YANG MASIH PANAS...

ROSAK Masa Depan Remaja Sekarang

 
Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu dimensi sosial yang kelam dan kekeliruan haluan diri akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat yang hampir tidak terkawal di negara ini.

Banyak pihak memperkatakan mengenai permasalahan sosial yang bermula dari golongan remaja hinggalah kepada dewasa. Antara masalah sosial yang dikenalpasti berlaku dengan meluas pada hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum arak, lepak, lumba haram.

Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri,merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap membimbangkan. Ditambah lagi dengan tiada usaha yang jelas untuk melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya di dalam pentadbiran negara bagi menggantikan undang-undang warisan penjajah.
Beberapa faktor terjadinya perkara sebegini adalah seperti berikut :


Bercampur perkara halal dan haram sebelum dan semasa perkahwinan (kurang atau tiada keberkatan).

Ibu bapa tidak membaca doa tertentu yang mengakibatkan syaitan menumpang kenikmatan dan masuk ke dalam benih ketika ibu bapa berjimak.

Ibu bapa menyediakan makan minum untuk keluarga dengan sumber pendapatan yang meragukan dan duit halal bercampur dengan haram contohnya duit dari rasuah dan mengambil hak orang lain.

Pendidikan agama dan akhlak Islam tidak diterapkan dalam keluarga.
Persekitaran yang kurang sihat semasa anak-anak membesar seperti contoh yang tidak baik dari ibu bapa serta persekitaran tempat tinggal yang rendah moralnya.

Remaja yang hanya berfikir tentang keseronokkan dan tidak membuat sesuatu yang menguntungkan amsa depan mereka sendiri.


Kesimpulan:

- Sesi penerangan mengenai undang-undang syariah atau lebih dikenali dengan nama "hudud" perlu diperluas dan dipertingkatkan bagi memberi lebih kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

- Jangan menakut-nakutkan sebilangan masyarakat dengan perkara yang tidak benar mengenai perlaksanaan hukum syariah sepenuhnya di Malaysia. Jadikan "negara Madinah" sebagai contoh terbaik perlaksanaan syariah dalam negara Islam yang berbilang bangsa dan agama.

- Gangguan (masalah) akhlak atau moral bukan sahaja akan menjahanamkan penganut Islam dan bangsa Melayu malah ia turut akan meruntuhkan tamadun negara serta merosakkan bangsa lain, khususnya di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate