YANG MASIH PANAS...

Bajet 2013: Adakah Selari Dengan Syariah Serta Adil Kepada Generasi Akan Datang?





By Mohd Nazari Ismail,

Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut.

Bagi kita orang Islam, apa yang menjadi perkiraan utama dalam menilai bajet tersebut sepatutnya bukanlah manfaat keduniaan kepada diri sendiri semata-mata. Yang lebih penting ialah adakah bajet tersebut sehaluan dengan prinsip dan ajaran Islam atau tidak. Ini kerana sebagai orang Islam, kita semua telah dididik dengan ajaran Al-Quraan bahawa sumber kesejahteraan negara dan masyarakat adalah di tangan Allah SWT. Negara tidak akan aman damai dan sejahtera tanpa keizinan Allah yang Maha Berkuasa. Apa pun perkara yang kita lakukan, termasuk dalam merangka bajet negara mestilah dilakukan dengan pertimbangan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Oleh itu, isu utama yang perlu dikaji ialah sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam.

Jawapan kepada persoalan sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam adalah agak jelas. Ini kerana ciri utama kepada bajet tersebut ialah ia memerlukan kerajaan menambahkan hutangnya lagi untuk tahun yang ke-16 berturut-turut semenjak dari tahun 1997. Akibat dari belanjawan yang sentiasa berbentuk defisit dalam tempoh yang lama itu, hutang terkumpul kerajaan sekarang sudah mencapai RM503 billion. Jumlah berkenaan adalah satu jumlah yang sangat besar terutama sekali jika kita mengambil maklum bahawa hutang kerajaan hanya berjumlah tidak sampai RM5 billion pada tahun 1970.

Dari perspektif Islam, adalah tidak salah untuk kerajaan berhutang untuk memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi langkah berhutang tersebut mesti memenuhi dua syarat utama iaitu hutang tersebut bebas dari unsur Riba serta hutang tersebut boleh dibayar balik oleh kerajaan. Malangnya kedua-dua syarat utama tersebut jelas tidak dapat dipenuhi. Sumber utama kepada hutang negara adalah dengan menggunakan instrumen `Sekuriti Kerajaan Malaysia’ (Malaysian Government Securities atau MGS) yang menggunakan kaedah Riba yang jelas haram dari perspektif Syariah. Tambahan pula, hutang kerajaan yang terkumpul sekarang telah meningkat ke angka lebih dari separuh trillion Ringgit dengan penjelasan hutang tahunan (Debt Service) yang meningkat setiap tahun. Untuk makluman, pada tahun 1998 penjelasan hutang tahunan oleh kerajaan hanya berjumlah RM7 billion, namun sekarang ini ianya akan melebihi RM20 billion setahun pada tahun 2013. Tren ini jelas membuktikan bahawa kerajaan sekarang ini bukan sahaja tidak berupaya mengambil langkah mengurangkan jumlah hutangnya, bahkan juga tidak berupaya atau tidak bercadang untuk mengambil langkah untuk mengelak dari menambahkan beban hutangnya.

Sebenarnya kaedah pembiayaan kewangan negara sudah jauh tersimpang dari pendekatan Islam. Di dalam Islam sepatutnya kerajaan hanya berbelanja untuk rakyat berdasarkan pendapatan yang diperolehi sahaja. Di samping itu, pendapatan utama kerajaan sepatutnya adalah dari sumber yang terhad sahaja seperti hasil galian seperti minyak atau bijih, atau sewaan harta kerajaan (Kharaj) atau zakat di mana zakat hanya boleh dibelanjakan menurut syarat yang ketat sahaja. Ramai ulamak berpendapat bahawa kerajaan mesti mengelak dari memperolehi pendapatan melalui percukaian yang dikenakan ke atas rakyat atau melalui sumber hutang. Menurut mereka, percukaian sebagai sumber pendapatan atau melalui hutang sepatutnya hanya dilakukan sebagai langkah terakhir dan untuk keperluan mendesak sahaja seperti untuk membantu memberi makan kepada golongan miskin dan melarat atau untuk tujuan pertahanan negara. Jika kerajaan mempunyai sumber pendapatan dari sumber galian atau dari pemilikan harta seperti tanah dan sebagainya, maka sepatutnya kerajaan tidak lagi perlu untuk mengenakan cukai kepada rakyat atau berhutang.

Sebaliknya sekarang kita menghadapi senario di mana kerajaan bukan sahaja mengenakan cukai kepada rakyat dalam berbagai bentuk termasuk cukai impot kereta dan sebagainya bahkan kerajaan juga sedang menambahkan jumlah hutang terkumpul ke tahap lebih dari lima ratus billion Ringgit. Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan bukannya sebuah negara yang kering kontang. Di samping itu rakyatnya juga adalah berpendidikan, mahir serta rajin. Ramai yang sanggup kerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Oleh itu, jika pengurusan kewangan kerajaan dilakukan dengan baik dari dulu lagi dan jika langkah yang serius diambil untuk mengelak dari berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, maka sebenarnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus berhutang untuk membiayai perbelanjaannya.

Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu kita. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa dilaksanakan:
1) Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain

2) Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain

3) Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain

4) Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong

5) Pencen juga akan terpaksa dipotong

6) Usia persaraan akan dilanjutkan

7) Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa

8) Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan

Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol. Ini adalah kerana di tahun-tahun sebelumnya, semua kerajaan-kerajaan di negara-negara tersebut, seperti juga di negara kita, telah melaksanakan bajet yang defisit setiap tahun serta menambahkan hutang terkumpul kerajaan. Faktor utama adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut sentiasa bersaing untuk menjadi popular di mata rakyat dan oleh itu telah berbelanja dengan tidak berhemah untuk memberikan kesenangan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka setiap kali pilihanraya umum dijalankan. Akibatnya jumlah hutang terkumpul kerajaan telah menjadi terlampau tinggi. Oleh itu, sekarang ini mereka tidak dapat lagi mengelak dari mengambil langkah berjimat cermat yang drastik dengan cara memotong pelbagai jenis perbelanjaan dan menarik balik pelbagai bentuk subsidi untuk memastikan saluran hutang dari pihak-pihak pemiutang masih terbuka.

Sudah tentu langkah berjimat cermat ini tidak dipersetujui oleh rakyat. Mereka merasakan bahawa keadaan adalah tidak adil kerana mereka yang tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan akibat dari kesilapan pemimpin politik dalam menguruskan kewangan negara. Akibatnya telah berlaku protes dan tunjuk perasaan yang bersiri oleh rakyat yang sudah tidak tahan dengan penderitaan akibat dari langkah penjimatan tersebut. Seringkali protes menjadi ganas yang mengakibatkan ramai tercedera dan banyak harta benda rosak atau musnah. Bahkan ramai dari warga negara mereka yang telah membunuh diri akibat tekanan kehidupan yang tidak dapat ditanggung serta perasaan kecewa dan putus harapan dengan masa depan yang dilihat semakin sempit, gelap dan menakutkan.

Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi, huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara.

Akhir sekali, isu yang perlu difikirkan ialah tentang isu keadilan kepada generasi akan datang. Sekarang ini kerajaan jelas sedang mengejar populariti di mata rakyat dan telah memberikan rakyat banyak manfaat menerusi Bajet 2013 supaya semua merasa senang dan berpuas hati. Persoalannya, adakah kerajaan juga telah berlaku adil kepada generasi akan datang yang akan menderita di hari muka akibat dari terpaksa menghadapi berbagai masalah hasil dari langkah yang terpaksa diambil untuk membayar balik semua hutang yang kelak nanti sudah sampai ke tahap yang tidak dapat ditanggung lagi

Read more: http://biaqpila.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate