Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan
atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman
hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..
Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar
isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di
akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah
mereka..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji
penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang
terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa
mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk
Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang
bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia
tak tanggung..
Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak
dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi
berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa
yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan