fulgencio Batista yang menjawat Presiden Kuba selama 2 dekad ini dikenali sebagai pemimpin diktator yang brutal yang memimpin Kuba sejak 1933. Pada tahun 1944, masa jawatannya berakhir dan Batista pun meninggalkan Kuba. Namun, 8 tahun kemudian, Batista melancarkan aksi kudeta dan berhasil memimpin kembali Kuba. Hampir kesemua sektor pemerintahan dikawal penuh oleh Batista. Mulai dari ekonomi, kongres, pendidikan, hingga media. Selain itu, Batista juga memperkayakan dirinya sendiri dengan wang negara. Batista berjaya disingkirkan dari jawatannya pada tahun 1959, melalui Revolusi Kuba yang dipimpin oleh Fidel Castro. Setelah itu, Batista diketahui senyap-senyap ke luar negeri dan berpindah-pindah tempat tinggal, hingga akhirnya meninggal pada 1973 di Guadalamina, Sepanyol.


14. Antonio Salazar
Nama Antonio Salazar terkenal sebagai salah satu pemimpin paling kejam di Benua Eropah. Salazar memimpin Portugal sejak 1932 hingga 1968. Bentuk pemerintahan Salazar disebut nasionalis konservatif, atau sebahagian orang menyebutnya fasis. Salazar memegang teguh visi anakronistik, yakni bahawa Portugal masih memiliki kekuatan 'kaisar' dan berhak menceroboh koloni-koloninya di selatan Afrika. Rejim Salazar di beri nama jolokan ‘Estado Novo’ atau negara baru, yang membanggakan pertumbuhan dan stabiliti ekonomi, namun masih sarat dengan penindasan. Pada tahun 1960-an, muncul pemberontakan besar-besaran terhadap rejim Salazar di Mozambik dan Angola. Ketika menderita akibat pendarahan otak pada tahun 1968, Salazar dilucutkan dari jawatannya secara diam-diam. Dan tahun 1974, Revolusi Bunga menandakan berakhirnya rejim Salazar.


15. Alfredo Stroessner
Alfredo Stroessner menjadi diktator yang memimpin Paraguay hampir selama 4 dekad sejak tahun 1954. Rejim Stroessner terkenal dengan aksi penyiksaan, penculikan dan kekejaman polis. Stroessner akhirnya berjaya digulingkan pada 1989 oleh para jeneral dalam rejimnya sendiri yang khuatir Stroessner akan melantik anaknya, penagih kokain, sebagai penggantinya. Stroessner dikatakan meninggal dalam pengasingannya di Brazil pada tahun 2006. Majalah TIME pernah menulis rejim Stroessner merupakan rejim yang bertahan paling lama di antara para diktator lain di negara Barat. Rezim Stroessner berada sedikit di belakang rejim diktator Korea Utara, Kim Il Sung..


p/s: pemerintahan diktator tak akan bertahan lama..Apabila dibenci rakyat, terima la padahnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate