Kita lihat bagaimana seorang bukan Muslim penganut Buddha, Sdri. Helen Ang, yang peka dan risau dengan gejala pengkristianan yang dilakukan oleh pelampau evangelis di negara kita sedangkan terdapat di kalangan kita yang amat tidak peduli malah menyalak pula kepada kami yang cuba mendedahkan ancaman sebegini kepada masyarakat.
Mengikut kaedah feqah, apabila ada ancaman yang membahayakan ummah sebegini kita mesti tutup dan sekat segala ruang dan pintu ancaman yang membawa kepada kerosakan agama. Inilah yang disebut sebagai “sadduz zara’i”, dan ianya WAJIB.

GERAKAN KRISTIANISASI: MUSLIM MALAYSIA DIASAK BERTUBI-TUBI

TIME30June2003Tajuk muka depan majalah antarabangsa TIME (30 Jun 2003) adalah berjudul ‘Should Christians convert Muslims?’
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berpendapat “sememangnya mereka bertungkus-lumus mensasarkan usaha memurtadkan umat Islam”.
Satu soalan lagi yang lebih bertepatan dengan keadaan semasa telah dilontarkan MAIS: “Adakah umat Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia masih mampu bertahan dengan asakan hebat ini?”

pendedahan_MAISKAEDAH KONTEKSTUALISASI

Mengikut MAIS dalam buku terbitannyaPendedahan Agenda Kristian, pelbagai kaedah dakwah sedang digunakan oleh evangelista secara halus dan tersembunyi.
Salah satu strategi terancang si evangelista yang terkini ialah “kontekstualisasi”. Untuk maklumat seterusnya mengenai kerangka konsep ini, sila baca di blog setiausaha agung Muafakat A. Karim Omar ataupun tonton klip video, SINI.
Christianity TodayDi Malaysia, tuntutan penggunaan ‘Allah’ adalah tipu daya kontekstualisasi. Atas sebab inilah kita sering mendengar orang Kristian begitu bersungguh-sungguh menyatakan bahawa agama mereka dan agama Islam bersaudara dalam berkongsi satu Tuhan.
Maka dengan itu, tambah mereka lagi, para penganut kedua-duanya adalah dianggap sebagai adik-beradik.
Strategi sesumpah
Rancangan bersama di antara U.S. Center for World Mission dan gereja First Baptist di Subang Jaya membawa masuk orang putih yang lawa-lawa belaka untuk mendakwah di kampus mendekati budak-budak kolej.
CourtneyMihaich
Courtney(Gambar kiri ) Salah seorang daripadanya ialah Courtney Mihaich yang kekadang menampakkan keterampilan bertudung dan berbaju kurung sepertimana seekor sesumpah Jerusubang yang dikenali kita semua.
Namun demikian, gereja asal Courtney di Mt Bethel, Amerika Syarikat, tetap berkata bahawa wanita muda itu “sensitif” terhadap larangan/sekatan perundangan yang wujud di kawasan tempat dia bertugas, iaitu Kuala Lumpur.


YahudiYeohBaby

JOSHUA PROJECT

The Joshua Project ialah gerakan mendakwah sedunia di bawah payung U.S. Center for World Mission.
Agenda yang dibawa oleh Joshua Project – lihat screenshot di kaki laman – dinilai MAIS sebagai suatu usaha dan keazaman yang “tersusun dan fokus”.
Pihak berkuasa Islam Selangor itu juga mengkhuatiri umat Islam akan dihendap gelombang tsunami kristianisasi yang merupakan kelangsungan dendam Perang Salib.
Amaran diberi MAIS tentang terbuktinya situasi membimbangkan di Korea Selatan – yang penuh dengan gereja-gereja raksasa (mega churches) – adalah betul dan wajar.
Selepas hanya tempoh 40 tahun, jumlah penganut Kristian di negara tersebut sudah meningkat kepada 40 peratus. Bermaksud terjadinya pertambahan satu peratus penganut Kristian dalam jumlah penduduk setiap tahun.
3Gdonut
Christian Federation of Malaysia (CFM)
MAIS mengenalpasti resolusi yang pernah disepakati CFM untuk menggiatkan penglibatan Kristian di persada politik Malaysia.
“Resolusi ini menuntut supaya lebih ramai ahli politik daripada kalangan pemimpin Kristian,” kata MAIS.
Bagi MAIS, cabaran utama dakyah evangelista ialah “pendekatan helah untuk berbaik-baik dengan Muslim”.
http://www.vom.com.au/imagesDB/news/NL_SEPT2012_Web_PlusGS.pdf
ATAS: ‘Muslim by law, Christian by Grace’ (VOM pdf)

Amaran Mais

MAIS MEMBERI AMARAN PENTING:

(1) Agenda Kristian adalah gerakan terancang yang amat licik dan penuh dengan strategi.
(2) Pemerkasaan usaha kontekstualisasi dan gerakan dalaman kristianisasi dijalankan untuk “menyusup di bawah radar“.
(3) Kecenderongan Kristian di Malaysia untuk menguasai arena politik cukup ketara dan politik diterjemahkan sebagai wacana bagi mengukuhkan kedudukan.
(4) Strategi terkini mereka kononnya untuk berbaik dan bersahabat dengan umat Islam tetapi dalam masa yang sama mensasarkan penganut Islam yang kurang berwaspada.
PendekatanEvangelista

PELAN TINDAKAN BAGAI MENYANGGAH KRISTIANISASI

MAIS turut menyarankan betapa mustahak ia bagi umat Islam untuk membentuk gerakan serang balas  supaya arus  agenda Kristian akan boleh ditangkis di semua peringkat.
Pelan tindakan memerlukan pemantauan rapi dan kawalan oleh pihak berkepentingan ke atas manipulasi yang dilaksanakan untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan umat Islam. Bahagian penguatkuasa perlu diperkemas dan ditingkatkan keupayaan mereka membanteras gejala kristianisasi yang bertujuan memurtadkan orang Melayu.
Dalam pada ini, NGO Islam yang peka kepada suasana mempunyai peranan sebagai benteng pertahanan yang digeruni pendakwah Kristian beserta untuk melakukan risikan dan menjadi penyalur (feeder) kepada kerajaan dan institusi agama untuk menghadapi dakyah kristianisasi.
Malay in Malaysia Ethnic People Profile Joshua
People Group - Malay -- Joshua Project
(586 patah perkataan)
crosseye