ISMAIL (tengah) menunjukkan salah satu peralatan digunakan suspek untuk memecah tabung masjid di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar semalam. |
KANGAR – Seorang pemuda mengambil jalan mudah bagi mendapatkan modal menjual air soya di sebuah bazar Ramadan di daerah ini apabila tergamak melakukan kegiatan memecahkan tabung masjid sepanjang bulan Ramadan ini.
Pemuda berusia 23 tahun itu setakat ini berjaya memecah dan melarikan wang tabung di enam buah masjid yang kerap dilakukannya pada waktu petang selepas jemaah meninggalkan masjid.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, bagaimanapun perbuatan liciknya dapat ditumpaskan hasil intipan pihaknya ekoran aduan terdapat kegiatan pecah tabung masjid pada bulan puasa.
“Suspek akan berlagak kononnya alim dan bersembahyang bersama jemaah lain sebelum mengadu keletihan kerana berpuasa dan berpura-pura tidur.
“Apabila jemaah pulang, baru suspek melakukan kegiatannya menggunakan peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, spana, pemutar skru, lampu picit dan lain-lain untuk melarikan wang di tabung masjid itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan