YANG MASIH PANAS...

Alahayy...Apa Dah Jadi Dengan Akhil Hayy..????

PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup. Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya. Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.

Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar. Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.


Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan. Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.

"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.

"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.

Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan. Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam.

Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar keluaran 14 Ogos 2011 yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang.

ulasan: Bila dah melibatkan diri dengan dunia hiburan macam-macam boleh jadi,kalau lah dunia hiburan itu ada kebaikan dalam agama maka ulamak-ulamak dahulu dan sekarang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini,namun tidak ada satu pun ulamak yang muktabar yang melibatkan diri mereka dalam bidang ini.ya! alasannya untuk berdakwah,dakwah yang macammana???? dakwah yang menutup mulut kita untuk bercakap yang hak....dulu kita bagaikan singa menentang kebatilan,sekarang bagaikan tikus takutkan kucing...seorang yang benar-benar ikhlas berdakwah kerana Allah dia tidak akan takut walaupun dengan siapa dia berdepan,hatta jika nyawanya terancam sekalipun.tetapi pendakwah kita harini di ugut dengan periuk nasi pun sudah membisu. dimana pergi jubahnya,dimana pergi serbannye.bukan soalnya harus pakai jubah atau tidak, soalnya orang yang ada agama pakailah pakaian agama ,agak tidak cocok apabila tukang masak memakai uniform seorang doktor dan doktor memakai pakaian tukang masak....alahayy fikir-fikir la hayyy...


1 ulasan:

  1. Saya sokong penuh dengan ulasan tersebut.Perbezaan
    akhil hayy sangat ketara.Saya,isteri dan Anak anak
    saya tidak lagi meminati penyampaianya.Ujian Oleh
    Allah nampaknya tidak disedari oleh Akhil Hayy.Kem
    balilah kepada asal permulaan kami kenal kamu.Bagi yang memakai jubah,serban dan istiqamah
    denganya saja yang tahu apa kelebihan memakainya.
    Sunnah Rosulullah ini penuh dengan ujian Allah.
    bersabar dan terus bersabar.........

    BalasPadam

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate