YANG MASIH PANAS...

Pakatan Rakyat tak sampai ke Putrajaya



Subky Latif,08 Mei 2013

Dengan keputusan PRU13, telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan lain kali pula ke situ.

Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang  dapat dibuat, kerana sistem piliihan raya demokrasi memperaturkan keputusan itu diterima baik apa jua yang berlaku.

Dengan keputusan itu, Putrajaya tidak dapat diambil alih. Kerajaan pusat yang sama dan Perdana  Menteri yang  sama menyambung tanggungjawabnya.

Dengan ini harga minyak tidak dapat diturunkan dalam masa 24 jam selepas keputusan pillihan raya diketahui. Harga minyak terus seperti biasa. Kerajaan yang ada tidak menjanjikan harganya diturunkan dan tidak pula berjanji ia tidak akan dinaikkan. Rakyat akan menghadapi keadaan yang sama tentang harga minyak dan segala kesannya.

Tiada janji harga barang dapat dikawal.

Negeri yang  menghasilkan minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak hilang peluang untuk dapat royalti minyak 20 peratus. Kelantan yang sedang menuntut haknya atas minyak yang dinafikan sejak sekian lama hilang peluang yang segera untuk menyelesaikan tuntutan itu. Bahkan negeri seperti Terengganu tidak ada jaminan untuk mentadbirkan sendiri royalti lima peratusnya yang dirampas sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Harapan untuk membeli motokar baru yang murah juga hilang. Walaupun BN dalam aku janji manifestonya menjanjikan untuk menurunkan harga motokar yang baru, tetapi ia tidak menjanjikan penghapusan cukai eksais atasnya.

Orang-orang yang menangguh pembelian motokar sejak beberapa bulan dulu kerana menunggu harapan PR sampai ke Putrajaya, terpaksa melupakan harapan itu. Terpaksalah membelinya dengan harga yang biasa.

Orang yang meminjam PTPTN  terpaksa melupakan saja harapan ia dimansuhkan dan yang menagguhkan membayarnya dulu beriktiarlah membayarnya.

Ibu bapa yang anak-anaknya bakal masuk universiti selepas ini, tak usah memikirkan anak-anaknya akan bebas daripada tanggungjawab PTPTN. Rakyat sekarang sudah hilang peluang untuk mendapat pelajaran percuma dari pra sekolah hingga ke universiti.

Ibu bapa yang mahu anak-anaknya masuk ke sekolah agama  rakyat dan tahfiz al-Quran terpaksa memikirkan sistem pengajian itu mengikut cara lama iaitu berbelanja sendiri.

Semangat perlembagaan menjanjikan setiap anak yang lahir ada peruntukan pendidik per kepala. Peruntukan itu akan ikut ke sekolah mana anak itu pergi. Yang memilih belajar di sekolah Tamil dan Cina, ke sekolah itulah duit itu diberi. Tetapi yang pergi ke sekolah agama rakyat seperti pondok dan tahfiz, duit itu tidak mengikut murid itu.

Pakatan Rakyat ada menjanjikan sekolah seperti itu termasuk  dalam sistem pelajaran percuma yang dicadangkan.

Harapan untuk bebas tol lebuh raya secara berperingkat-peringkat tidak dinikmati selagi Putrajaya tidak diambil  allih oleh  Pakatan. Maka sekalian rakyat untuk masa lima  tahun akan datang tidak dapat berangan-angan untuk melalui lebuh raya tanpa tol. Tidak diketahui apakah ia akan dikurangkan? Apa pun, bersedialah untuk meneruskan mengguna lebuh raya seperti biasa.

Orang-orang yang kena saman ekor, bersedialah untuk membayarnya jika tidak mahu diburu.

Apakah tidak mustahil kerajaan yang menang itu menciplak segala janji manifesto PR? Ia tidak dapat difikirkan kerana ia berkata, melaksanakan janji itu menyebabkan negara bangkrap. Ia tak akan fikirkan hal itu.

Jangan berputus asa. Sebarlah dengan ujian kekalahan itu. Lima tahun lagi akan diteruskan janji itu. Lima tahun tidaklah lama sangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate