YANG MASIH PANAS...

Siapakah Kaum Yang Diganggu Oleh Yajuj Majuj Pada Zaman Zulkarnain?


 
Seringkali ketika kita berbicara mengenai lelaki misteri dari Surah Al-Kahfi yakni Zulkarnain {1}, hal-hal berkaitan Yajuj Majuj akan turut dibangkitkan. Sememangnya ia tidak boleh dipisahkan kerana di antara kedua-dua perkara ini saling berkaitan. Namun, sedar atau tidak kita telah melupakan lalu terus mengabaikan satu fakta yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kaum Yang Diganggu Yajuj Majuj.

Petikan dalam Surah al-Kahfi, menyebut :
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu", sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". {2}
Ini menunjukkan bahawa kaum dimana Zulkarnain mahu melindungi mereka daripada serangan Yajuj Majuj, berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta tembaga. Lalu, persoalan penting yang boleh kita renungkan disini ialah, kaum manakah yang mempunyai kemahiran itu pada ketika itu?

Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi. Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus. Kenyataan ini telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum Kolchis.

Keturunan Georgia disebut dalam Genesis, sebagai pengajar kepada semua kemahiran serta pertukangan melibatkan besi dan tembaga. Jika dilihat daripada sejarah bangsa Armenia pula, mereka juga dikaitkan dengan kemahiran pencairan besi pada zaman purba.
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC, mereka diserang keluar oleh kaum Scythian {3} khususnya suku kaum Cimmerian yang telah menyebabkan perpecahan kesatuan mereka. {4} Namun uniknya ialah, pada pertengahan kurun ke-6 BC (selepas serangan kaum Scythian) mereka berada dibawah empayar Parsi yang pada ketika itu ditadbir oleh Achaemenes. Dalam erti kata lain, mereka berada dibawah kekuasaan Raja Kurush (Cyrus The Great).

Memetik artikel karangan Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian bernama Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah yang memperkenalkan zaman besi dan ini adalah sumbangan besar kepada kebudayaan manusia amnya. {5}

Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6}

Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Raja Kurush (Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi) dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Scythian juga Cimmerian serta suku-sakat mereka (Yajuj Majuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.
Maka ketiga-tiga perkara ini - Zulkarnain, Yajuj Majuj dan bangsa yang diserang Yajuj Majuj yang mana mereka itu berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi dan tembaga, kesemuanya muat secara tepat pada suatu ketika dan masa dalam sejarah. Dan yang paling penting ialah seiring dengan perjalanan mereka berdasarkan penceritaan dalam Surah Al-Kahfi.

Adalah sesuatu yang "naif" jika kita mengatakan bahawa kisah dan latar belakang Raja Kurush, identiti dan kedudukan geografi pendudukan kaum Scythian dan Cimmerian, serta perjalanan sejarah tawanan pada mangsa yang diserang, mereka itu yang berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta kedudukan wilayah mereka, berlaku seiringan pada masa yang sama secara kebetulan sahaja.

20/3/12

______________________________________________
1. Di dalam Surah al-Kahfi sama sekali tidak menyebut 'Iskandar' tetapi hanya 'Zulkarnain'. Walau bagaimanapun setelah kajian dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, hanya beberapa individu sahaja yang layak 'di-kait-kan' dengan kisah Zulkarnain. Dan diantara beberapa individu tersebut, HANYA kisah dan latar belakang Raja Kurush (Cyrus The Great) sahaja yang sesuai dengan perjalanan cerita individu bernama Zulkarnain di dalam Surah al-Kahfi.
2. QS Al-Kahfi, 18:96
3. Scythian (Saka) adalah satu kaum yang berumpun. Dibawahnya terdapat yang kecil termasuklah Cimmerian, Huns dan Khazar. Khazar yang kini "diiktiraf" sebagai Yahudi di negara Israel sebenarnya sama sekali tiada kaitan dengan Yahudi. Rujuk perbahasan oleh King Joseph. Kaum Scythia disini merujuk kepada Yajuj Majuj.
4. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, PTS Milennia, hlm 159.
5. In Defence of the Homeland: Intellectuals and the Georgian-Abkhazian Conflict. Secession, History and the Social Sciences. Edited by Bruno Coppieters, http://poli.vub.ac.be/publi/orderbooks/secession/secession-03.pdf
6. Dennis R. Papazian, Armenians (September 8, 1987), http://www.umd.umich.edu/dept/armenian/papazian/armenia.html
 
sumber : aku-macjay.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate