YANG MASIH PANAS...

Tragedi Jonestown Pada 1978, 918 Orang Bunuh Diri & Dibunuh (9 Gambar)

Inilah bahana kerana taksub dengan ajaran sesat, sanggup mereka-mereka ini membunuh diri mereka. Dalam video-video dekat bawah ni adalah satu dokumentari tentang pembunuhan diri beramai-ramai yang telah berlaku di California sekitar tahun 1970an. Mereka-mereka ni adalah penganut agama yang dipanggil Peoples Temple atau mungkin juga dipanggil JimJones Religion yang dipelopori oleh bekas penggerak komunis iaitu Jim Jones.
Tragedi pembunuhan diri beramai-ramai oleh penganut agama ni berlaku di Bandar Guyana pada November 18, 1978 dan telah mengorbankan 918 nyawa yang majoritinya terdiri daripada penduduk California dan akhirnya bandar bunuh diri ini digelar Bandar Jonestown. Mereka semua ni bunuh diri dengan meminum racun iaitu Cynide Laced.
Jom baca apa sebab mereka ni sanggup bunuh diri….
Pada tahun 1970an hingga awal 1980an, kehidupan masyarakat di Amerika masih diselubungi konflik perkauman. Biarpun pada ketika itu, pengaruh klan (klu-klak-k) semakin merosot, namun situasi pengasingan kaum minoriti (kulit berwarna – hitam, latin, asia, etc) dan perbezaan layanan masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Namun, di sesetengah tempat telah muncul kesedaran di pihak penduduk kulit putih untuk memulihkan layanan mereka kepada rakyat kelas-2 ini. Seorang Pastor (a.k.a ustaz dalam ajaran Kristian) bernama Jones muncul untuk menjadi pemimpin yang berperanan menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di bawah gereja rakyat (the people church) yang diasaskannya di Indianapolis.
Idea perpaduan tanpa mengira bangsa dan kaum menerima sokongan kumpulan minoriti dan kulit putih sendiri dan pengaruh gereja rakyat semakin berkembang sehingga menjangkau keluar negeri asal hingga ke San Francisco dan beberapa bandar lagi.
Malah, di atas usaha berterusan itu, Jones telah dianugerahkan ‘the Martin Luther King Jr Humanitarian Award’. Pengaruh Jones juga turut membangkitkan minat yang luar biasa di kalangan pemimpin politik.
Namun, disebabkan rimas dengan kritikan media Amerika terhadap ‘ajaran’ kumpulan dan gereja beliau (method pengajaran beliau sering dipersoal dan dikritik), Jones dan para pengikut fanatiknya telah berpindah, mencari ‘dunia baru’ dengan meneroka hutan di pedalaman Guyana, Selatan Amerika.
Petempatan ini dinamakan Jonestown bersempena nama pemimpin agung mereka itu. Di sana, di dunia yang serba terasing tetapi dianggap sebagai ‘syurga yang sempurna’ buat klan mereka. Menyewa tanah hutan dari kerajaan Guyana dan menanam pisang sebagai makanan asasi, mereka hidup dengan aturan yang dibawa pemimpin mereka.
Pada awalnya, Jones begitu disanjung oleh para pengikutnya, sehinggalah segala tindakan dan keputusan beliau wajib tidak boleh disanggah. Beliaulah yang paling benar.
Malah, apabila ada di kalangan pengikut yang bertanya ‘lebih sikit’ para pembantu Jones akan mengugut dan mengherdik pihak yang berbeza pendapat. Manakala, yang lain begitu fanatik dengan fahaman klan mereka.
Sifat diktator paderi Jones semakin jelas di mana pengikutnya dilarang untuk bersuara dengan bebas. Malah, orang-orang tertentu yang dilihat sering membangkang arahan beliau mula diperhati secara dekat oleh pengikut kanannya.
Lebih parah lagi, semua penduduk Jonestown perlu menandatangani surat akuan bahawa anak-anak mereka bukanlah dari perkongsian hidup dengan bapa mereka, tetapi menjadi milik Jones.
Setelah lama keluar dari tanah Amerika, perkembangan Jones serta para pengikutnya menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan ahli keluarga yang masih di US, serta Senator US.
Ditakdirkan, Senator tersebut ingin ke Guyana melihat situasi kemanusiaan di Jonestown. Kehadiran beliau disambut baik dan dibawa ke ‘kem’ Jones – kira-kira 7 batu melalui jalan berlumpur ke dalam hutan.
Segalanya berjalan baik, sehinggalah di hari Senator tersebut ingin bertolak pulang, seorang penduduk di kem tersebut secara diam-diam telah menyelitkan satu nota ke dalam poket (lupa saya, poket Senator atau pembantunya) tertulis “tolonglah bawa kami keluar dari tempat ini”.
Senator telah menanya Jones perihal nota terbabit dan hasil rundingan, Jones membenarkan pengikut yang ‘tidak serasi’ untuk dibawa pulang ke US.
Tetapi prosesnya bukan mudah. Apabila masuk kuasa, segalanya perlu digunakan untuk meneruskan cengkaman. Hasilnya, ibu terpaksa berpisah dengan anak (menjadi milik Jones).

Rombongan Senator kembali ke tempat pendaratan, dan sebaik ingin menaiki kapal terbang, satu traktor penuh dengan ‘penembak’ mula melepaskan tembakan ke arah rombongan senator terbabit.
Ramai terkorban, termasuklah Senator US itu, wartawan dan jurugambar stesen TV NBC, manakala yang lainnya lari bersembunyi di hutan (tahun 1978).
Merasakan bahana bakal muncul kerana mengatur tindakan membunuh Senator tersebut, Jones tiada jalan lain melainkan mengeluarkan pernyataan kepada para pengikut fanatiknya bahawa telah tiada tempat selamat dan aman buat klan mereka.
Justeru, sebagai reaksi kepada dunia yang tidak aman dan dapat menerima cara hidup klan mereka, tindakan seterusnya adalah dengan membunuh diri.
Namun, di hati pengikut fanatik Jones, mati bersama Jones pun matilah. Lari dari ketidakadilan dunia ini.
Kawasan hutan dan ladang pisang kesemuanya dibakar dan Jones serta para pengikutnya berkumpul di gereja mereka di tengah Jonestown.
Jones menerangkan bagaimana cara mereka bakal mati, iaitu dengan meminum air yang dicampur Potasium Cyanide dan kanak-kanak pula akan disuntik @ dipancut picagari ke dalam mulut mereka.
Pada awalnya, kanak-kanak telah dikorbankan, dirampas dari dakapan ibu masing-masing, disusun di atas tikar beramai-ramai sebelum disuntik racun Cyanide. Maka berbarislah mayat kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa.
Waktu itu, timbul bangkangan. Bagi yang rasional, mereka berhak untuk memilih jalan hidup dan bukan Jones yang berkuasa menentukan. Maka, tidak kurang juga mereka yang degil ini mati ditembak, dan sedikit yang hidup dengan lari ke dalam hutan.
Racun Cyanide ini dibancuh ke dalam tong air (macam air ceduk kat pasar malam) untuk diminum oleh semua pengikut fanatiknya.
‘Kelebihan’ Cyanide ini ialah setelah meminumnya, mereka akan merasa lemah dan mengatuk, dan jatuh ‘tertidur’ di tanah dan mati tanpa rasa sakit (macam mati dalam tidur).
Kumpulan penyiasat kemudiannya datang ke Jonestown apabila mendapat berita kematian Senator dari mereka yang sempat lari. Dari jauh, mereka seperti melihat satu padang yang penuh dengan kain-baju.
Namun, semakin dekat, imej kain-baju tersebut makin jelas. Ianya memang kain dan baju, cumanya ia masih terlekat pada tubuh badan para pengikut fanatik Jones.
Bergelimpangan mayat-mayat tersebut. Bayi dan kanak-kanak dapat dilihat pada tikar di dewan, bagi orang tua mereka dipaksa meminum racun, segalanya ibarat bencana kemanusiaan yang begitu besar.
Siasatan awal menunjukkan 300 mayat, namun kemudiannya bertambah kepada 500, dan kemudian menjadi 700. Namun, jumlah yang dilaporkan akhbar adalah melebihi 900 orang (918 mayat)!
Kisah tentang bagaimana sifat seorang paderi yang asalnya bertujuan menyatukan pelbagai kaum, bertukar menjadi medan membina kekuasaan dan pengaruh.
Akhirnya menjadi ‘terlalu agung dan suci’ dan menghapuskan amalan demokrasi, melahirkan sistem diktator.
Ada banyak pengajaran berguna dari dokumentari ini. Ketaksuban melampau para pengikut telah menjadikan pemimpin begitu kebal, begitu mulia malah sanggup mati bersama.
Pemimpin pula, sanggup berbuat apa saja bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh, sehingga cara yang salah sekalipun, sanggup digunapakai.
Apabila melihat situasi di tanah air hari ini, gerun juga rasanya. Tidak kiralah sesiapa jua, nampaknya mereka-mereka ini demi mendapat kuasa @ demi mengekalkan kuasa, pelbagai cara dan sentimen telah, sedang dan bakal menunggu giliran untuk dimainkan.
Bagi para pengikut pula, janganlah demi pemimpin yang ingin mencapai matlamat kekuasaan mereka, hilang kemampuan untuk bersuara, berfikir, dan gagal untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate