- Arab Spring sudah sampai kepada satu tahap lain dalam kita melihat perubahan landskap politik di negara-negara Arab.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Mesir adalah antara destinasi awal Arab Spring setelah Tunisia memulakan momentumnya.
Halangan tembok ketakutan yang selama ini menjadi senjata rejim kuku besi sudah diruntuhkan maka rejim zalim kini bertembung wajah ke wajah dengan suara rakyat yang mahukan ‘mainan’ kuasa kuku besi diakhiri segera.
Terkini mahkamah telah mengenakan hukuman mati kepada 529 orang kena tuduh (OKT) atas dakwaan membunuh dan mengkhianati negara.
Kesemua mereka adalah anggota Ikhwan Muslimin termasuklah ketua tertingginya iaitu Sheikh Dr Mohammed Badie’.
Dunia berkabung bukan sahaja kepada tragedi MH370 tetapi kes 529 yang dikenakan hukuman bunuh oleh rejim tentera Mesir juga menyebabkan dunia berkabung kerana matinya demokrasi.
Imbauan Dataran Tahrir Dataran Tahrir terpahat sebagai saksi kebangkitan rakyat menurunkan rejim Mubarak pada tahun 2009.
Namun pada tahun 2013 tempat yang sama telah menyaksikan satu lagi kebangkitan menjatuhkan Presiden Morsi yang dilantik secara demokratik oleh rakyat negeri itu buat pertama kalinya dalam sejarah politiknya.
Proses antara 2009-2013 juga menyaksikan proses transisi kuasa dan proses pembentukan asas-asas demokrasi.
Dan dalam proses itu kita dapat melihat bagaimana kesan kediktatoran telah meninggalkan bekas yang buruk kepada budaya politik rakyat Mesir sehingga sukar untuk melakukan perubahan yang tulen.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya tidak menolak teori dasar Amerika di Timur Tengah yang keutamaannya ialah memastikan kewujudan Israel di celah negara-negara Arab.
Demokrasi yang mengisi ruang kebangkitan rakyat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kuasa besar kerana seruan yang didengungkan Amerika membuka ruang kepada kebangkitan Ikhwan sebagai sebuah entiti parti politik yang mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Mesir.
Dari sini, Arab Spring telah melalui fasa baru seolah-olah berlaku pusingan u kepada kehendak rakyat yang telah memilih Presiden mereka dengan cara yang sah.
Pendakian Ikhwan
Nama Ikhwan sememangnya nama yang gah dan senarainya kekal sebagai sebuah gerakan Islam yang paling ramai pengikut dan paling tersusun struktur dan aktivitinya.
Dahulunya Ikhwan dianggap gerakan dakwah yang disegani.
Tetapi apabila Arab Spring, berlaku kecurigaan kepada Ikhwan sebagai kelompok terkuat berpotensi menguasai suara rakyat mula menjadi kebimbangan.
Dan kebimbangan itu kepada pihak tertentu menjadi kenyataan apabila melalui FJP terbukti Ikhwan menguasai kerusi di Parlimen dan menang sebagai presiden.
Bagi sesetengah pihak dalam lingkungan Ikhwan sendiri mereka berpendapat pendakian Ikhwan seharusnya lebih berhati-hati kerana respon negatif akan memungkinkan pihak tentera kembali berkuasa, sekali gus membawa Mesir ke zaman gelapnya kembali.
Walaupun isu tersebut menjadi perbualan hangat dalam lingkungan Ikhwan dan sememangnya pada peringkat awal Ikhwan tidak berminat untuk meletakkan calonnya sebagai presiden, entah bagaimana pada saat yang lewat Ikhwan melalui FJP mengisytiharkan Morsi.
Kemenangan satu bala?
Kemenangan Ikhwan bukan sahaja disambut dengan optimis seluruh pendokong demokrasi tetapi juga pesimis terhadap komitmennya kepada lunas demokrasi pemerintahan.
Kuasa besar lebih berminat untuk melihat sejauh mana kepentingan dasar rantaunya dapat dipelihara.
Dalam suasana pesimistik ini pihak tentera mengambil kesempatan mensabotaj suara rakyat.
Dan setiap langkah diambil menjatuhkan Morsi dirancang bagi mencapai maksud kegagalan Ikhwan dan pengkhianatan Ikhwan bagi mewajarkan hukuman bunuh dan menindas Ikhwan dengan restu Arab Saudi dan negara Teluk yang lain kecuali Qatar dan Bahrain.
Mubarak mungkin tidak ada kuasa lagi tetapi sejak awal lagi kejatuhan Mubarak sebahagiannya memang dirancang oleh tentera untuk menghidupkan generasi baru kuasa tentera.
Termasuklah Jeneral Al Sisi, mereka hanya memerlukan alasan untuk bertindak pada masa dan waktunya yang sesuai sahaja.
Jikalau pihak sekular yang menguasai kerajaan mungkin tentera akan lakukan rundingan secara halus untuk mereka terus menguasai keadaan.
Namun pendakian Ikhwan ke persada kuasa akan memberi ‘peluang’ bagi tentera untuk memenuhi kehendak teori kuasa besar dan kepentingan dirinya.
Kita jangan terkejut selepas ini Mubarak akan dibebaskan atas alasan jasa yang telah dibuat ataupun dibuang negara ke sebuah tempat yang selesa.
Kemarahan cetuskan huru hara
Perampasan kuasa tentera di Mesir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima kerana ia adalah rompakan ke atas hak rakyat dan pencerobohan kepada lunas demokrasi.
Malangnya negara kuasa besar tidak berapa minat untuk membawa isu Mesir ke persada masyarakat antarabangsa mungkin kerana mangsanya ialah Ikhwan yang Amerika menyenaraikan Ikhwan sebagai gerakan teroris.
‘Double standard’ kuasa besar ke atas Mesir mesti juga dikutuk kerana ia tidak menghormati hak rakyat Mesir yang telah memilih sebuah kerajaan yang sah.
Hukuman bunuh ke atas 529 anggota Ikhwan termasuk pemimpin tertingginya Dr Badie’ adalah satu pencabulan hak asasi manusia kerana mereka dikenakan hukuman atas motif politik dan sebagai pakej kepada rampasan kuasa tentera.
Kemarahan rakyat telah menjadikan negara Mesir dalam keadaan huru-hara.
Kemarahan itu bukan sebab Ikhwan tetapi kerana rakyat menuntut hak mereka yang dirampas.
Apakah dunia boleh biarkan Mesir huru-hara jika benar masyarakat dunia merangkul demokrasi sebagai asas kerukunan sesebuah negara?
M'sia harus kutuk
Malaysia sepatutnya mengutuk hukuman bunuh yang dikenakan rejim tentera ke atas 529 anggota Ikhwan kerana sebagai sebuah negara demokrasi adalah menjadi hak Malaysia untuk memastikan setiap negara tidak merampas hak rakyatnya untuk membuat keputusan.
Sekurang-kurangnya rampasan kuasa tentera mesti dikutuk kerana ia boleh dianggap sebagai senjata politik barbarik pada masa dunia menuju kepada membina struktur kuasa atas prinsip demokrasi dan suara rakyat.
Sebagai masyarakat dunia yang cintakan demokrasi, tindakan rejim tentera merampas kuasa dan hukuman bunuh ke atas anggota Ikhwan mesti diberi tekanan.
Ia antaranya dengan menarik balik ribuan pelajar Malaysia di Mesir dan memutuskan segala kepentingan perniagaan dengan Mesir dan mengetatkan visa untuk warga Mesir ke sini.
Saya yakin rakyat Malaysia akan menyokong tindakan kerajaan untuk menyatakan solidariti sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan menyatakan sikap antirampasan tentera kita.
Doakan untuk 'Mesir 529'
YANG MASIH PANAS...
Doa buat 'Mesir 529' juga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2014
(167)
-
▼
Mac
(56)
- Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapte...
- Cantik x bju sayeeee? ???!
- MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI R...
- EU boikot Israel
- Etnik Islam Tatar tuntut hak
- Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
- Mai Pilih.....Mai Pilih....
- mai tengok t-shirt muslimah, lepas tengok apalagi ...
- Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liput...
- Waris dari Beijing kunci mulut
- Mai Beli Beli Baju Muslimah....
- TRAGEDI MH370 - Misteri Kehilangan Pesawat MH370 d...
- Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
- jom pakat beli kelambu moden. ...
- [GEMPAR] Benarkah ini posting penumpang MH370 mint...
- Penganalisis penerbangan kata Perdana Menteri Mala...
- Kisah Benar Seorang Ustaz Dan Pramugari Seksi Dala...
- 682 lagi berdepan hukuman keras di Mesir
- Doa buat 'Mesir 529' juga
- Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap
- Masa solat jenazah ghaib ditentukan petang ini
- Gambar Bayi Dalam Nahas Pesawat MH370
- Wakil industri: Chef Wan harus lebih matang
- Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti
- Siapakah dia Maulana Zubairul Hassan yang saya mak...
- Perginya Seorang Murabbi....
- Puteri UMNO punya 'syioq' menari Zumba
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hus...
- VIDEO - MH370: Mahu jadi PM mesti berani jawab, ka...
- 'Saya pertahan kartun saya dalam Washington Post'
- Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat
- MAS nafi laporan isu data enjin MH370
- MH370: AKHIRNYA 'RAJA BOMOH' MENGAKU KALAH!!!
- IMEJ SEAKAN PESAWAT DIKESAN MELALUI LAMAN TOMNOD
- KATA-KATA TERAKHIR DARI KOKPIT PESAWAT MH370
- Data enjin MH370 cetus persoalan baru
- Lagi BUKTI MH370 dan Penumpang Masih Selamat
- Tragedi #MH370: Utusan Malaysia buat spekulasi lia...
- Asal Usul Nama “Laut Merah”?
- Otak Menjadi Aktif Ketika Berzikir....
- Keluarga berang baling botol air pada pekerja MAS
- Pencarian MH370 Kini dari Sumatera ke Hong Kong
- Keputusan ujian minyak petang ini
- Serpihan hanya longgokan kayu, bukan MH370
- Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan MH370 Dengan ...
- Waris Penumpang China Berang Dengan MAS
- Analisis Perbezaan Otak lelaki dengan perempuan
- Hanya 2 Pasport Palsu Dalam Pesawat #MH370 - Salah...
- Enam Perkara Allah SWT Sembunyikan
- Kisah Seorang Ustaz dan Seorang Isteri Derhaka
- OMG! - Korea Utara Telah Berjaya Mendarat Di Matahari
- Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun...
- Di sebalik pelbagai spekulasi, pesawat MAS belum d...
- MP Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen 11 Mac
- Kapt Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat MAS ya...
- Dubur Saiful... Masih Menjadi Talian Hayat UMNO
-
▼
Mac
(56)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan