YANG MASIH PANAS...

Atlantis pernah wujud di bumi Melayu?

 

 
|Benarkah Atlantis pernah wujud di alam Melayu?|

Plato (427 – 347 SM) menegaskan bahawa puluhan ribu tahun lalu terjadi pelbagai letusan gunung berapi secara serentak, yang telah menyebabkan gempa bumi, pencairan ais dan banjir. Peristiwa itu mengakibatkan sebahagian permukaan bumi tenggelam. Bahagian itulah yang disebutnya sebagai benua yang hilang atau Atlantis.
Penelitian mutakhir yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah dimana sekarang ini disebut Indonesia. Setelah melakukan kajian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005). Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir dan bangunan kuno Aztec di Meksiko.

Konteks Indonesia

Bukan satu kebetulan, ketika Indonesia pada tahun 1958, atas gagasan Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja melalui UU no. 4 Perpu tahun 1960, mencetuskan Deklarasi Djoeanda. Kandungannya menyatakan bahawa negara Indonesia dengan perairan pedalamannya merupakan kesatuan wilayah Nusantara. Fakta tersebut kemudian diakui oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. Merujuk kepada kajian Santos, pada masa puluhan ribu tahun yang lalu, wilayah negara Indonesia merupakan sebuah benua yang bercantum. Tidak terbahagi kepada puluhan ribu pulau seperti sekarang.
|Wilayah yang didakwa dibawah kekuasaan kota Atlantis|

Santos menetapkan bahawa pada masa lalu itu, Atlantis merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh laut yang bercantum yakni Orientale, terdiri dari Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
|Kesesuaian bentuk muka bumi Atlantis gambaran Plato dengan muka bumi Asia Tenggara|

Teori Plato menerangkan bahawa Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang meletus berturut-turut. Ketika itu, sebahagian besar kawasan di dunia masih lagi diliput oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi secara serentak yang sebahagian besar daripadanya terletak di wilayah Indonesia (pada waktu itu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliput oleh air yang terhasil daripada ais yang mencair.

Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/ Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saaitu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.
|Ilustrasi pelukis menunjukkan peradaban kota Atlantis|

Atlantis berasal daripada bahasa Sanskrit yakni Atala, yang bermaksud syurga atau menara peninjauan (watch tower), Atalaia (Portugis), Atalaya (Sepanyol). Plato menegaskan bahawa wilayah Atlantis pada saat itu merupakan pusat dari peradaban dunia dari segi budaya, kekayaan alam, ilmu/teknologi, dan lain-lainnya. Plato menetapkan bahawa kedudukan Atlantis itu adalah di Lautan Atlantik sekarang. Plato yakin bahawa bumi ini pada waktu itu mendatar dan dikelilingi oleh satu lautan (ocean) yang menyeluruh.

Ocean berasal dari kata Sanskrit ashayana yang bermakna 'mengelilingi secara menyeluruh'. Pendapat itu kemudiannya ditentang oleh ahli-ahli dikemudian hari seperti Copernicus, Galilei-Galileo, Einstein, dan Stephen Hawking.
 
Santos berbeza dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu membantah, bahawa pada waktu terjadinya letusan pelbagai gunung berapi ketika itu, menyebabkan lapisan ais telah mencair dan mengalir ke lautan sehingga luasnya (paras air) bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani laut dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit (muka) bumi di dasar lautan, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuatkan lagi oleh gunung-gunung berapi yang meletus kemudiannya secara berterusan dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya sebagai Heinrich Events.

Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya mendatar (ini biasa bagi orang zaman itu ; Rasulullah SAW ketika menceritakan perihal bentuk muka bumi yang bulat, ramai yang tidak percaya ; malah percaya bahawa bumi mendatar). Kedua, mengenai kedudukan benua Atlantis yang menurutnya berada di Lautan Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian tentera Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berjaya menemui sisa-sisa benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, ”Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Maknanya,”Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”
Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Pertama, lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan Santos yakin ia adalah sebuah wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya lingkaran gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.
|Lingkaran gunung berapi di Indonesia|

Ketiga, soal semburan lumpur akibat letusan gunung berapi yang abunya tercampur air laut menjadi lumpur. Mendapan lumpur di laut ini kemudiannya meresap ke dalam tanah di daratan. Lumpur panas ini tercampur dengan gas-gas alam yang merupakan impossible barrier of mud (hambatan lumpur yang tidak boleh dilalui), atau in navigable (tidak dapat dilalui), tidak boleh ditembusi atau dimasuki. Dalam kes di Sidoarjo, satu ujian penderiaan jauh pernah dilakukan, ujian tersebut menunjukkan wujudnya sistem kanalisasi di wilayah tersebut. Ada kemungkinan kanalisasi itu bekas penyaluran semburan lumpur panas dari masa yang lampau.

Sebelum ini, Adolf Hitler pernah didakwa sempat menghabiskan sisa-sisa hidup di Indonesia dengan nama Dr Poch, sebelum meninggal dengan memeuluk agama Islam. Buku bertajuk Hitler Mati Di Indonesia Rahasia Yang Terkuak turut mendedahkan catitan perjalanan The Fuhrer selepas serangan ke atas bunker bawah tanah yang sebelum ini didakwa sebagai tempat dimana diktator itu membunuh diri. Dakwaan tersebut bagaimanapun telah dinafikan oleh Stalin. Dalam pada itu, dalam sebuah dokumentari History Channel berkenaan NAZI, ada pendedahan bahawa bekas-bekas tentera dan agen NAZI telah diambil bekerja di Amerika Syarikat.
|Makam Dr Poch di Indonesia|

Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno. Sepanjang hayatnya dihabis dengan sedikit kajian mengenai satu bangsa yang hebat. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babilon, Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatar-belakangkan Banjaran Himalaya yang agung, si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya.

Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...

Jika benar Dr Poch adalah Hitler, seperti mana yang didakwa, mengapakah The Fuhrer memilih untuk bersemadi di Indonesia, yakni sebuah bumi Melayu? Adakah pencarian Adolf Hitler mengenai Bangsa Misteri telah menemui jawapannya...di Nusantara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate