YANG MASIH PANAS...

Benarkah Dakwaan Rambut Nabi s.a.w.? Apa Hukum Minum Air Rendamannya?



Sungguh ramai yang mendakwa rambut ini adalah rambut Rasulullah s.a.w. Pedang ini adalah pedang Nabi s.a.w. Tapak kaki ini adalah tapak kaki Baginda s.a.w. Ada yang mencelup rambut berkenaan ke dalam air dan ia diberi minum kepada orang ramai sebagai tabaruk atau mengambil keberkatan.
Persoalan: Bolehkah bertabaruk dengan kesan-kesan Nabi s.a.w. seperti rambut dsbgnya.. Benarkah dakwaan tentang kewujudan seperti rambut Nabi s.a.w., pedangnya sebagainya? Bolehkah kita bertabaruk dengan contoh rambut yang didakwa sebagai rambut Nabi s.a.w.?
Fatwa berikut insyaallah boleh membantu kita mendapat jawapan tentang persoalan di atas.  


Terjemahan oleh: zain y.s
Artikel asal: islamqa.info kendalian Syeikh Muhammad Salleh al-Munajid
Soalan: Saya pernah menghadiri ceramah di Jordan yang membentangkan tajuk mengenai Masjid al-Aqsha dan Mendokong Agama. Penceramahnya membawa kepada kami air yang dicelup dengan rambut Rasulullah s.a.w. Rambut berkenaan ada di masjid al-Jazzar, 'Akka di Palestine.
Dia meletakkan air berkenaan di dalam botol, kemudian mencampurkannya ke dalam tangki air sehingga sejumlah besar wanita di situ dapat mengambilnya.
Soalannya; adakah dibenarkan untuk bertabaruk/mengambil berkat (barakah) dengan air ini dengan tujuan untuk berubat dan mengambil berkat.
Berikan kami fatwa, jazakallahu kull khair...
Untuk pengetahuan, air berkenaan masih lagi dalam simpanan saya dan saya tidak pernah menggunakannya.

Jawaban:
Alhamdulillah..
Para ulama telah sepakat atas bolehnya bertabaruk dengan kesan-kesan peninggalan Rasulullah s.a.w. samada rambutnya, peluhnya dan selainnya. Alasannya, ada dalil atas yang demikian itu. 
 ، فَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا رَمَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَمْرَةَ وَنَحَرَ نُسُكَهُ وَحَلَقَ نَاوَلَ الْحَالِقَ شِقَّهُ الْأَيْمَنَ فَحَلَقَهُ ثُمَّ دَعَا أَبَا طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيَّ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ الشِّقَّ الْأَيْسَرَ فَقَالَ احْلِقْ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أَبَا طَلْحَةَ فَقَالَ اقْسِمْهُ بَيْنَ النَّاسِ ) رواه مسلم (1305)
Terjemahan: Dari Anas bin Malik ia berkata; Setelah Rasulullah s.a.w.melontar Jamrah, menyembelih haiwan korbannya dan setelah mencukur rambutnya, baginda meminta tukang cukur untuk mencukur kembali rambutnya yang sebelah kanan. Kemudian baginda memanggil Abu Thalhah Al Anshari dan memberikan rambut tersebut kepadanya. sesudah itu, baginda kembali meminta untuk dicukurkan rambutnya yang sebelah kiri sambil bersabda: "Cukurlah." Maka dia pun mencukurnya, dan setelah itu, membagikannya kepada orang-orang. (HR Muslim)

وعَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ كَانَتْ تَبْسُطُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِطَعًا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا عَلَى ذَلِكَ النِّطَعِ ، فَإِذَا نَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَتْ مِنْ عَرَقِهِ وَشَعَرِهِ فَجَمَعَتْهُ فِي قَارُورَةٍ ثُمَّ جَمَعَتْهُ فِي سُكٍّ . قَالَ [القائل هو ثمامة بن عبد الله بن أنس] : فَلَمَّا حَضَرَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ الْوَفَاةُ أَوْصَى إِلَيَّ أَنْ يُجْعَلَ فِي حَنُوطِهِ مِنْ ذَلِكَ السُّكِّ قَالَ فَجُعِلَ فِي حَنُوطِهِ . رواه البخاري (6281)
Terjemahan: Dari Anas bahwa Ummu Sulaim, bahwa dia biasa membentangkan tikar dari kulit untuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda istirahat siang di atas tikar tersebut.
Anas melanjutkan; "Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah tidur, maka Ummu Sulaim mengambil peluh dan rambutnya yang terjatuh dan meletakkannya di bekas kaca, setelah itu dia mengumpulkannya di sukk (ramuan minyak wangi), Tsumamah berkata; 'Ketika Anas bin Malik hendak meninggal dunia, maka dia berwasiat supaya ramuan tersebut dicampurkan ke dalam hanuth (ramuan yang digunakan untuk meminyakkan mayat), akhirnya ramuan tersebut diletakkan di hanuth." (HR al-Bukhari)
Maka riwayat ini dan riwayat selainnya menunjukkan bahawa Allah menjadikan ada keberkatan pada diri Rasulullah s.a.w. dan apa yang terpisah darinya samada rambut, peluh dan sebagainya yang boleh ditabaruk serta diharap daripadanya manfaat di dunia dan di akhirat. Dan pemberi kebaikan ini adalah Allah Tabaraka Wa Taala.
Namun sekarang, dakwaan bahawa ini adalah sebahagian dari rambut Nabi s.a.w. atau bekas-bekas (barangan seperti pedang dsbgnya) adalah dakwaan yang tidak disandarkan kepadanya dalil.
Secara amnya, apa yang dikatakan dalam hal ini adalah satu bentuk cakap-cakap temberang dan khurafat. Seperti kata mereka: Ini adalah sehelai rambut milik Nabi s.a.w., kerana jika diletakkan di bawah sinaran matahari tidak ada bayang-bayang. Kata-kata seperti ini tak sepatutnya dihiraukan.
Oleh itu, tidak dibenarkan bertabaruk dengan air ditanyakan itu sehingga ia benar-benar pasti dan yakin bahawa rambut yang diletakkan pada air berkenaan adalah rambut Nabi s.a.w. Namun sayang, di sana sudah tiada lagi jalan untuk membuktikannya.
Kita hendaklah berhati-hati dengan kaki temberang dan khurafat serta penyeru bid'ah. Dan juga hendaklah menimba ilmu dari mereka yang diketahui benar-benar berpengetahuan tentang al-Sunnah, pembela dan penyebarnya.
Amat menakjubkan bagaimana ceramah tentang "mendokong agama" bertukar menjadi satu galakan agar mempercayai perkara-perkara yang tidak pasti dan tidak berasas.
Alangkah baiknya jika penceramah berkenaan menyeru manusia agar mempelajari al-Sunnah serta berpegang teguh dengannya. Kerana disitulah punca kejayaan.



Kesimpulan Fatwa:

  • Para ulama sepakat: Boleh bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w. seperti rambut, peluh dan sebagainya
  • Kesan-kesan Nabi s.a.w. yang didakwa oleh pelbagai pihak sekarang hanyalah temberang dan penipuan. Kerana ia samasekali tidak dapat dibuktikan kebenarannya, malah mustahil untuk dibuktikan.  
  • Persoalannya di sini ialah bukan masalah boleh atau tidak bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w., tetapi yang jadi masalahnya ialah apakah benar kesan-kesan peninggalan itu BENAR-BENAR milik Nabi s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate