Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup
saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami
menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum
khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam
al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel
dengan suara yang lantang
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar
semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi
telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah
tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya
dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa.
Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan
tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo )
Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid
antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam
ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun
1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid
ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu
lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di
al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam?
lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga
al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata
beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di
mimbar ini kan "? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi
masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan
syiling al-Aqsa.
" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada
lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan
arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui
lanjut.
"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang
bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an
menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika
Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang
enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah
Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah
ada. "
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap
dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan
lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan
seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan
panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini
bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol.
Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum
itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang
orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita
dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Daud,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan
tergolong di dalam kaum itu".
Israel menggunakan lambang bintang enam
untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang
buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa
Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah
menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya,
sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk
Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam
jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang
merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan
keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih
bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan
.
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab
itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang
kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin.
Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah
akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang
akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga,
iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita
di Malaysia
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan