- Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian untuk media mengenai MH370 selepas sekumpulan warga China masuk beramai-ramai untuk bercakap dengan pemberita.
Kumpulan itu, yang berjumlah kira-kira sedozen orang, berkata mereka adalah saudara mara penumpuang pesawat tersebut dan mahu meluahka kesedihan dan kemarahan mereka kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi mereka hanya mendapat sedikit maklumat mengenai kemajuan usaha mencari pesawat yang hilang itu.
Sekumpulan anggota polis muncul kemudian untuk membawa mereka pergi dari situ sebelum mereka sempat bercakap dengan pihak media.
Turut berlaku suasana tolak menolak dan kedengaran bunyi menjerit semasa kejadian itu berlaku.
"Saya sudah berada di sini selama empat hari! Sila bantu saya mendapatkan kembali anak saya!" kata seorang wanita warga emas sambil menangis, dalam bahasa Mandarin.
"Dari Laut China Selatan dan kini di tempat lain. Kami tidak tahu di mana pesawat itu telah pergi... Tidak ada maklumat langsung," kata yang lainnya.
Pada masa itu, para pemberita sudahpun berada dalam auditorium seperti biasa, untuk mendapat tempat kira-kira sejam jam sebelum taklimat akhbar, yang biasanya diadakan pada pukul 5.30 petang.
[Baca berita Penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, lima warga China anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, membuat kecoh dengan cuba sebanyak dua kali memasuki pusat media di Hotel Sama-Sama di sini, tempat para wartawan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini operasi mencari pesawat itu.
Mereka pada mulanya cuba memasuki bilik sidang media di hotel itu pada kira-kira 4.45 petang, hingga menimbulkan kekecohan dengan menangis dan menjerit. Mereka turut membawa kain rentang dalam tulisan Mandarin.
Para pegawai cuba memujuk mereka supaya meninggalkan tempat itu dan membawa mereka ke bilik urusetia media di aras yang sama, sambil media mula mengerumuni mereka.
Antara yang dilihat memasuki bilik sekretariat yang dikawal rapi polis itu ialah Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan beberapa pegawai pengurusan MAS dan Kementerian Pertahanan.
Kumpulan yang sama juga sekali lagi cuba menyerbu pusat media itu ketika sidang akhbar berlangsung.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya sedang memberi penerangan kepada pihak media ketika itu.
Hishammuddin yang dilihat terganggu seketika, berkata beliau faham akan kesedihan dan kebimbangan yang dirasai anggota keluarga penumpang itu.
"Ia amat memeritkan bagi saya juga. Saya berharap dan merayu kepada semua, kami memahami kebimbangan mereka dan kami sedang mencuba yang terbaik," katanya.
Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya manakala lebih 100 anggota keluarga menginap di Hotel Everly, Putrajaya.
Mereka terus menaruh harapan bahawa anggota keluarga mereka dalam pesawat MH370 itu selamat walaupun kapal terbang itu hilang tanpa dapat dikesan sejak 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. Sebanyak 154 penumpang ialah warga China.
Nasib penumpang pesawat itu masih tidak diketahui dan misi mencari yang disertai pelbagai negara menemui jalan buntu setakat ini.
Kawasan carian telah diperluas untuk meliputi jejak laluan besar di sebelah barat Malaysia termasuk di Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah melencong daripada laluan asal selepas seseorang dengan sengaja menutup sistem komunikasi penerbangan dan menurut satelit Inmarsat pesawat itu telah terbang tujuh jam selepas itu.
Operasi mencari kini tertumpu kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand,
dan koridor selatan meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, Khalid menafikan dakwaaan anggota polis telah mengasari warga China yang cuma memasuki pusat media itu.
"Itu tidak benar. Mereka yang merempuh masuk ke dalam bilik sidang media itu walaupun para pegawai kanan kerajaan cuba mengajak mereka berbincang," katanya kepada Bernama.
Beberapa wartawan asing mendakwa polis menggunakan paksaan untuk mengusir keluarga China itu keluar dari bilik sidang media itu berlangsung.
Warga China itu dilaporkan merempuh masuk kerana mereka marah tidak mendapat cukup maklumat dan perkembangan mengenai operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Sementara itu, Reuters melaporkan seorang lagi wanita yang memakai cermin mata hitam dan topeng muka menjerit membantah.
"Kami menggesa kerajaan Malaysia supaya memberikan kami maklumat dengan segera. Tidak ada maklumat, cuma pencarian yang tiada kesudahannya," katanya.
"Kami tidak puas hati dengan cara kerajaan Malaysia Kami tidak perlu kerajaan Malaysia untuk menjaga kami. Apa yang kita perlukan adalah kebenaran. Kita perlu tahu di mana pesawat itu," katanya.
Wanita itu juga tidak memberikan namanya.
Kira-kira dua pertiga daripada 227 penumpang MH370 adalah rakyat China dan keluarga mereka telah meluahkan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan syarikat penerbangan Malaysia yang menurut mereka lembab dalam komunikasi dan usaha mencari yang tidak cekap.
Beratus-ratus ahli keluarga masih menunggu maklumat di sebuah hotel di Beijing, dan semalam, beberapa daripadanya mengancam untuk mogok lapar.
Gerakan mencari pesawat itu telah menegangkan hubungan antara China dan Malaysia. Beijing telah berulang kali menggesa pihak Malaysia supaya melakukan yang lebih baik dalam menjaga keluarga penumpang China, dan menyediakan mereka dengan maklumat terkini.
Ditanya mengenai bantahan itu dalam sidang akhbar harian yang bermula sejurus selepas itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia menghantar sebuah pasukan "peringkat tinggi" ke Beijing untuk meningkatkan komunikasi dengan keluarga penumpang terbabit.
YANG MASIH PANAS...
Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2014
(167)
-
▼
Mac
(56)
- Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapte...
- Cantik x bju sayeeee? ???!
- MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI R...
- EU boikot Israel
- Etnik Islam Tatar tuntut hak
- Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
- Mai Pilih.....Mai Pilih....
- mai tengok t-shirt muslimah, lepas tengok apalagi ...
- Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liput...
- Waris dari Beijing kunci mulut
- Mai Beli Beli Baju Muslimah....
- TRAGEDI MH370 - Misteri Kehilangan Pesawat MH370 d...
- Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
- jom pakat beli kelambu moden. ...
- [GEMPAR] Benarkah ini posting penumpang MH370 mint...
- Penganalisis penerbangan kata Perdana Menteri Mala...
- Kisah Benar Seorang Ustaz Dan Pramugari Seksi Dala...
- 682 lagi berdepan hukuman keras di Mesir
- Doa buat 'Mesir 529' juga
- Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap
- Masa solat jenazah ghaib ditentukan petang ini
- Gambar Bayi Dalam Nahas Pesawat MH370
- Wakil industri: Chef Wan harus lebih matang
- Kak Wan: 'Langkah Kajang' kini terbukti
- Siapakah dia Maulana Zubairul Hassan yang saya mak...
- Perginya Seorang Murabbi....
- Puteri UMNO punya 'syioq' menari Zumba
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hus...
- VIDEO - MH370: Mahu jadi PM mesti berani jawab, ka...
- 'Saya pertahan kartun saya dalam Washington Post'
- Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat
- MAS nafi laporan isu data enjin MH370
- MH370: AKHIRNYA 'RAJA BOMOH' MENGAKU KALAH!!!
- IMEJ SEAKAN PESAWAT DIKESAN MELALUI LAMAN TOMNOD
- KATA-KATA TERAKHIR DARI KOKPIT PESAWAT MH370
- Data enjin MH370 cetus persoalan baru
- Lagi BUKTI MH370 dan Penumpang Masih Selamat
- Tragedi #MH370: Utusan Malaysia buat spekulasi lia...
- Asal Usul Nama “Laut Merah”?
- Otak Menjadi Aktif Ketika Berzikir....
- Keluarga berang baling botol air pada pekerja MAS
- Pencarian MH370 Kini dari Sumatera ke Hong Kong
- Keputusan ujian minyak petang ini
- Serpihan hanya longgokan kayu, bukan MH370
- Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan MH370 Dengan ...
- Waris Penumpang China Berang Dengan MAS
- Analisis Perbezaan Otak lelaki dengan perempuan
- Hanya 2 Pasport Palsu Dalam Pesawat #MH370 - Salah...
- Enam Perkara Allah SWT Sembunyikan
- Kisah Seorang Ustaz dan Seorang Isteri Derhaka
- OMG! - Korea Utara Telah Berjaya Mendarat Di Matahari
- Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun...
- Di sebalik pelbagai spekulasi, pesawat MAS belum d...
- MP Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen 11 Mac
- Kapt Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat MAS ya...
- Dubur Saiful... Masih Menjadi Talian Hayat UMNO
-
▼
Mac
(56)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan