YANG MASIH PANAS...

MENYINGKAP RAHSIA ALAM JIN DAN SYAITAN

MUKADDIMAH

Memang tidak dinafikan bahawa antara perkara yang wajib dipercayai oleh manusia adalah antaranya perkara-perkara yang ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kepala kita secara realiti, dan perkara ini termasuklah jin dan iblis atau lebih dikenali dengan nama makhluk halus. Kewujudan makhluk ini sememangnya mengancam anak adam. Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus, terumanya kerasukan, barah yang ganjil, sakit dibahagian anggota tubuh yang sememangnya tidak dapat dikesan oleh doktor moden dan alat-alat canggih.
Menyedari hakikat inilah saya terpanggil untuk memberi pendedahan melalui kertas kerja ini berdasarkan sedikit pengalaman dan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya, di samping menyedari kepentingan ilmu ini yang merupakan fardu kifayah. Imam Ghazali menyatakan dalam kitab الاقتصاد فى الاعتقاد bahawa ilmu ini adalah ilmu yang ketiga terpenting selepas ilmu Fekah dan Tauhid. Oleh itu marilah sama-sama kita mendalami dan menghayati isi kandungan yang termaktub dalam kertas kerja ini.

Al-Quran sebagai satu sumber perubatan Islam

• Memang tidak dapat dinafikan bahawa al Quran merupakan petunjuk dan mengandungi seluruh aspek kehidupan dan tidak ketinggalan juga bidang perubatan. Perubatan yang dibawa oleh al Quran merupakan spiritual dan fizikal secara ringkasnya ubat bagi roh dan jasad sekaligus.
• Di dalam Islam terdapat 4 perkataan syifa’ dan sekaligus membuktikan kepada kita bahawa al Quran adalah sumber perubatan yang terulung.

Maksud: Dan Kami turunkan daripada al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al Isra’:82)

• Al Quran juga tidak ketinggalan dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus yang lebih dikenali dengan jin dan iblis.
• Hadis juga tidak ketinggalan mengutarakan masalah ini dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumahnya ketika dia sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita lalu Nabi barsabda:
عالجيها بكتاب الله
Dalil daripada hadis yang lain pula Rasulullah bersabda:
عليكم بالشفاء أى القرآن والعسل
Banyak lagi dalil-dalil daripada al Quran dan hadia yang membicarakan masalah ini.

Jin hakikat bukan khurafat
Di antara dasar akidah Islam ialah beriman kepada yang ghaib bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan Allah untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaNya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang berimn kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
Surah al Baqarah:1-3

Oleh itu setiap muslim wajib beriman tanpa ragu sedikitpun kepada perkara ghaib. Ibnu Mas`ud menyatakan yang ghaib ialah apa yang ghaib yang wajib kita imani kerana terdapat banyak dalil-dalil daripada al Quran dan as Sunnah.

• Tidak terlihat bukan erti tidak ada
Tidak terlihat jin bukannya berti tidak ada sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat melihatnya tetapi ia mengalir di dalam kabel. Kita membuktikan kewujudannya dengan pengaruh-pengaruhnya yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan udara dan sebagainya.

• Dari apa jin diciptakan

(surah al Hijr:27)
(surah al A`raf:12)

Jenis-jenis jin
Dari Abu Thalabah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
الجن ثلاتة اصنافى، لهم أجنحة يطيرون فى الهواء حيات وعقارب وصنف يحلون ويظعنون
Maksud: Jin itu ada tiga jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, ular dan kala jengking dan berpindah randah.

Tempat tinggal jin
- jin mengutamakan tempat-tempat yang sepi daripada manusia
- jin mengutamakan tempat-tempat yang kotor
- jin mengutamakan tempat-tempat tandas
- jin mengutamakan tempat-tempat yang berlubang
- jin mengutamakan tempat-tempat yang ada kotoran binatang-binatang.

Adakah jin makan dan minum?
Dalam hadis-hadis soheh banyak menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan jin ialah: tulang dan kotoran binatang.

Bila jin dan iblis berkeliaran.
Dalam hadis Sohihain dari Jabir, ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW:Maksudnya Bila malam menjelang tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Bila malam sudah gelap maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu keatasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.

Saya berkata dalam hadis ini ada lima perintah:
1) Dilarang berkeliaran pada waktu itu (menahan anak)
2) Menutup pintu
3) Menutup tempat-tempat air
4) Menutup tempayan-tempayan
5) Memadamkan lampu dengan sebut nama Allah

Sebahagian binatang dapat melihat syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda:


Maksud: Jika kalian mendengar suara keldai maka berlindunglah kepada Allah kerana sesungguhnya dia melihat syaitan dan jika kalian mendengar kokok ayam mohonlah kurnia daripada Allah kerana ia melihat malaikat.

Haram meminta pertolongan daripada jin
Allah berfirman dalam surah al Jin:6
Maksud: Ada beberapa orang lelaki di kalangan manusia meminta pertolongan beberapa lelaki daripada jin maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesesatan.

Jin lebih rendah daripada manusia
Firman Allah SWT:

Maksud: Sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah akui mereka daripada daratan dan di lautan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.
Surah al Isra’:70

Sebab-sebab kemasukan jin:
1) Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau sebaliknya
2) Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan air panas kepadanya dari tempat yang tinggi dan sebagainya.
3) Kezaliman jin terhadap manusia seperti menggangu tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia melalui keadaan tersebut:
‌أ) terlalu marah
‌ب) terlalu takut
‌ج) nafsu syahwat yang tinggi
‌د) lalai sekali

Kewujudan makhluk halus di dalam tubuh seseorang boleh dikesan melalui keadaan:

Gejala pada waktu tidur (mimpi)
1) Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah payah
2) Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
3) Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu rajin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu
4) Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan
5) Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.
6) Bunyi gigi ketika tidur
7) Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur
8) Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa disedari
9) Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi
10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
11) Bermimpi berada di tempat yang sunyi
12) Mimpi melihat makhluk aneh
13) Mimpi melihat hantu
14) Mimpi melihat budak kecil
15) Mimpi melihat gereja/salib
16) Mimpi berjumpa paderi
17) Merintih ketika tidur

Gejala pada waktu jaga
1) Selalu pening, pergi ke hospital atau klinik doktor kata tidak ada penyakit
2) Selalu berpaling daripada mengingati Allah
3) Hilang ingatan fikiran
4) Sering lesu dan malas
5) Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup mengubatinya
6) Sentiasa terasa sakit dibelakang
7) Lenguh disendi-sendi utama
8) Melihat sesuatu yang pelik ketika jaga
9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
10) Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kakinya
11) Mudah panik apabila menghadapi sesuatu ujian
12) Jiwanya sentiasa lemah
13) Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
14) Mudah marah
15) Emosional (terlalu sensitif)

Jenis-jenis gangguan jin
1) Gangguan sepenuh, iaitu jin mengganggu seluruh jasad seperti orang yang mengalami berbagai sumbatan saraf
2) Gangguan sebahagian anggota
3) Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada dalam jasadnya dalam waktu yang lama.
4) Gangguan sejenak iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Mu`alij (pengubat)
1) Hendaklah beraqidah dengan aqidah yang betul
2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’
3) Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan
4) Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin
5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal tersebut syaitan akan menyerang manusia
6) Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT
7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa cara sekalipun
8) Harus membentengi diri dengan benteng kukuh

Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.

Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih mampu menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.

Bagaimana untuk mencegah kerasukan jin
1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan Nabi
2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan
3) Menyebut nama Allah setiap masuk ke dalam bilik gelap
4) Jangan menyakiti anjing/ kucing
5) Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian maka berwudhuklah terlebih dahulu dan baca doa untuk tidur
6) Jangan kencing atau buang air di merata-rata terutama dilubang-lubang
7) Jangan bunuh ular yang muncul di dalam rumah

PENUTUP
Semoga risalah yang tidak seberapa ini akan dapat memberi sedikit panduan untuk ikhwah dan akhawat dalam menjalani kehidupan ini. Mudah-mudahan dengan memahami dan menghayati risalah ini akan memberi kefahaman dalam permasalahan makhluk halus ini.
Pesanan saya untuk semua jangan sekali-kali kita memandang remeh bahkan sentiasalah memandang serius dan jangan terlalu ta’sub dengannya.
Akhirnya marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar kita dogolongkan dalam golongan mereka yang faham, ikhlas dalam perbuatan dan jujur dalam segala amalan.

Pendinding diri

1. Letakkan tangan anda di atas kepala pendrita dan bacalah ayat0ayat berikut ditelinganya dengan tertib:

i) Surah al Fatihah
ii) Surah al Baqarah:1-5
iii) Surah al Baqarah:163-164
iv) Surah al Baqarah:255-257
v) Surah al Baqarah:285-286
vi) Surah al Imran: 18-19
vii) Surah al `Araf:54-56
viii) Surah al Mukmin: 115-118
ix) Surah ash Shaffat:1-10
x) Surah al Ahqat:29-32
xi) Surah ar Rahman:33-36
xii) Surah al Hasyr:21-24
xiii) Surah al Jin:1-9
xiv) Surah al Ikhlas:1-4
xv) Surah al Falaq:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate