YANG MASIH PANAS...

Tahukah Anda Badan risikan Israel di Malaysia ?

Institute for Intelligence and Special Operations (MOSSAD)

Percayakah anda bahawa badan risikan Israel yakni Mossad sudah beroperasi di Malaysia? Berikut adalah artikel yang dipetik daripada laman web berkenaan.

1. Sahabat baik saya, blogger ondscene.via.my baru-baru ini mengajak saya untuk ke Tebing Gaza, Palestin bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 7 Julai ini. Saya bersetuju tetapi saya tidak pasti sama ada projek ini jadi atau tidak atau statusnya ditangguhkan dahulu, harap-harap jadilah pasal sudah lama saya tidak berada di zon panas atau kawasan perang.

Bercakap tentang Tebing Gaza ini kita tidak dapat lari dari membincangkan soal zionisme, Hamas dan Fatah. Kita selalu mengutuk orang Arab, “Pasal orang Arab berpecahlah, mereka kalah pada Israel”kata mak saya puluhan tahun dahulu semasa saya masih kecil. “Orang Arab susah nak bersatu, perang sesama sendiri, bodoh”, kata seorang lagi saudara saya yang ketika itu sedang mengulas mengenai peperangan Iraq dengan Iran.

Masa itu orang Melayu tidak banyak karenahnya…semua bersatu dan kaum majoriti lain senyap tunduk hidup menimba kekayaan di bawah kuasa orang Melayu. Saya amat berbangga kerana kita tidak berpecah. Hari ini? nak angkat telunjuk pun kita takut…orang pijak agama kita pun, masih diberi ruang dan di satu pihak lain, mereka menanamkan perasaan benci sehingga orangramai mengesyaki apa sahaja yang dibangun di tanahair ini mesti ada kaitan dengan rasuah, kronisme, nepotisme.

Baguslah nampaknya zionisme sudah mula bertapak dan memecahkan bangsa kita, sama seperti yang terjadi di Iran sekarang ini apabila golongan muda dan pelajar universiti mula menentang kerajaan Iran di bawah pimpinan Mahmoud Ahmadinejab.

Ironikan? Setiap kali ada pemimpin Islam yang hebat seperti Mahathir dan Mahmoud, negara itu akan menjadi sasaran kuasa asing yang memulakan gerakan yang dinamakan Gerakan Rakyat, segalanya berpaksikan kepada rakyat kononnya. Melalui gerakan rakyat ini apabila kerajaan ditumbangkan, kuasa-kuasa asing ini mudahlah meletakkan orang-orangnya dan gerakan rakyat ini akan lebih berjaya jika kerajaan yang berkuasa pada hari itu merupakan kerajaan yang lemah macam pimpinan Datuk Abdullah Ahmad Badawi kita.

Kuasa asing ini dahulu cuba melemahkan China komunis melalui pergerakan pelajar tetapi kerajaan China menghancurkan gerakan ini dalam peristiwa Medan Tianemen, semua di atas nama 'kebangkitan rakyat Alangkah daifnya bangsa kita, mudah sajak diomok-omokkan tanpa menyedari jika segalanya tertegak kerana amalan rasuah…negara ini sudah lama hancur dan hilang jati diri seperti yang terjadi kepada negara tertangga kita.'.

Semasa di ITM, saya suka subjek Pengajian Islam kerana banyak menceritakan kisah-kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar Islam dari Umaiyah sampailah ke Othamaniah, banyak juga kisah sejarah yang boleh kita baca dalam buku-kuku untuk Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).

Mossad (HaMossad leModi’in uleTafkidim Meyuhadim ataupun Institute for Intelligence and Special Operations), cabang perisikan untuk Zionis sudah pun berada di Malaysia, tanahair kita semua. Saya ingatkan di sini Mossad ya, bukan orang Yahudi biasa.Jadi kepada sesiapa yang melenting ini perlu saya ingatkan, saya tidak memusuhi orang-orang Yahudi, saya cuma menentang fahaman Zionis, protokol mereka, militari Yahudi dan 'politician' Yahudi.

Untuk memahami pemikiran Yahudi dan agenda mereka yang dimulakan lebih 100 tahun dahulu, bacalah buku Protocol of Zion dan The International Jew (karangan Henry Ford, pengasas kereta Ford), jadi kita akan lebih memahami apa yang berlaku. Pendirian ini sama pegangan saya terhadap Amerika Syarikat (AS), saya tidak membenci warganegara AS biasa tetapi CIA dan dasar-dasar kerajaan AS terhadap orang Islam.

Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh kawan saya seorang wanita Hindu yang berkerja dengan sebuah stesyen TV swasta. Saya ada menemui kawan saya ini yang bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pertemuan itu berlaku selepas beliau pulang dari membuat liputan kesan-kesan peperangan di Lubnan pada tahun 2006 sebaik sahaja Hezbollah berjaya mengundurkan kemaraan tentera Israel.

Atas sebab-sebab perundangan dan keselamatan, tidak dapatlah saya dedahkan nama beliau di sini tetapi kepada pembaca yang mengenali saya secara peribadi, bolehlah tanyakan hal ini semasa kita sembang-sembang minum teh tarik. Sebelum itu maafkan saya kerana ada beberapa nama dan fakta yang beliau sampaikan pada saya, saya gagal mengingatinya, lupa kerana kisah ini sudah lama dan saya tidak mempunyai kepentingan semasa itu untuk mencatatkan maklumat yang beliau sampaikan.

Semasa di Lubnan, kawan saya ini memberitahu bahawa orang-orang Hezbollah amat menghormati rakyat Malaysia dan pemimpin negara ini malah melayani wartawan dari Malaysia dengan baik. Dalam baik-baik pun, pegawai Hezbollah terpaksa mengambil pita rakaman dari kamera beliau atas sebab-sebab keselamatan tetapi beliau di jemput untuk minum teh bersama seorang pemimpin kanan Hezbollah (saya tidak ingat nama pemimpin ini).

Rakan saya ini bersama krew yang bersama beliau dibawa ke sebuah bangunan yang agak buruk tetapi hiasan dalamannya sangat mewah dan menarik seperti hotel lima bintang. Selepas jenuh melayan pertanyaan dari rakan saya ini, pemimpin itu mengingatkan supaya rakan saya ini berhati-hati apabila kembali ke Malaysia terutama sekali dengan ancaman Mossad.

Beliau sangat terkejut tetapi memandang remeh kepada amaran pemimpin ini, alasan rakan saya sangat mudah, “Apa yang mereka boleh buat…pengaruh kami bukan besar, siaran TV kami hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan bukan setaraf CNN”, begitulah lebih kurang alasan yang beliau berikan.

Pemimpin Hezbollah itu mengingatkan, “Benar tetapi kamu tidak sepatutnya memandang remeh peranan yang telah kamu serta negara kamu mainkan terhadap perjuangan kami”. Beberapa minggu selepas kembali ke Malaysia, kawan saya ini pergi ke KLCC untuk lepak di kedai buku (Kedai buku dekat tingkat teratas pusat membeli belah Suria KLCC, nama Jepun tidak ingat namanya).

Beliau dihampiri oleh seorang lelaki yang kelihatan 'very intelligence', berbangsa seperti Arab. Lelaki ini menyapa beliau dan selepas bersembang beberapa minit, mereka bersetuju untuk minum di cafe berhampiran. Lelaki ini banyak bertanyakan hal-hal peribadi kepada beliau termasuk perjalanan beliau ke Lubnan. Rakan saya ini mengesyaki dua lelaki di meja belakang yang duduk amat rapat dengan meja mereka mungkin merupakan rakan lelaki yang seperti wajah Arab ini. Yang amat mengejutkan, lelaki terbabit dalam berkata-kata manis turut menyelitkan nasihat berunsur ancaman.

Selepas kejadian itu, rakan saya pulang dan menghubungi editor bertugas untuk mendapatkan nasihat dan kalau tidak silap saya, satu laporan polis telah dibuat oleh beliau. Ketika menceritakan hal ini kepada saya dan beberapa rakan lain, kami bersetuju dengan andaian bahawa agen Mossad sebenarnya berada di negara ini tanpa disedari kita semua dan kita jangan lupa bahawa terdapat tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Negeri Sembilan.

Ada beberapa persoalan yang menarik yang selalu saya fikirkan.

1. Bagaimana lelaki ini berjaya “identify” wajah rakan saya?

2. Bagaimana lelaki ini tahu tempat kegemaran kawan saya pergi?

3. Bagaimana lelaki ini berjaya mengekori beliau?

4. Modus operandi apakah yang mereka pakai untuk memulakan operasi sulit mereka di Malaysia?

Dari pengalaman saya sendiri, bukan mudah untuk mengekori atau mendapatkan maklumat tentang sasaran kita (orang yang kita hendak intip) kerana ia tidak mungkin boleh dijayakan tanpa bantuanorang tempatan sendiri.

NOTA : BERBANDING NEGARA-NEGARA ARAB LAIN, MALAYSIA MELARANG KEMASUKKAN RAKYAT ISRAEL KE MALAYSIA DENGAN ALASAN NEGARA INI TIDAK MENGIKTIRAF PENUBUHAN NEGARA ITU DI ATAS TANAH PALESTIN. KEMASUKKAN MEREKA JIKA BERLAKU MUNGKIN MENGGUNAKAN PASPOT NEGARA LAIN DAN MELALUI SINGAPURA.


Penulis militaryofmalaysia.net (kiri) bersama pengawal sempadan Pakistan




Sumber dari militaryofmalaysia.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate