Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.
Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.
Menyusul kemenangan mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna jubah yang dikenakan Biara Capuchin.
Penamaan cappuccino ini merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.
Ternyata pengaruh budaya Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan