Jawapannya sudah dijawab dalam hadis
tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga
pokok itu akan melindungi mereka dari dikejar umat Islam.
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW
bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi
Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi," Wahai muslim, inilah Yahudi
di belakangku, bunuhlah! "(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami 'As-Shaghir
no. 7414)
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون
اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو
الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من
شجر اليهود "(ذكره في: صحيح الجامع الصغير أيضا -7427)
Tidak akan terjadi hari kiamat,
sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai
Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata,
"Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan
bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon
Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami 'As-shaghir no. 7427)
Hadis di atas dari segi kekuatan
sanadnya termasuk hadits shahih tanpa perbezaan pendapat. Dan termasuk dari
tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW yang berkaitan dengan mukjizat berkenaan
peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang.
Namun ada yang perkara yang kurang kita
sedari selama ini. Iaitu bahawa hadis ini baru terasa relevan di zaman sekarang
ini saja. Sepanjang 14 abad lamanya, setiap orang yang membaca hadis ini di
zamanya, akan sedikit berkerut kening. Mengapa?
Sebab di masa mereka hidup, sejarah
Yahudi tidak seperti sekarang. Mereka belum lagi menjadi sebuah "negara" super
power. Keangkuran Yahudi dengan negara Israelnya belum pernah berlaku sepanjang
14 abad lalu. Keberadaannya baru muncul di abad 20 ini atau abad 14
hijrah.
Orang Yahudi sepanjang sejarah Islam,
selalu berada di bawah perlindungan negeri-negeri Islam. Komuniti Yahudi selalu
dimusuhi oleh semua bangsa dan negara sepanjang sejarah. Orang Yahudi pernah
diseksa oleh Nazi Jerman di zaman Hitler. Hampir tidak ada tempat untuk Yahudi
kecuali di dalam negeria Islam. Mereka hidup aman semas tinggal di wilayah
khilafah Islam, kerana undang-undang Islam melarang memerangi ahlu zimmah (kafir
zimmi).
Salah satu penguasa yang anti Yahudi
adalah Sepanyol Kristian. Ketika Sepanyol dikuasai rejim Katolik, bukan hanya
umat Islam yang diusir, tetapi juga kalangan Yahudi. Tidak ada satu pun tanah di
dunia ini yang mahu menampung bangsa ini, kecuali penguasa muslim Turki
Uthmaniyah.
Maka selama 14 abad lalu, hadis ini
cukup menghairankan umat Islam. Bagaimana mungkin umat Islam yang selama ini
melindungi bangsa Yahudi serta mengharamkan darah mereka, lantaran mereka
termasuk ahlu zimmah, tiba-tiba akan memerangi Yahudi sampai mati. Bahkan batu
dan pohon akan memerintahkan umat Islam untuk membunuh mereka juga.
Teka-teki hadis ini baru terjawab pada
tahun 1948, ketika masyarakat Yahudi dunia melakukan pencerobohan dan menjajah
sebuah negera Islam merdeka, Palestin. Pada tahun 1967 semakin jelas lagi hadis
ini, kerana ternyata komuniti Yahudi yang selama 14 abad hidup di bawah
perlindungan, asuhan dan kerahiman umat Islam, tiba-tiba berubah menjadi
serigala liar yang mengakibatkan perang Arab-Israel.
Barulah di masa sekarang ini hadis ini
menjadi lebih bererti, setelah terbongkarnya misteri. Ternyata Yahudi yang
selama ini hidup di bawah asuhan dan kasih sayang umat Islam, tiba-tiba menjadi
makhluk buas pembunuh nyawa.
Dan menarik untuk diperhatikan, bahawa
Yahudi sudah mempersiapkan apa yang mereka dapat di masa sekarang ini sejak
sekian lama. Bahkan ada yang mengatakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Konon
terbentuknya negara-negara super power, penjajahan barat atas dunia timur,
naiknya para pegawai masing-masing di negara kuasa besar, semua tidak terlepas
dari sinario mereka. British di masa lalu dan Amerika di masa sekarang, tidak
lain hanyalah alat yang disiapkan untuk mewujudkan cita-cita pembentukan
Israel.
Kerana itu mustahil meminta Amerika
untuk menekan Israel agar menghentikan serangan mereka ke negeri Islam. Adanya
hak veto di PBB semakin membuktikan bahawa PBB pun termasuk bahagian dari alat
yang dicipta oleh mereka.
Kepastian Kekalahan
Yahudi
Selain misteri hadis ini di abad 14
hijrah, hadis ini sangat tegas menyebutkan kepastian kehancuran bangsa
pengingkar Allah dan nabi ini. Bahkan pohon dan batu pun akan ikut membantu umat
Islam dalam menumpaskan mereka.
Kerana itu, hadis ini juga menjadi
penghibur derita, pelipur lara dan penjanaan harapan buat umat Islam yang sempat
merasakan kebengisan Yahudi secara lebih nyata. Bahawasanya Israel yang bukan
manusia itu pasti akan dikalahkan, mati kutu dan mati. Ini adalah sebuah
kepastian, kerana yang berkata bukan sebarang orang. Yang berkata adalah seorang
yang paling dekat kepada Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Yang menarik juga, di dalam hadis ini
Rasulullah SAW menyebutkan sebuah nama pohon, iaitu Gharqad. Pohon ini milik
Yahudi, sehingga kalau ada Yahudi sembunyi di baliknya dari kejaran umat Islam,
pokok ini tidak akan berbicara. Sebaliknya, pokok ini akan melindungi Yahudi,
kerana pokok ini milik mereka.
Dan mengapa pohon gharqad itu
melindungi yahudi?
Benar bahawa semua benda itu ciptaan
Allah. Seharusnya semuanya tunduk dan patuh kepada kehendak-Nya. Bukan hanya
pohon, bahkan tanah, langit, bumi, dan semua kandungannya, tunduk kepada Allah,
baik secara terpaksa mahupun secara sukarela.
Sebenarnya jin kafir atau Iblis
sekalipun, juga makhluk ciptaan Allah. Kalau Allah kehendaki, boleh saja Iblis
tidak kafir. Kalau Allah kehendaki, boleh saja tidak ada senario Iblis ingkar
atas perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam alaihissalam.
Tapi yang kita tahu, semua itu adalah
kehendak Allah SWT. Sehingga kita dapati Iblis melakukan tindakan kemungkaran
yang dilarang, bahkan membangkang terhadap perintah Allah SWT. Kalau pakai logik
anda, seharusnya Iblis tidak boleh membangkang, bukankah dia itu makhluk
Allah?
Tetapi sekali lagi, kita beriman kepada
Allah SWT dan juga kepada sifat-sifat-Nya. Dan salah satu sifat Allah SWT adalah
berkehendak. Di antara kehendak-kehendak Allah itu, Allah SWT ternyata
menghendaki Iblis membangkang. AKan tetapi bukan pada tempatnya untuk
mempersoalkan Allah SWT atas setiap kehendaknya.
Dan itulah bezanya tuhan dan bukan
tuhan. Tuhan itu berkehendak dan tidak perlu ditanya-tanyai latar belakang semua
yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya, hanya yang bukan tuhan saja yang boleh
ditanya-tanyai kalau bertindak. Kalau kita melakukan dosa dan maksiat atau
hal-hal lain yang tidak senonoh, maka kita akan disoal dan harus
bertanggung-jawab, paling tidak nanti di akhirat.
Sedangkan tuhan, tidak perlu dan bukan
dalam kedudukan untuk disoal siasat, mengapa melakukan ini dan mengapa melakukan
itu. Sebab hakikat tuhan adalah mutlak, mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang
dikehendaki-Nya.
Kembali ke pohon Gharqad, tentu saja
bukan kafir. Sebab istilah kafir itu hanya berlaku untuk dua jenis makhluk saja,
iaitu jin dan manusia. Selebihnya semua tunduk kepada apa yang Allah
kehendaki.
Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat
dari kacamata hakikat, sangat tunduk kepada Allah. Tunduk kepada senario dari
Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak
perlu kita anggapkan sebagai pohon kafir.
Yang kafir itu hanyalah Yahudi, iaitu
mereka ingkar dan membangkang dari ketentuan Allah SWT yang bersifat formal.
Akhirnya nanti Yahudi akan masuk neraka semuanya dan tidak keluar lagi dari sana
selamanya. Kecuali Yahudi yang bertaubat dan sempat masuk Islam, maka mereka
adalah saudara kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan