Tuesday, August 9, 2011
Ini pemimpin Islam
Saya sendiri pernah beberapa kali berurusan dengan jabatan yang berkaitan agama Islam, tidak dapat dinafikan kerenah birokrasi mereka .... macam SIAL ... !!!
Harapan saya, sesiapa yang diberi tanggungjawab dan menerimanya... semoga mereka insaf di atas perangai sial mereka itu.. jangan terima tanggungjawab hanya disebabkan hendak gaji setiap bulan... tetapi cuai, culas dan khainati amanah yang diberikan.
Ada dua institusi terlibat:
1. Pegawai kerajaan di bahagian berkaitan agama Islam.
2. Sultan dan Raja-Raja Melayu yang mengaku sebagai ketua Agama Islam di negara Malaysia yang diperintah oleh regim zalim Umno / BN. ( Apakah Sultan ada perasaan malu? )
Setahu saya semua Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya telah diwartakan sebagai ketua agama Islam di negeri masing. Pertanyaan saya kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya ini, mereka tahu dan ambil pedulikah kelaku pegawai kerajaan bahagian agama Islam yang berperangai macam pelesit dan kerjanya sedut darah manusia? (Saya keliru yang mana Sultan, yang mana Syaitan)
Must read:
Sultan of Pahang. The Sultan or The Devil?
Saya amat berharap Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya itu tidak leka dengan kemewahan mereka hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.
Sedarkah Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya itu bahawa kemewahan mereka melaupaui batasan kesederhanaan yang dituntut dalam Islam? ( raja pelesit )
Akhirnya, saya mohon Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hidup kaya raya dan mewah bergaya hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.. baca fakta di bawah ini.
‘SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta‘sedekah’ kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
aku petik dari : kerajaanrakyat.blogspot.com
YANG MASIH PANAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2011
(647)
-
▼
Ogos
(49)
- Jom Baca Artikel Ni , Aku Copy Tanpa Edit .DARI JE...
- 93 Ulama Ahlussunnah Memerangi Ibn Taimiyah [Menge...
- Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam!
- Mengapa Hujah SPR Ada Kepincangan?
- Alhamdulillah.....Akhirnya Khatam Juga Kak Ros Bac...
- Tips 10 Malam Terakhir
- Lailatul Qadr (Night of Power)
- Gara-Gara Minum Arak Pelajar Malaysia Di Rogol Emp...
- Drama Bersiri Liwat ll : Saiful Kata Plastik Dimas...
- Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi...
- Jangan Tiru Pasangan Ini ‘bersahur’
- APE LA NASIB KO NAJIB.......
- KOH TSU KOON TETAP TENANG , KENAPA ?
- Tazkirah Ramadhan : Maksud Mulut Berbau Harum Disi...
- TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA S...
- Suami Belasah dan Seret Isteri dalam Keadaan BOGEL
- Alahayy...Apa Dah Jadi Dengan Akhil Hayy..????
- Jom Layan Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustazah Bangang...
- Jawapan SPR macam Pak Pandir
- Isu aqidah ummat: Apa sikap dan peranan kita
- Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos
- Video Klip Yang Menitiskan Air Mataku : Andainya R...
- PEJABAT KERAJAAN DISURUH BERJIMAT GUNA PENGHAWA DI...
- Ramadhan Bulan Tarbiyah
- Apa Bezanya Kerajaan UMNO Dan Abdullah Bin Salul ?
- 5 bentuk pengampunan dosa di bulan Ramadhan daripa...
- Sistem komputer Kementerian Pelajaran mendera guru
- Nasehat Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan
- Pusat Zakat Cukup Cergas Dalam Mengutip Harta Zaka...
- APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN ...
- Aku Suka Artikel Ni...Jom Baca Aku Copy Tanpa Edit...
- Kenapa Tidak Tegur Sultan Kerana Isteri Mereka Tid...
- Setiausaha MB Selangor menyokong kumpulan murtad?
- Mengawal Nafsu
- MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
- ‘Dokumen Penting’ Skandal Scorpene : Adakah Najib ...
- Kenapa Bulan Ramadhan Menjadi Keutamaan.....
- Jom Kenal Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Penghina Is...
- Itu Adalah Lukisan Makam Sultan Utsman Khan Bukan ...
- Amalan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa Me...
- Terbaru! Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wazura Sud...
- Tiga Kelompok Manusia Yang Berpuasa....
- Pentingnya Bersahur Sebelum Berpuasa......
- Lapan Kelebihan Bulan Ramadhan.......
- Amalan Sedekah Amat Di Galakkan Pada Bulan Puasa.....
- Perkara-perkara yang membatalkan puasa & adab sepa...
- Awasilah Diri Kita Dari Melakukan Perkara Yang Mer...
- [ Bag. II ] Meluruskan Kesalahpahaman Tentang Qadl...
- Puasa Yang Berkesan....
-
▼
Ogos
(49)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan