YANG MASIH PANAS...

Benarkah Tuan Guru Haji Hadi lunak dengan syiah ?


Bace dan faham
★★★1117------>>TGHA;

Ramai yang menyebut Tuan Guru Haji Hadi lunak dengan syiah, lunak dengan Iran apabila dia memberi pandangan berbeza dalam isu Syria. Bahkan ada yang agak kasar menyebut bahawa Tuan Guru takut kerajaan Iran tidak jemput lagi ke sebarang program di Iran yang bagi mereka satu keistimewaan. Suatu yang memilukan apabila pandangan sebegitu keluar daripada mulut orang yang kuat membela Tuan Guru sebelumnya. Abaikan.

Pengalaman saya mengikuti Tuan Guru ke Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada tahun 2011 boleh memberi sedikit kejelasan. Bermula dengan surat bantahan atau teguran Presiden ke Kedutaan Iran di Kuala Lumpur apabila Iran mengeluarkan kenyataan menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar yang berdepan kebangkitan rakyat ketika itu. Iran menjemput beliau ke Tehran untuk memberikan pandangan. Persidangan ini melibatkan kesemua gerakan Islam di dunia termasuk Ikhwan, Jemaat Islami, An Nahdah dan juga tokoh-tokoh akedemik dari Al Azhar dan Qom Iran. Turut hadir Jemaah Islami Iran yang merupakan gerakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Iran. Diantara tokoh-tokoh yang memberi ucapan ialah Dr Burhanuddin Rabbani bekas pemimpin Mujahidin Afghanistan. Beliau mati dibunuh selepas dua hari kami bertemu beliau di Tehran. Qazi Husin Ahmad (Pakistan), Dr Kamal Halbawi (Ikhwan), Dr Ramadhan Abdullah (Jihad Islami Palestin), Dr Musa Abu Marzuk (Hamas) dan Tuan Guru Haji Hadi sendiri.

Di dalam ucapannya yang disaksikan oleh pemimpin Iran khususnya Ahmadinajad dan Ali Khomene'ie sendiri, beliau tegas menyebut bahawa gerakan Islam antarabangsa berbangga dengan kebangkitan rovolusi Iran 1979 yang telah menumbangkan rejim zalim Pro-Amerika Shah Reza Pahlawi yang memerintah Iran sebelum ini. Kebangkitan yang membunuh ribuan nyawa di zaman moden itu menjadi inspirasi kepada dunia Islam ketika itu.Walaubagaimana pun beliau menegaskan bahawa Iran jangan mengambil kesempatan diatas kejayaan revolusi itu untuk mempromosikan Syiah di negara negara ahli sunnah. Ini kerana ia akan membawa perpecahan dan hilangnya fokus utama kita untuk berdepan musuh yang nyata Amerika dan Israel. Perkara yang sama disebut oleh Sheikh Mehdi Akif (mantan Mursyidul Am Ikhwan) ketika datang ke Malaysia beberapa tahun lalu. Beliau menyebut bahawa beliau memboikot persidangan di Iran sebagai bantahan terhadap kenyataan Iran menyokong kerajaan Syria tetapi rakannya Sheikh Abdul Hadi hadir ke Iran dan menyatakan sikap yang tegas secara berdepan. Maknanya kata Sheikh Mehdi diantara beliau dan Tuan Guru Haji Hadi mempunyai pandangan yang sama tetapi pendekatan yang berbeza.

Tuan Guru juga memberi penekanan bahawa dalam menguruskan kebangkitan Islam pasca kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, gerakan Islam mesti menyelesaikan dahulu isu Syria secara bijaksana. Apa yang berlaku di Syria ialah rakyat yang bangkit menentang pemerintahan Bashar Asaad yang sangat zalim. Namun kuasa kuasa besar dan kuasa serantau menjadikan Syria sebagai tempat persaingan kuasa yang akhirnya memangsakan rakyat Syria yang tidak berdosa. Selesai masalah di Syria kerana ia pintu ke Palestin.

Kami berlepas ke Iran sekitar jam 12 tengahari dan sampai di sana sekitar jam 7 petang. Terus ke penginapan berehat. Keesokan paginya persidangan bermula, sebelah malamnya juga ada aktiviti. Hari ketiga persidangan bersambung. Tamat sekitar jam 12 tengahari terus ke Airport Tehran dan pulang ke Kuala Lumpur. Tidak singgah ke sebarang kedai, pasaraya, tempat pelancongan atau kerehatan. Satu sen pun saya tidak sempat berbelanja di sana. Sebiji gula gula pun tak sempat dibeli. Sampai di KLIA, saya terus ke KL Sentral dengan train. Di KL Sentral saya membeli sebungkus coklat untuk anak anak di rumah.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, tohmahan yang mengatakan Tuan Guru Presiden lunak dengan Syiah tidak benar, kerana kehadiran dia ke sebarang persidangan sentiasa membawa penegasan sebagaimana yang saya sebutkan tentang ucapannya di atas. Keduanya, tohmahan yang mengatakan beliau kerap ke luar negara untuk berehat dan berseronok juga tidak benar, kerana untuk membeli sebiji gula gula pun saya tidak sempat.

InsyaAllah saya akan menyambung lagi beberapa penulisan berkait pemikiran Tuan Guru Presiden berkait hubungan antarabangsa jika ada kerehatan dan kenapa beliau menjadi sasaran dunia Barat sehari dua ini khususnya dengan penulisan di akhbar Al Watan Mesir tentang beliau beberapa hari lalu. Semoga Allah terus memelihara usia beliau kerana dunia sangat memerlukannya.

Mohd Nasaie Ismail @ FB Nasaie Ismail
Bandar Sri Putra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate