YANG MASIH PANAS...

Ajaran Syiah bawa ancaman besar

2010/08/09

SEJAK kebelakangan ini pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah/Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Ajaran itu sudah di fatwa sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kerajaan sudah menahan beberapa tokoh mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan selepas dibebaskan tokoh berkenaan dipercayai terus aktif mengembangkan Syiah. Syiah dibawa masuk ke negara ini menerusi agenda Revolusi Iran yang sedang pesat berkembang di seluruh dunia dengan helah menyatukan barisan umat Islam dan memusuhi Amerika dan Zionis. Selepas Khomeini berkuasa di Iran, pendokong ‘gerakan Islam’ sudah menghantar anak Melayu ke Iran bagi mempelajari agama Syiah dan meniru semangat mereka untuk menumbangkan Amerika. Padahnya, anak Melayu inilah yang membelakangi tabir markas Syiah Melayu dengan bantuan daripada beberapa usahawan dari Iran.

Menurut penyelidikan markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas itu aqidah Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan alternatif, hinggalah golongan guru agama sekolah.

Kelompok Syiah ini sedang berusaha dengan gigih mendampingi tokoh berpengaruh tanah air bagi mendapatkan hak pengiktirafan status agama mereka dan mendapatkan kebenaran untuk merayakan upacara agama secara terbuka.
Sekiranya mereka diberi kebebasan itu maka akan bergema laungan cacian dan maki hamun kepada sahabat dan isteri Nabi di jalan raya seperti mana yang menjadi kebiasaan di Iran, Iraq, Pakistan dan Lubnan.

Paling menakutkan ialah upacara ‘Husayniyyat’, iaitu melibas pedang dan memukul dada pada tubuh sendiri akan berleluasa pada hari kebesaran Syiah. Maka di sinilah bermulanya peperangan sebenar Syiah-Sunnah yang penuh berdarah.

Kita mencadangkan pihak universiti memperhebatkan kajian dan seminar mengenai kesesatan ajaran Syiah dan jabatan agama perlu menjelaskan kepada masyarakat bahaya ajaran Syiah.

Pihak berkuasa pula perlu bertindak ke atas pergerakan itu seperti yang dilakukan terhadap ajaran sesat yang lain sebelum ini.

LUBNA SALMA,
Kajang, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate