AMERIKA sebagaimana diketahui, memang sedang
dikuasai Yahudi Zionis sekular. Ada yang
berpendapat penguasaan Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan
syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi dalam ekonomi Amerika, itu bukan jawapan
tepat, tetapi kenyataan itu membantu kita menemui titik kepada satu perkara
penyebab.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa penguasaan Yahudi
Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan individu-individu Yahudi
dalam politik Amerika sehingga mempengaruhi dasar-dasar politik dan hubungan
luar Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, kenyataan itu juga membantu kita
untuk melihat perkara penyebab utama yang menyumbang ke arah penguasaan Yahudi
Zionis di Amerika.
Penguasaan Yahudi Zionis di Amerika bukan disebabkan oleh
perkara-perkara itu. Bagaimana syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi mampu
mencengkam ekonomi Amerika itu ada faktor utama yang mendokongnya. Begitu juga
dengan kemampuan media-media milik Yahudi dalam menguasai penapisan maklumat
awam di Amerika, keadaan itu mampu berlaku disebabkan ada faktor
pendokongnya.
Kepesatan pengaruh Yahudi Zionis dalam politik dan
pentadbiran dasar-dasar Amerika juga tidak akan mampu dicapai sekiranya tidak
ada faktor itu, faktor yang mendokong untuk memastikan Yahudi Zionis benar-benar
menguasai Amerika supaya memberi manfaat kepada negara haram Israel.
Pasti sahaja ada tiang-tiang yang mendokong semua kemampuan
Yahudi untuk menguasai Amerika. Tanpa tiang-tiang itu, syarikat-syarikat gergasi
milik Yahudi Zionis tidak akan mampu mempengaruhi ekonomi Amerika, media-media
milik Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi tapisan maklumat sebaran am di
Amerika, politikus-politikus Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi
dasar-dasar pentadbiran Amerika, segala-galanya berkaitan kepentingan Yahudi
tidak akan mampu menguasai Amerika sekiranya tidak ada tiang-tiang itu.
Tiang-tiang itu sentiasa memastikan segala-gala yang
berkaitan Yahudi diangkat tinggi dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika.
Tiang-tiang itu jugalah yang mengangkat negara haram Israel supaya dapat berdiri di tengah-tengah dunia Arab di
Asia Barat selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Ia umpama tiang Joachim dan tiang Boaz sebagaimana
dijadikan jata pertubuhan-pertubuhan rahsia, konspiratus Freemason dan lain-lain
pertubuhan yang menjalankan operasi rahsia yang berkongsi cita-cita yang sama.
Jata berupa tiang bagi setiap sesuatu yang rahsia untuk menjalankan setiap
sesuatu yang tidak ada rahsia.
Tiang-tiang itu pula menggalakkan tiang-tiang lain tumbuh
bersama asalkan tiang-tiang baharu itu juga membawa manusia ke arah sekularisme.
Tiang-tiang itu pula bertindak memperkukuhkan tiang-tiang baharu supaya setiap
tiang itu menjadi bilah-bilah besi penjara kepada manusia yang terperangkap
dalam hawa nafsu mereka.
-----
Tiang-tiang yang menegakkan liberalisme dan
sekularisme
Kemampuan Yahudi Zionis sekular menguasai Amerika mengikut
hawa nafsu mereka adalah berpunca daripada kewujudan tiang-tiang itu dalam
mendokong sekularisme dan liberalisme. Tanpa tiang-tiang itu, sekularisme dan
liberalisme akan mudah runtuh akibat respond daripada golongan-golongan
konservatif yang menolak kedua-dua nilai negatif tersebut supaya tidak
merosakkan nilai moral masyarakat.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan tiang-tiang itu dan
apakah fungsi-fungsinya? Kita tidak mahu ada yang pening-pening dengan
fakta-fakta yang hanya boleh disusun bersilangan dengan melihat benang-benang
halus, terma-terma atau jargon-jargon yang digunapakai dalam pengkajian
konspirasi kritikal, Umat Terakhir akan cuba menyampaikan dengan terma-terma
yang sesuai dengan tingkat pemahaman semua pembaca yang disayangi.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong
kehendak hawa nafsu Yahudi Zionis sekular adalah tiang-tiang itu. Bagaimana
tiang-tiang itu berfungsi? Sila fahami baik-baik. Kita lihat Amerika terlebih
dahulu, kemudian baharu kita melihat dunia pula.
Yahudi Zionis sekular bergerak secara kolektif dan
tersusun. Mereka menubuhkan NGO-NGO untuk mendokong kepentingan Yahudi di
Amerika dan seluruh dunia. NGO-NGO itu bertindak memberi tekanan
kepada pentadbiran Amerika supaya menjaga kepentingan Yahudi. Bukan kerana
tekanan tauke-tauke Yahudi yang memberi wang kepada kerajaan Amerika, sebaliknya
kerajaan Amerika yang terpaksa memberi wang kepada Yahudi (negara haram Israel)
akibat tekanan NGO-NGO pro-Zionis.
Masyarakat Yahudi campuran telah
beranak-pinak sehingga angka juta-juta di Amerika (Yahadut Caucasia melalui
hubungan darah keturunan Gog Scythia yang berasimilasi dengan bangsa-bangsa yang
tinggal di Padang Ragut Eurasia dan juga bangsa-bangsa Pergunungan Caucasia
sebelum memasuki Eropah dan berhijrah ke Amerika), atas sebab bilangan mereka
itu ramai, maka NGO-NGO yang digerakkan golongan berdarah Yahudi memainkan
peranan mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan
Amerika.
Kita lihat dari segi iklim politik Amerika. Setiap kali ada
pilihan raya di negara itu, NGO-NGO pro-Zionis akan melakukan perang saraf
(seperti kempen politik juga) supaya para pengundi Amerika memilih calon-calon
yang menyebelahi kepentingan mereka. Kewujudan NGO-NGO Yahudi sekularis itu pula
bukan rahsia dan sedia diketahui kewujudan mereka oleh masyarakat umum, namun
mereka menjalankan operasi mengikut kehendak pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Gerakan mereka dalam perjalanan politik demokrasi Amerika pula amat terang
nyata.
NGO-NGO itu akan bekerjasama sesama mereka dalam memastikan
calon-calon pilihan raya yang pro-Zionis menjadi pilihan rakyat Amerika
(walaupun bilangan pengundi di Amerika adalah sedikit kadar peratusannya).
Mereka gigih bekerja dalam memastikan kepentingan mereka terjamin, sedangkan
kita asyik gigih tidur dan bercakaran sesama sendiri.
Manakala dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika pula, setiap
dasar yang dijalankan kerajaan Amerika dibuat berdasarkan tekanan-tekanan yang
diterima daripada NGO-NGO pro-Zionis. Kita ambil contoh penguatkuasaan
undang-undang anti-semitik di Amerika, undang-undang itu dibuat selepas kerajaan
Amerika menerima tekanan daripada NGO-NGO Yahudi di sana . Nampak sedikit? Nampak maksud people’s power for
the sake of the Jew and Zionism?
Dalam industri automotif di Amerika pula, syarikat
permotoran General Motor (GM) milik Yahudi berjaya didokong sebagai kenderaan
paling menjadi pilihan rakyat Amerika selepas NGO-NGO Yahudi memainkan peranan
mereka. NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka supaya setiap kenderaan keluaran
GM menjadi pilihan rakyat Amerika. Bukan kerana Yahudi memiliki GM sudah
bermakna Yahudi telah menguasai indiustri automotif di Amerika dan sebahagian
dunia. Kalau tiada yang membeli kenderaan-kenderaan keluaran GM, maka GM tidak
akan menjadi gergasi automotif di Amerika sana .
GM mampu menjadi begitu adalah kerana ada faktor yang membuatkan rakyat Amerika
memilih kenderaan-kenderaan keluaran GM. Faktor itu adalah wujudnya NGO-NGO
Yahudi yang mendokong supaya kepentingan Yahudi diutamakan.
Kalau melihat politik, ekonomi dan dasar-dasar yang
pro-Zionis, kita tidak akan mampu melihat bagaimana tiang-tiang itu membawa
manusia ke arah liberalisme dan sekularisme. Tiang-tiang itu juga sentiasa
memperkukuhkan tiang-tiang baharu.
NGO-NGO Yahudi sentiasa bergerak dengan
melaungkan slogan-slogan yang dicipta oleh bangsa mereka. Paling popular
ialah hak sama rata yang menjadi antara penyebab terciptanya istilah
anti-semitik yang memusatkan bangsa Yahudi semata-mata dan meminggirkan
keturunan-keturunan Semitik yang lain terutama bangsa Arab, sebaliknya mereka
sentiasa menganggap bangsa mereka lebih superior melebihi bangsa-bangsa
lain di dunia dan ketinggian kesombongan mereka itu sendiri tidak sama
rata.
Hak sama rata pula menjadi antara penyebab
terciptanya istilah liberalisme yang perlahan-lahan mengheret bangsa
manusia Gentiles ke arah sekularisme. Bagaimana NGO-NGO Yahudi sekular
bekerja untuk menegakkan sekularisme melalui cara memperkukuhkan tiang-tiang
baharu yang lain?
Contoh, golongan lebian, biseksual, gay dan
transgender (LBGT) atau golongan ketagihan seks juga memperjuangkan hak-hak
mereka untuk bebas melakukan kegiatan kotor tanpa halangan daripada mana-mana
pihak. Lalu, golongan ketagihan seks itu menubuhkan persatuan-persatuan NGO
mereka sendiri untuk memperjuangkan hak songsang mereka
itu.
Atas nama hak sama rata, maka NGO-NGO
Yahudi sekular bertindak menyokong NGO-NGO ketagihan seks dalam
memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Dalam masa yang sama,
NGO-NGO Yahudi sekular bersama NGO-NGO ketagihan seks memberi tekanan kepada
pemerintah supaya mengiktiraf hak-hak seksualiti mereka. Itulah yang telah
berlaku di negara-negara Eropah.
Gereja-gereja Nasrani di beberapa buah negara
Eropah akhirnya terpaksa akur kepada kehendak hawa nafsu golongan ketagihan seks
akibat daripada usahasama tekanan yang diberikan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi
dengan NGO-NGO ketagihan seks. Dalam kes itu, Jerman sejak tamat Perang Dunia
Kedua sehingga hari ini sentiasa berwaspada dengan NGO-NGO sekularis Yahudi
kerana Jerman sentiasa menyedari akan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO
sekularis Yahudi itu dalam mencorakkan hala tuju dunia melalui jalan slogan hak
sama rata dan people’s power.
Daripada memetik contoh di Amerika, kita
sudah pergi ke sedikit contoh di Eropah pula. Sekarang kita lihat pula dunia
yang sudah dipasang dengan modus operandi NGO-NGO sekularis Yahudi
pro-Zionis.
Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di
beberapa buah negara di dunia juga didokong oleh tiang-tiang yang sama.
Negara-negara Islam bergolak dan berperang saudara kerana tergila-gilakan cinta
demokrasi, karya agung kisah cinta politik berdarah yang dikarang dalam bentuk
puisi-puisi cinta yang diperindahkan dengan slogan-slogan yang menyemarakkan
resah di jiwa manusia-manusia yang dungu.
NGO-NGO Yahudi sekular pro-Zionis menyusup
masuk ke negara-negara (terutama negara-negara Islam) di dunia untuk
menyemarakkan semangat cinta demokrasi. Dana-dana luar adalah lebih mudah
disuntik melalui gerakan NGO yang bekerjasama dengan golongan pemberontak
pencinta demokrasi politik keduniaan di negara-negara sasaran (rujuk penjelasan
perkara sama dalam artikel Money Laundering dalam blog
ini).
Slogan-slogan bermotif politik demokrasi yang
merenggangkan hubungan umat sehingga mencetus perang saudara atau percakaran
sesama umat, slogan-slogan itu disemarakkan melalui dokongan NGO-NGO Yahudi
sekular yang membantu NGO-NGO bermotif politik di negara-negara
sasaran. Ia adalah modul sama seperti yang dilakukan dalam taktik politik
di Amerika. Kejayaan mengawal politik di Amerika memberi keyakinan besar kepada
NGO-NGO Yahudi untuk melebarkan modus operandi ke serata dunia.
Menurut laporan risikan yang disebarkan kepada umum di
negara-negara Islam bergolak, gerakan NGO-NGO Yahudi sekular mula menyusup masuk
ke negara-negara Islam sejak lima tahun yang lalu, tempoh yang sangat singkat
itu telah memberi kesan yang besar terhadap segala kekacauan yang berlaku di
sudut-sudut dunia. Slogan demokrasi ditiup oleh pemimpin-pemimpin masyarakat
yang bekerjasama dengan NGO-NGO dari luar untuk menyemarakkan jiwa rakyat yang
memberontak supaya tercipta kekacauan untuk meruntuhkan keamanan sedia
ada.
Sesunggunya iblis itu sentiasa membisikan keraguan ke dalam
hati manusia. Akibat slogan-slogan itu yang disulam bersama maklumat yang
bercampur aduk antara yang benar dan palsu, maka keraguan di hati rakyat berjaya
disuburkan untuk melakukan pemberontakan dan kebencian terhadap kepimpinan
sesama umat sedia ada. Akibatnya juga, muncul golongan yang dungu menuntut apa
sahaja yang dikatakan sebagai hak-hak mereka tetapi pada masa yang sama
menafikan hak-hak orang lain.
Dalam modus operandi global yang digerakkan NGO-NGO Yahudi
sekular untuk menjadikan manusia fokus kepada demokrasi sehingga tercetusnya
huru-hara, berdampingan dengan parti-parti politik tempatan atau gerakan-gerakan
radikal tempatan atau gerakan-gerakan NGO tempatan adalah satu kemestian bagi
NGO-NGO sekularis Yahudi untuk memastikan rancangan mengheret bangsa manusia ke
arah sekular sebagai satu kenyataan.
Parti-parti politik tempatan, kumpulan-kumpulan radikal
tempatan atau golongan-golongan pemberontak tempatan diberi tunjuk ajar
berkenaan taktik-taktik ampuh untuk menggulingkan pemerintah sedia ada. Laporan
rasmi di Mesir dan beberapa negara di Asia Barat (dilaporkan kepada umum, sila
rujuk sumber-sumber laporan rasmi) juga mengesahkan penglibatan NGO-NGO asing
seperti NED dan NDI dalam plot kekacauan yang berlaku di Mesir suatu masa
dahulu. Mission Occupy, menduduki Dataran Tahrir
(mercu landmark utama di kawasan tumpuan) sebagai penggalak tekanan
kepada orang ramai untuk memulakan pemberontakan dan provokasi. Sama juga
seperti yang pernah berlaku di China (1989) yang mana golongan pelajar dan
muda-mudi China berkampung (occupy) di Dataran
Tiananmen untuk memberi tekanan kepada pemerintah China (sila rujuk sejarah China moden). Semuanya (mission occupy)
bermula di dataran-dataran awam yang menjadi landmark sesebuah kawasan.
Paten mission occupy yang sama walau di mana sudut dunia sekali
pun.
Apabila misi itu tercapai (biarpun ada yang
terkorban kerana nyawa Gentiles tidak mempunyai apa-apa harga di kaca
mata Zionis), maka langkah seterusnya ialah memastikan nilai-nilai sekular
dapat occupy di negara itu sebelum runtuhnya bangsa itu akhibat mengikut
hawa nafsu sekularis Yahudi. Apabila sudah runtuh segala nilai moral dan akhlak,
maka langkah seterusnya akan menyusul.
Semuanya runtuh. Mesir masih kacau bilau
walaupun pemerintahan lama sudah digulingkan, rakyat juga yang terngadah
terhuyung-hayang mencari jalan lurus selepas terhantuk kerana pemimpin pilihan
mereka masih tidak dapat menikmati kuasa pemerintahan sebagaimana yang
diharapkan sebelum terciptanya huru-hara. Pemimpin harapan mereka belum mendapat
kuasa, lebih menderita ialah mereka sendiri kerana terumbang-ambing dibadai
ombak dunia demokrasi tajaan sekularis Yahudi Zionis melalui NGO-NGO yang
sebelum itu pernah mengajar mereka untuk memberontak.
Semuanya runtuh. Rakyat negara China berubah perlahan-lahan
memeluk sekularisme, nilai moral runtuh sama sekali didorong kemajuan dan
pemodenan selepas China mengubah dasar ekonomi kepada polisi ekonomi yang lebih
liberal sebagaimana yang dikehendaki oleh golongan ‘terpelajar’ yang berkampung
di Dataran Tiananmen. Slogan liberal sangat berpengaruh, kesannya ialah runtuh.
Memang China hari ini berubah menjadi negara maju dan progresif, namun kos
melepas (opportunity cost, istilah ekonomi) yang ditanggung China ialah
keruntuhan nilai moral masyarakatnya yang semakin teruk sebagai bayaran kepada
slogan liberal yang dicintai sebilangan manusia, kos melepas yang sama
sebagaimana sedang ditanggung Amerika dan negara-negara Eropah akibat
tangan-tangan yang mendirikan tiang-tiang yang sama.
NGO-NGO Yahudi sekular sudah sedia wujud di kebanyakan
negara di dunia memainkan mind game untuk meniupkan semangat demokrasi
secara psikologi ke arah hak sama rata yang liberal dan akhirnya menjerumuskan
manusia ke kancah sekular tanpa disedari. Mulanya mereka meniup semangat melalui
slogan-slogan untuk memperjuangkan demokrasi, kemudian atas nama demokrasi
kebebasan bersuara maka keluarlah golongan lain pula untuk bersuara galak
menuntut kebebasan masing-masing, semuanya diliberalkan dan akhirnya semua
dipaksa terjerumus ke lembah sekular yang menyesatkan.
-----
Tiang-tiang itu sedang berdiri di celah-celah kita semua.
Tiang-tiang itu sedaya upaya mahu menongkat ‘langit gelap’ di atas papan catur
supaya ‘langit gelap’ tidak runtuh dan supaya catur dapat terus dimainkan dalam
kecerahan cahaya buatan yang bukan daripada cahaya yang
sebenar (cahaya, nur yang lurus).
Berdirilah tanpa berpaut pada tiang-tiang itu. Runtuhkanlah
tiang-tiang itu supaya ‘langit gelap’ itu juga turut sama runtuh. Apabila langit
gelap itu runtuh, baharulah kita akan dapat melihat langit yang
sebenar dan menikmati cahaya yang sebenar. Apabila
cahaya yang sebenar sudah mula menerangi, maka cahaya buatan tidak akan
mempengaruhi apa-apa manfaat lagi.
NGO-NGO Yahudi sekularis sentiasa
memerhatikan peluang apabila kita berselisih dan bersengketa sesama sendiri,
mereka kemudian mendirikan tiang-tiang (bersekongkol dengan NGO-NGO tempatan
yang bermotif mencipta huru-hara) untuk kita supaya kita hanya mampu berdiri
dengan berpaut pada tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu untuk berpaut.
Kita ada tiang-tiang kita
sendiri.
Tegakkanlah tiang-tiang
kita.
Tiang-tiang agama yang mengajar kita untuk
berfikiran waras dan bersatu padu.
-STALKER-
Blog Umat Terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan