Tengah hot sekarang kat facebook adalah, penipuan makhluk bernama Ustaz Razis. Elok dibuang saja title ustaz tu. Tak pasal-pasal busuk nama Ustaz sedunia hanya kerana makhluk ni buat hal sampai menimbulkan fitnah terhadap kesucian Islam.
Aku rasa, rata-rata dah tau, yang dia ni kaki putar belit, kaki putar alam, kaki songlap duit, dan kaki tipu perempuan. Perempuan-perempuan yang dijadikan sasaran adalah perempuan cantik yang Islamik. Menurut banyak sumber di facebook menyatakan, dia berkahwin dengan 11 orang perempuan. Kawan aku yang memang kenal dengan dia pulak kata dia berkahwin dengan 12 orang perempuan dalam satu-satu masa. Mana satu yang betul aku tak pasti. Mungki periwayatan ni ada masalah dari segi perawi ataupun sanad, atau matannya. Haha.
Aku nak tulis pasal hal ni adalah sebab aku tau serba sedikit pasal makhluk ni. Masa orang tengah komen-komen gambar dia ni, terkejut beruk aku. Sebab aku kenal dia ni. Aku kenal dia sebab masa aku tingkatan 5 dulu, sekolah aku pernah panggil dia bagi ceramah masa bulan Ramadhan.
Ceramah, macam biasalah. Mestilah ada isi-isi yang baek. Soalan dia yang aku ingat sampai sekarang adalah, "Sapa kat sini yang belum tinggal solat tarawih lagi?". Masa ni, dia masih bekerja kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Lepas dia bagi ceramah, dia siap tinggalkan nombor telefon dia kat para pendengar. Ni nombor telefon dia 0192597** pada masa tu. Aku terpaksa sembunyikan sebab risau gak dia dah tak guna nombor tu, orang lain yang pakai. Tak pasal-pasal orang yang tengah pakai nombor ni kena serang pulak.
Masa ceramah tu, ada slot istimewa yang dia tayangkan. Dia tayangkan rakaman dia dan geng-geng dia buat operasi tangkap orang khalwat. Soalan-soalan dia dalam video tu, "dah kawin ka???", "betol ke kamu korek kemaluan dia???". Aku rasa video ni famous kat YouTube. Ada antara korang mesti dah tengok video ni. Kalau korang nak tau sapa punya kerja, si Razis penipu ni la punya kerja. Dari sini kita dah boleh tengok, betapa dia melakukan kejahatan. Ya, memang orang tu berkhalwat dan ia berdosa. Tapi tidak bermakna kita boleh sesuka hati membuka aib diorang. Sebab diorang lakukan dosa tu secara sembunyi-sembunyi, bukan secara terbuka. Di mana kat situ, kita tau yang tu merupakan satu keaiban.
Banyak lah video yang ditayang. Bukan satu-dua. Tapi banyak. Memang kerja dia untuk aibkan orang berkhalwat. Pi cegah sudah lah. Buat pa sampai nak rakam? Bila aku cakap aku nak join, dia tak bagi. Hahaha.
Satu lagi, kawan aku sendiri pernah kena tipu dengan dia. RM20k jugaklah kawan aku tu kena dengan dia. Kawan aku tu baru bukak syarikat. Jadi, dia perlukan penasihat agama. Jadi, si Razis penipu ni datang menawarkan 'perkhidmatan'. Nah, lesap RM20k.
Jadi, kepada para pembaca, sebarkanlah berita ni agar kita tak terkena dengan si pendusta ni. Seeloknya, dibuang saja nama Ustaz Razis dan digantikan dengan gelaran Razis al-Kazzab (Razis si Pendusta). Sepandai-pandai Razis membuat perancangan, bijak lagi Allah punya perancangan. Wallahu a'lam.
Nukilan Dari Blog Soutulmujahid.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan