YANG MASIH PANAS...

Beratus-ratus perempuan bukan Muslim memakai tudung Sertai Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu.

Hari Hijab Sedunia: Ratusan wanita bukan Islam berhijab




Disertai dengan beratus-ratus perempuan bukan Muslim memakai tudung, Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu.

"Saya tidak diajar menggunakan apa yang anda sebut sebagai tudung. Anda tinggal memasukkannya ke kepala anda. Tetapi saya mendapati bahawa kelebihannya sangat luas. "

Itu yang dikatakan Jess Rhodes, 21 tahun, seorang mahasiswi dari Norwich di England. Dia sangat ingin untuk mencuba penutup kepala, tetapi sebagai seorang bukan islam dia tidak pernah berfikir bahawa itu merupakan sebuah pilihan.

Jadi ketika temannya memberikan peluang untuk memakai tudung, dia menyanggupinya.

"Dia meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu menjadi Muslim, ini hanya soal kesopanan, walaupun dikaitkan dengan Islam. Jadi saya fikir, mengapa tidak? "

Rhodes merupakan salah seorang daripada beratus-ratus bukan Islam yang mengenakan jilbab dalam peringatan pertama Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Jejaring sosial
Peringatan yang dianjurkan oleh seorang perempuan berasal dari New York Nazma Khan, dan disebarkan melalui laman web jejaring sosial telah menarik perhatian Muslim dan bukan Muslim lebih dari 50 negara di seluruh dunia.

Bagi kebanyankan orang, hijab merupakan simbol penindasan dan perbezaan dan menjadi perdebatan di negara-negara Barat.

Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi itu dan mendorong perempuan bukan Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan mengalami seperti apa memakai tudung, sebagai sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.


"membesar di Bronx, di NYC, saya mengalami diskriminasi yang besar kerana hijab saya," kata penganjur, Khan, yang pindah ke New York dari Bangladesh pada usia 11 tahun. Dia merupakan salah seorang pemakai tudung di sekolahnya.

"Di sekolah menengah saya merupakan 'Batman' atau 'ninja,'" kata dia.
"Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau 'pengganas". Itu sangat mengerikan, "kata beliau.

"Saya berfikir satu-satunya cara untuk menamatkan diskriminasi adalah jika kita meminta rakan kita untuk merasakan sendiri pengalaman berhijab."

Khan tidak menyangka akan mendapat sokongan dari seluruh dunia. Dia telah dihubungi oleh puluhan orang dari pelbagai negara, termasuk Britain, Australia, India, Pakistan, Perancis dan Jerman. Maklumat mengenai kumpulan ini telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa.

Melalui jejaring sosial ini, Jess Rhodes terlibat. Rakannya Widyan Al Ubudy tinggal di Australia dan meminta rakan Facebooknya untuk turut terlibat.

"Mereka khuatir saya akan diserang di jalanan kerana adanya jurang toleransi."

Rhodes juga bimbang dengan reaksi ini, tetapi selepas lapan hari menggunakan tudung dia terkejut dengan situasi positif yang dialaminya.

"Saya tidak dapat menjelaskan tetapi ramai yang membantu, terutama di kedai-kedai," kata dia.

Esther Dale, 28 tahun, yang tinggal di negara bahagian California AS, merupakan seorang perempuan bukan Muslim yang cuba memakai tudung pada hari tersebut.

Ibu dari tiga anak ini diberitahu oleh seorang rakannya yang merupakan seorang pemakai tudung.

Sebagai penganut Mormon, Dale faham pentingnya keyakinan dalam kehidupan sehari-hari, dan tuduhan yang diperolehi kerana pakaian yang dikenakan.

Dia mengetahui stigma terhadap penutup kepala dan berharap peluang ini boleh digunakan untuk memadamnya.

"Saya mengetahui mengenai kesantunan dalam perilaku, tidak hanya pakaian dan ini hanya merupakan andaian yang salah bahawa perempuan menggunakannya jika mereka dipaksa, terutama di AS," ujarnya.

"Ini merupakan peluang yang baik untuk mendidik orang bahawa anda tidak dapat memberikan tuduhan yang tepat mengenai seseorang berdasarkan apa yang mereka kenakan," kata Dale

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate