Rasulullah bersabda, "Para wanita
yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala
mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium
semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat
wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud,
Tirmidzi, bn Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah
mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau
telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang
terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain
mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya
bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak
sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah
pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu
yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak
sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan
Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini,
dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka
(orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah
berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini
(Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari
langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal:
32)
Dan sungguh telah datang azab yang
pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu
adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan
akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang
panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai
orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan.
Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang
berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar.
Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis
dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai
pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas
paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta
merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam
rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan
hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang
agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang
perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model
pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat,
tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.
Semakin jelaslah bahawa pakaian yang
sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena
"azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh
lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu
pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang
bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung),
bahkan malah tetap bertabarruj???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan