Yahudi menuduh Islam sebagai agama
keganasan nombor satu bagi Yahudi. Alangkah baiknya, mereka harus kembali
membuka lembaran hitam sejarah penindasan mereka. Sejarah "hitam" ketika mereka
diselamatkan oleh kaum muslim ketika dikejar oleh NAZI. Islam lah yang dengan
berbesar hati membuka pintu rumahnya untuk dijadikan tempat bersembunyi
mereka.
Kisah ini bukanlah roman picisan belaka
atau direka. Fakta ini adalah benar berlaku di sebuah negara bernama Albania.
Sebuah negara muslim kesan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah menguasai negara itu
antara tahun 1385-1912.
Sejak Perang Dunia II, kisah pembunuhan
beramai-orang Yahudi menjadi catatan tersendiri. Mereka dikejar dan dicari oleh
bala tentera NAZI. Dalam keadaan bingung, mereka hampir putus asa, menjadi
pelarian menjadi satu perkara yang sukar mereka perjuangkan.
Dalam keadaan bimbang, mereka bagai
mendapatkan cahaya. Dari maklumat yang diperolehi, ada sebuah negara berpenduduk
ramah dan baik terhadap tetamu. Negara itu bernama Albania. Sebuah negara muslim
di bahagian Eropah Tenggara yang kini bersempadan dengan Montenegro di sebelah
utara, Serbia (Kosovo) di Timur laut, Republik Macedonia di Timur, dan Greece di
Selatan.
Sekitar dua ribu orang Yahudi melarikan
diri ke daerah Albania. Di sana, mereka dilindungi oleh keluarga-keluarga muslim
Albania di bandar Berat. Para muslim Albania mempertaruhkan nyawa untuk
melindungi pelarian Yahudi yang meminta pertolongan.
Menyembunyikan Yahudi risikonya sangat
tinggi, kerana setiap masa rondaan NAZI boleh meronda ke perkampungan dan
menggeledah setiap isi rumah. Jika diketahui ada penduduk menyembunyikan Yahudi,
maka kehilangan nyawa adalah ganjarannya.
Namun menurut catatan sejarah, tidak
ada satupun pelarian Yahudi yang diserahkan oleh muslim Albania pada pihak NAZI.
Dengan penuh keikhlasan dan kebesaran hati, para muslim Albania melindungi
pelarian Yahudi dengan segenap cara.
Justin Kerber, seorang Rabbi Yahudi
pernah berkata, "Komuniti Muslim ada di antara orang-orang yang telah menghadapi
risiko besar kerana memberikan perlindungan kepada kaum Yahudi di rumah-rumah
mereka. Dan mereka melakukannya tanpa melihat latar belakang agama para Yahudi.
"
Sedangkan, Dr Ghazala Hayat, seorang
doktor ahli saraf di Universiti St. Louis dan juru cakap Islamic Foundation di
Greater Saint Louis memberitahu, "Anda mungkin belum pernah mendengar cerita
ini, bagaimana masyarakat Muslim Albania mempertaruhkan nyawa mereka sendiri
untuk mengamalkan keimanan dan menghormati kehidupan yang disebut
Besa,"
Besa sendiri adalah tradisi yang
berakar dari Al-Quran yang bermaksud "memegang janji" atau "menjaga kehormatan".
BESA juga bermakna mengambil berat pada yang memerlukan, melindungi kaum lemah,
dan menolong sesama.
Dalam usaha melindungi kaum Yahudi,
para muslim Albania menganggap mereka sebagai saudara. Mereka diberikan pakaian
yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama-sama di rumah seperti ahli
keluarga. Apabila ada rondaan Jerman datang, kaum Yahudi disembunyikan di bawah
tanah atau di tengah hutan.
Kisah dari keluarga Kasem Kocerri, yang
didatangi serombongan rondaan NAZI pada awal 1944, menarik untuk didengari.
Ketika itu, tentera NAZI menyoal di mana para pelarian Yahudi bersembunyi. Tapi
Kasem tidak memberitahu. Diam-diam dia menyembunyikan keluarga Yahudi di salah
satu kumpulan di atas bukit.
Keluarga Halil frasheri menceritakan
pengalamannya yang mencengkam semasa rondaan NAZI menggeledah rumah ke rumah.
Dia melalui pintu belakang, mengajak keluarga Yahudi yang bersembunyi di
rumahnya, untuk lari ke dalam hutan.
Namun kisah fenomenal di atas itu semua
berlaku ketika Yahudi mengalami berbagai kekejaman di Eropah. Namun berbeza
ketika kaum Yahudi hidup di wilayah Kekhilafahan Uthmaniyah. Selama
beratus-ratus tahun mereka tinggal dalam wilayah Uthmaniyah, mereka menikmati
kebebasan menjalankan agama dan pelbagai perlindungan sebagai kaum minoriti atau
ahlud dimah. Selama itu, kaum Yahudi tidak berfikir untuk berpisah dari
Ustmaniyah.
Keadaan Yahudi di Ustmaniyah itu begitu
berbeza dengan nasib yang diterima Yahudi di Eropah ketika Kristian berkuasa
sehingga mereka dihalau untuk berpindah secara besar-besaran terutamanya ke
wilayah Uthmaniyyah. Padahal ketika Sepanyol berada di bawah pemerintahan Islam,
kaum Yahudi mendapat layanan yang baik.
Oleh kerana itu, Martin Gilbert, dalam
Atlas of Jewish Civilization mencatat bagaimana kebijaksanaan penguasa muslim
Sepanyol terhadap Yahudi. Dia katakan bahawa penguasa muslim juga memberi
pekarjaan kepada sarjana Yahudi sebagai kecintaan mereka terhadap Sains dan ilmu
pengetahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan