Bagi menjaga budaya agama Yahudi agar tidak dipengaruhi
oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam
peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar
peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.
Pemandangan di Mea
Sharim
Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV
Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang
begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis
High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang
melihat.
Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari
HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas
pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen
sepanjang masa.
Bagi membendung gejala ini, kempen-kempen yang keras
dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan
hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV
yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.
Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi
Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering
bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi
Ultra Orthdoks menegaskan agama Yahudi mengharamkan penganutnya memakan
babi.
Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan
pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah
Yitzak Shamir yang
memimpin Parti
Likud.
Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar
dikuatkuasakan undang-undang peringkat persekutuan agar melarang semua penganut
Yahudi dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Yahudi perlu kembali kepada
ajaran asal Taurat.
Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi,
tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.
Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak
puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak
agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.
Kempen ini bermula pada Julai 1990.
Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan
Perempuan
Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks
di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Yahudi.
Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan
perempuan.
Lelaki
- wajib memakai baju berlengan panjang
- Memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
Perempuan
- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat
ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang
memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan
mereka.
Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran
Mayat
Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses
pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat
juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.
Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian
kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan
oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.
Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan,
ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea
Sharim.
(Chomotarium = rumah pembakaran
mayat)
Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai
Tentera
Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka
menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan.
Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan
kehidupan yang harmoni.
Fatwa 6 : Digalakkan Menyimpan Janggut Dan
Misai
Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang
mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja
diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk
negara-negara arab.
Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang
mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat
dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.
Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar
Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan
masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa
amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.
Permusuhan
antara Yahudi Ultra-Orthodoks dan Zionis
Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone
Berkamera
Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat
mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi
ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra
Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang
mempunyai kamera.
Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan
keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada
tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.
Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di
daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus
untuk Yahudi Orthodoks dicipta.
Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks
telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication
iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone
jenis Motorola di Israel.
Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang
fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah
mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di
talian internet.
Contoh Kosher
Phone
Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher
Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk,
simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.
Fatwa 8 : Mengharamkan Penjualan MP4
Player
Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya
golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan
membeli MP4.
Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada
masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di
bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio
rasmi mereka iaitu Kointrass.
Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi
Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka
perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 %
Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak
masyarakat mereka.
Fatwa 9 : Mengharamkan Rakaman Gambar Secara
Terbuka
Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan
tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video.
Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.
Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim,
Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil
gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong
asing.
Fatwa 10 : Mengharamkan Penubuhan Negara
Israel
Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel
adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi
Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia
bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.
Fatwa 11 : Mengharamkan Tingkahlaku Homoseksual dan
Lesbian
Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan
masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan
gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.
Rabbi Dr. Aaron L. Mackler,
profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar
kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.
Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative
Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap
penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan
lesbian.
Pada 1992, Comittee
of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya
setiap umat Yahudi yang beragama Yahudi mengelakkan sebarang aktiviti homoseks
dan lesbian.
Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak
dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun
Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan
itu tetap mengalir segar.
Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa
tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak
senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian
ini.
Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi
Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.
Kesimpulan
Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas
mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak
mempunyai perasaan benci kepada Islam.
Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama
kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini
memeluk Islam secara senyap-senyap.
Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan