VIDEO - Secara Jelas Fitnah Belaka...............UMNO Masih Bergantung Harap Nasibnya Kepada Dubur Saiful...
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim
Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan
4.10pm: Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim
salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.
"Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.
"Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.
3.40pm: Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu” kerana mendapat pendidikan tinggi.
“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.
“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.
3.55pm: Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.
Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.
Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.
“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”
Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.
3.35pm: Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.
Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.
Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.
3.25pm: Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.
Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.
“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.
“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”
3.00pm: Karpal berkata Jude, yang menjadi saksi utama, memberi keterangan bahawa degradasi mungkin berlaku ke atas sampel.
"Dr Siew meminta Jude untuk meletakkan sampel di dalam tempat sejuk beku tetapi beliau tidak melakukannya dan ini menunjukkan sampel tersebut terjejas apabila beliau meletakkannya di dalam kebinet.
"Kabinet tersebut bukan tempat sejuk beku, dan apabila ditanya oleh Sankara Nair jika ini melanggar prosedur polis, Jude tidak menjawab soalan tersebut.
“Beliau mengetahui bahawa beliau patut meletakkannya di dalam tempat sejuk beku untuk mengelakkan degradasi. Ini menunjukkan Jude tidak mengikut arahan Dr Siew dan menunjukkan beliau melanggar arahan tetap ketua polis negara.
Ram Karpal berkata sampel tersebut diberikan pada awal 29 Jun dan beliau membukanya pada pagi tersebut. Ram menambah, Jude hanya memberi sampel berkenaan pada malam 30 Jun.
Karpal berkatal Shafee memfitnah Anwar dan patut memohon maaf.
2.50pm: Karpal berkata setiap perkara dalam kes jenayah mesti terbukti melampaui keraguan munasabah.
Tambahnya, Shafee bercakap mengenai bukti Jude – saksi sama yang dikecam dalam pendengaran Suhakam.
2.40pm: Persidangan mahkamah bersambung semula.
Karpal mengemukakan bahawa mahkamah mesti menuruti bahan bukti yang dikemukakan. Beliau mengemukakan bantahan keras ke atas kenyataan Shafee terhadap Anwar.
12:40pm: Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. “Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.
Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: “Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”
"Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).
"Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.
Hakim Aziah menjawab, “Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.
Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.
Persidangan mahkamah ditangguhkan dan akan bermula semula pada jam 2.30 petang.
12.25pm: Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu didakwa berlaku.
Katanya, Awanr menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ini adalah tindakan licik.
Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.
12.15: Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.
Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.
12.05pm: Mahkamah meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.
Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.
Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.
Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.
Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.
11.55am: Shafee membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.
“Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan.”
11.45am: Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat menafsirkan bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.
Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik, katanya.
"Bagaimanapun, apabila ditanya oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas.”
Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.
Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.
Dalam kes ini, doktor HKL meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.
11.30am Prosiding bersambung.
Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mana sampel telah diletakkan tidak mengganggu bukti.
Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam tetapi itu bukan standard emas.
11am Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.
“Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.
Mahkamah berhenti rehat 15 minit.
10:50am Shafee berkata ahli kimia mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.
Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.
“Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot.”
Di luar mahkamah, berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis melarang kira-kira 40 orang penyokong berkumpul di ruang legar depan pintu masuk Istana Kehakiman.
Seorang pegawai polis beruniform menghalang penyokong berkumpul ketika Uncle Sow menyampaikan puisi.
Arahan itu menimbulkan sedikit ketegangan apabila mereka dilarang memasuki ruang legar itu untuk tujuan keselamatan.
"Kami punya ketua (Anwar) ada dalam (mahkamah), macam mana kami semua tak dibenarkan berada di sini.
"Kami datang nak sokong ketua kami! Mereka (polis) kata untuk tujuan keselamatan, kita datang tak berbahaya. (Kami) cuma menyokong, polis boleh periksa kita (kalau mahu)," kata seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini.
Akhirnya polis memberikan kebenaran mereka berada di ruang legar itu tetapi tidak boleh menghalang laluan pintu masuk ke pintu istana kehakiman.
10.46am Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude.
Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).
Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.
10.40am Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.
10:30am Di luar mahkamah, seorang lelaki Cina berumur 65 tahun yang enggan mendedahkan namanya menarik perhatian dengan menyampaikan puisi dan lagu mengutuk pentadbiran kerajaan BN, termasuk bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
Antaranya rangkap yang disampaikan:
Mahathir hantu punya guru
Kata Cina, pakai hitam punya baju
Mahathir penipu nombor satu
Tanya apa lagi Cina mahu?
Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur sudah berada di Istana Kehakiman sejak pukul 8 pagi.
Menurut seorang penyokong Anwar, lelaki yang dikenali sebagai “Uncle Sow” itu sentiasa setia berada di mahkamah setiap kali perbicaraan Anwar.
10.25am Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.
Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.
“Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”
10.13am Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan “asli” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.
Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.
Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.
Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.
“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”
Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.
10.10am Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).
Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.
10.08am Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.
“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar.”
10.05am Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya (kanan) turut berada dalam mahkamah. Mereka berdua berdiri di bahagian belakang.
9.55am Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.
Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.
9.45am Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.
“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,
“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee.
9.45am Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.
Katanya lagi, hakum juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.
“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”
9.40am Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.
Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.
Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.
9.35am Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.
Kesemua tempat duduk dalam mahkamah penuh dan ramai lagi yang menunggu di luar kerana tiada tempat duduk.
9.30am Sesi mahkamah bermula dengan hakim Balia Yusof Wahi mengetuai tiga panel Mahkamah Rayuan.
9.28am Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).
Keadaan di luar Istana Kehakiman tenang dan hanya beberapa orang penyokong Anwar dan sekumpulan kecil polis beruniform kelihatan di luar mengawal keadaan.
9.20am Pasukan pendakwaan sudah bersedia di dalam mahkamah dan menunggu peguam pembelaan Karpal Singh. Khabar angin tersebar bahawa Anwar akan failkan permohonan menukar hakim.
Di luar, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, beberapa aktivis dan penyokong AMK disekat memasuki Istana Kehakiman.
Beberapa minit kemudian hanya Rafizi dibenarkan masuk.
9.19am Mahkamah penuh sesak, termasuk kehadiran pemerhati antarabangsa.
Antara kelihatan di galeri awam wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.
9:10am Ketibaan Anwar di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah serta dua anak perempuannya.
Beliau terus menuju ke kamar Mahkamah Rayuan di tingkat 2.
9.05am Kawalan keselamatan ketat di mahkamah ekoran insiden semalam yang menyaksikan orang ramai cuba merempuh pasukan keselamatan.
Orang ramai hanya dibenarkan memasuki mahkamah melalui pintu depan sahaja yang dilengkapi dengan mesin X-ray.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan