YANG MASIH PANAS...

Keadaan Daif Mumia Firaun..



Oleh: takusahrisau
Sebagai pemerintah paling berkuasa di Mesir Purba, firaun sering digambarkan memiliki tubuh yang bidang, wajah yang bengis dan suara yang garau. Ia ada benarnya. Firaun Seti I misalnya, digambar memiliki wajah yang bengis dan suara yang keras. Manakala, permaisuri Firaun Akhaneten, Nefertiti disebutkan mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang mulus. Keanggunan Nefertiti boleh dilihat pada ukiran patung wajahnya pada sehingga hari ini.
Walaubagaimanapun, beberapa Firaun memiliki kecacatan dan kecederaan yang teruk sehingga hampir merosakkan wajah mereka. Sedarlah bahawa Firaun hanya manusia biasa. Sesungguhnya Allah swt paling berkuasa dan Maha Sempurna.
Tutankhamun
Tutankhamun(1332SM-1323SM) adalah anak kepada Firaun Akhenaten. Beliau menaiki takhta selepas kematian bapanya. Menurut laporan perubatan, Firaun Tutankhamun yang dikenali dengan gelaran King Tut menghidap pelbagai ‘kecacatan’ fizikal.  Tutankhamun dilaporkan menghidap bibir sumbing dan scoliosisScoliosis adalah kecacatan kepada tulang belakang yang disebabkan oleh kebengkokan tulang . Ini menyebabkan Firaun Tutankhamun mengalami kebongkokan.
Menurut kajian yang lebih terperinci, firaun yang memiliki ketinggian 180cm ini menghidap sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Dolichocephalic.Dolichocephalic adalah penyakit genetik yang turut dibawa oleh bapanya yang mana ia menyebabkan tulang tengkorak sedikit memanjang ke atas.
images
Akhenaten
Tiada Firaun yang berwajah pelik selain daripada Firaun Akhenaten(meninggal pada 1334SM). Firaun Akhenaten terkenal sebagai seorang firaun yang bertanggungjawab melakukan revolusi keagamaan di Mesir Purba apabila cuba menghapuskan penyembahan kepada Tuhan Amon dan lain-lain Tuhan. Akhenaten memaksa seluruh rakyatnya menyembah kepada satu Tuhan iaitu Aten manakala pusat pentadbiran dipindah ke Amarna.
Bapa kandung Firaun Tutankhamun ini memiliki susuk tubuh yang janggal. Mukanya runcing, kepala memanjang, perut sedikit membuncit, paha melebar seakan-akan peha perempuan dan buah dada sedikit timbul. Mudah untuk dibicara, Akhenaten lebih mirip seorang wanita berbanding seorang lelaki. Selepas pelbagai kajian dan analisis, pelbagai teori timbul antaranya adalah Akhenaten dikatakan menghidap Sindrom Marfan. Sindrom ini menyebabkan penghidapnya memiliki ketinggian yang luar biasa serta ciri-ciri tulang rusuk melebar dan tangan menjadi kecil.
akhenaten2facesmall
akhenaten3small
Ramses
Ramses(1303SM-1213SM) dilahirkan sebagai putera yang sihat. Sebaik meningkat dewasa, Ramses menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber dan berpadangan jauh. Ramses banyak memimpin bala tenteranya menewaskan musuh-musuh seterusnya meluaskan wilayahnya. Walaubagaimanapun, kesihatan Ramses beransur-ansur merudum menjelang usianya genap 60 tahun. 20 tahun terakhir usianya, Ramses menghidap pelbagai penyakit yang membelenggu dirinya. Ramses menghidap penyakit Arthritis yang teruk. Kaki dan tangannya membengkak. Sesekali Ramses akan dibawa oleh hamba-hamba istananya untuk mandi suana di sebuah gua di Mesir. Ramses turut mengalami masalah gigi dan rahang yang teruk. Ramses meninggal dunia di usia 90 tahun dan diganti oleh anaknya yang ke-13, Merneptah.
ikra-01f-ramses-ii-l
Seqenenre Toa
Seqenenre Toa adalah Firaun yang memerintah kerajaan terakhir bagi Dinasti ke-17 di Theban, Mesir. Ahli sejarah tidak bersependapat dengan tahun pemerintahan Seqenenre Toa namun sumber paling dipercayai adalah 1560 SM sehingga 1558 SM.
Mumia Seqenenre Toa ditemui pada 1886 oleh Gaston Maspero. Ketika ditemui, Maspero terkejut dengan keadaan mumia Seqenenre Toa yang sangat teruk. Menurut laporan yang ditulis oleh Maspero, beliau secara terperinci meneliti keadaan mumia yang disifatkan ‘kemungkinan mati semasa berperang atau dibunuh dengan kejam’.
Berdasarkan keadaan mayat, Seqenenre Toa telah meninggal dunia di usia 40 tahun. Kepala Seqenenre Toa telah ditikam dengan kapak. Giginya patah, patah di bahagian rahang, dan pukulan itu menyebabkan Seqenenre Toa terhempas kuat ke lantai. Seterusnya menyebabkan trauma pada kepalanya.
Menurut laporan Maspero, jasadnya kekal di tempat beliau mati untuk beberapa waktu sebelum ditemui. Akibatnya, proses mumia terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa.
250px-Sequenre_tao
Firaun Djeher
Firaun Djeher diperkirakan memerintahkan sekitar tahun 360SM sehingga 362SM. Pemerintahannya begitu singkat akibat rampasan kuasa oleh Nectanebo II dengan bantuan Agesilaus II daripada Sparta. Artaxerxes daripada Parsi memberi suaka politik kepadanya dan tinggal di Parsi sehingga meninggal dunia.
Melalui beberapa penelitian CT scan terhadap mumia Firaun Djeher, terdapat tanda-tanda Firaun Djeher menghidap penyakit jantung yang serius. Dilaporkan bahawa besar kemungkinan kematiannya adalah disebabkan oleh serangan jantung.
mummy-scan-110517
Putera Pentewere
Mumia Putera Pentewere sememangnya misteri. Sejak ditemui pada 1881 oleh Gaston Maspero, ia menjadi persoalan kepada banyak ahli sejarah. Keadaan mumia yang menakutkan dengan mulut yang ternganga seakan-akan mengalami kesakitan yang dashyat.
Ketika ditemui mumia ini diletakkan bersebelahan dengan tiga Firaun terkenal, Rameses the Great, Seti I and Tuthmosis III. Namun, berbeza sekali dengan ketiga-tiga Firaun tersebut, mumia Putera Pentewere tiada dekorasi dan proses mumifikasi cacar marba.
Selepas beberapa kajian, ahli arkeologi berpendapat bahawa Putera Pentewere adalah individu yang bertanggungjawab melancarkan pemberontakan kepada bapanya, Ramses III dengan bantuan ibunya, Tiy. Besar kemungkinan, kedashyatan kematian Putera Pentewere adalah disebabkan oleh proses seksaan yang dilakukan pegawai Ramses III.
photo1
head of unknown mane-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate