Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud
Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
Daripada
hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan
keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung
ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Dalam
pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih
ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak
luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah
30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi
sempena nama kota Samirah
tempat tinggal mereka.
Setelah
sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu.
Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para
malaikat.
Namun
demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri
dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor
binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan
Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah.
Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar
di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta dia juga mengikut
bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri
dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang
pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa
Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya
suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani
Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah
ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
Muhammad
Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?.
Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah
mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu
memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah
besar.
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan
khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis
laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh
saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu
menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa
manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah
keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas
pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu
telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil.
Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa
jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula
dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan
yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
(sumber )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan