YANG MASIH PANAS...

Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik

Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Patang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.

Aku bukanlah seorang ahli Jemaah Tabligh tetapi aku memahami perjuangan mereka berdasarkan pengalaman bersama semenjak berusia 14 tahun. Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.



Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur dan pencabulan. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang?

“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)

“Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

2 ulasan:

  1. masyaAllah,.
    moga2 Allah bagi kefahaman

    BalasPadam
  2. jom baca kisah TAUBAT SEORANG BEKAS JEMAAH TABLIGH DISINI…semoga berlapang dada dengan apa yg ditemui nnt..InsyaAllah


    TAUBAT BEKAS JEMAAH TABLIGH

    BalasPadam

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate