WARNA DARAH HAIDH DAN CIRI-CIRINYA
Menurut ulamak syafie , darah haidh mempunyai lima warna :
1 . hitam
2 . merah
3 . warna antara keemasan dan merah
4 . antara kuning dan keruh
5 . antara kuning dan putih
Manakala ciri-cirinya , seperti yang disifat oleh Nabi saw :
1. Keadaannya pekat
2. Seolah-olah terbakar akibat kepanasannya
3. Mengalir dengan perlahan
4. Mempunyai bau yang busuk serta warnanya yang hitam dan sangat merah
__________________________________________________________________________________
UMUR DATANGNYA HAIDH
Kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa sekurang-kurang umur berlakunya haidh ialah Sembilan tahun. Ini berdasarkan kebiasaan kaum wanita kedatangan haidh.
Satu riwayat daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata : “ Apabila seorang kanak – kanak perempuan mencecah usia Sembilan tahun maka ia dikenali sebagai wanita “
__________________________________________________________________________________
DARAH KELUAR SEBELUM GENAP SEMBILAN TAHUN
Darah yang keluar sebelum genap Sembilan tahun ianya tidak dikira darah haidh. Imam Syafie rh berkata : “ jika ia melihat darah keluar sebelum genap Sembilan tahun , maka ia adalah darah fasad dan ianya bukanlah darah istihadhoh kerana darah istihadhoh hanya berlaku menyusuli selepas haidh “.
__________________________________________________________________________________
USIA PUTUS HAIDH
Menurut ulama` Syafie, haidh akan tamat pada usia 60 tahun berdasarkan kepada istiqra ( melihat kepada realiti kebiasaan yang berlaku dan melalui hasil tinjauan kepada hal-ehwal para wanita ) .
ulama` Hanafi mengatakan usia tamat haidh ialah diantara umur 50 hingga 60 tahun. Ulama` Maliki menyatakan , usianya 70 tahun dan yang muktamad dalam mazhab Hambali ialah 50 tahun. Ini berdasarkan kata – kata Aisyah ra : “ Apabila seorang wanita sampai usia 50 tahun maka keluarlah ia dari batasan haidh “.
__________________________________________________________________________________
TEMPOH HAIDH
1. Sekurang-kurangnya tempoh haidh ialah sehari semalam. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ali r.a . ianya juga pendapat Fuqaha` Syafie dan Hambali. Pendapat ini juga di pegangi oleh Ata` . Abu Saur , AL Azaa`ie dan Ishak. Mereka menyatakan bahawa darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam atau keluar lebih sehari semalam maka ia adalah darah haidh .
2. Kebiasaan berlaku , tempoh haidh ialah 6 atau 7 hari. Ini berdasarkan sabda Nabi saw kepada Hammah binti Jahsy r.a : “ Setelah kamu kedatangan haidh selama enam atau tujuh hari seperti dalam pengatahuan Allah maka hendaklah kamu mandi. Dan apabila kamu mendapati bahawa kamu telah suci dan bersih maka tunaikanlah solat dalam masa 24 hari atau 23 hari dan berpuasalah. Sesungguhnya yang demikian itu memadai bagimu dan demikianlah hendaknya kamu lakukan pada setiap bulan sebagaimana wanita-wanita lain yang kedatangan haidh dan sebagaimana mereka suci pada tempoh haidh dan tempoh suci mereka “ ( hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi mengatakan hadis ini hasan lagi sahih )
3. Tempoh paling lama bagi haidh ialah 15 hari beserta malamnya , walaupun haidh tidak datang secara berterusan , tetapi kadar keseluruhannya datangnya hendaklah mencapai sehari semalam. Dalilnya berdasarkan istiqra` dan kata – kata Saidina Ali r.a : “ Darah yang melebihi lima belas hari adalah istihadhoh “.
__________________________________________________________________________________
TEMPOH SUCI DIANTARA DUA HAIDH
Sekurang –kurangnya tempoh suci yang menceraikan antara dua haidh ialah 15 hari dan ini adalah pendapat jumhur ulama` dari fuqaha` Syafie , Maliki dan Hanafi.
Tidak ada had bagi tempoh maksimum suci, hal ini kerana terdapat wanita yang didatangi haidh hanya setahun sekali , ada yang didatangi seumur hidup sekali dan ada yang tidak pernah didatangi haidh langsung sebagaimana terjadi pada Fatimah Az Zahrah.
__________________________________________________________________________________
DARAH YANG KELUAR KETIKA WANITA SEDANG HAMIL
Jumhur ulama` dan Imam Syafie dalam QAUL QADIMnya mengatakan wanita hamil tidak kedatangan haidh. Aisyah r.a berkata : “ Wanita mengandung tidak kedatangan haidh “.
Wanita yang hamil pintu rahimnya tertutup , tiada benda yang masuk dan keluar darinya , maka darah yang keluar itu bukanlah darah haidh dan darah haidh pada masa itu akan bertukar menjadi makanan bagi janin didalam perut ibunya.
__________________________________________________________________________________
DARAH YANG KELUAR SEBELUM BERSALIN
Ulama` berselisih pendapat mengenai darah yang keluar sebelum bersalin dalam jarak yang hampir iaitu 2 hari atau 3 hari dengan disertai rasa sakit. Pada pendapat kebanyakan ulama` Syafie, Ianya bukanlah darah nifas kerana nifas akan berlaku selepas bayi keluar dari perut. Dan ia bukannya darah haidh , kerana ia sedang hamil seperti yang telah diketahui diatas. Maka darah yang keluar itu dinamakan darah fasad .
__________________________________________________________________________________
DARAH YANG KELUAR KETIKA BERSALIN
Ulama` Syafie mengatakan darah yang keluar seiringan dengan bersalin bukanlah darah haidh , darah yang keluar itu adalah darah kesan akibat bersalin dan selagimana tubuh bayi tidak terpisah dari perut ibunya maka si ibu tetap dihukumkan seorang yang hamil , oleh itu tidak berlakunya nifas.
Al Syarqawi mengatakan bahawa : “ tidak termasuk darah haidh ialah darah yang keluar seirngan dengan sakit bersalin , maka darah itu di kira darah fasad “.
__________________________________________________________________________________
TANDA BERHENTINYA HAIDH
Imam An Nawawi rah mengatakan bahawa : tanda berhentinya darah haidh dan berlakunya suci ialah berhentinya darah serta cairan kuning dan keruh yang biasanya mengiringinya. Selepas terputusnya darah yang keluar maka wanita itu telah suci sama ada selepasnya keluar lembapan berwarna putih ataupun tidak.
Pernah beberapa wanita memperlihatkan kain perca yang terdapat kapas yang berwarna kuning didalamnya maka Aisyah r.a berkata : “ Janganlah kamu gopoh melainkan setelah kamu melihat kapas bewarna putih “.
Pernah ditanya kepada Asma` binti Abu Bakar r.a tentang sedikit warna kuning , maka ia berkata : “ Tinggalkan sembahyang selagi mereka masih mendapati yang demikian sehinggalah mereka tidak melihat melainkan seperti susu yang bersih “.
__________________________________________________________________________________
HUKUM WANITA MENGGUNAKAN UBAT UNTUK DIDATANGI HAIDH ATAU MENGHALANGNYA
Harus bagi wanita menggunakan ubat bagi mendatangi haidh selagimana ianya tidak menjejaskan kesihatan dan dibimbangi kemudaratan atas dirinya , hal ini kerana Allah berfirman dalam al quran yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan “.( al baqarah : 195 )
Namun begitu , wanita yang ingin kedatangan haidh dengan menggunakan ubat perlu memenuhi dua syarat :-
1. Janganlah ianya bermaksud untuk menggugurkan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan keatasnya seperti solat atau mengunakannya ketika hampir datangnya Ramadan kerana enggan berpuasa atau sebagainya.
2. Jika ia bersuami , hendaklah mendapat keizinan suami. Kerana dengan datangnya haidh maka ia menghalang suami dari bersetubuh dengannya. Jika ia di ceraikan suaminya sekalipun perlu juga meminta izin dari suaminya. Hal ini kerana dengan datangnya haidh dengan cepat maka ia menggugurkan hak suami untuk merujuk semula jika ianya di ceraikan dengan talak raj`i.
Begitu juga wanita yang ingin menghalang kedatangan haidh dengan menggunakan ubat perlu memenuhi dua syarat :-
1. Ianya tidak menjejaskan kesihatan pada dirinya.
2. Dilakukan dengan izin suami jika ianya berkaitan dengan hak suami seperti wanita beriddah diceraikan suami, dimana suami wajib memberi nafkah dalam tempoh iddahnya. Maka dengan menghalang kedatangan haidh ia menyebabkan waktu iddah menjadi panjang, sehingga suami terpaksa mengeluarkan nafkah yang lebih.
__________________________________________________________________________________
WARNA KUNING DAN KERUH
Pendapat yang paling sahih dikalangan fuqaha` Syafie bahawa warna kuning dan keruh bukannya haidh sekiranya kedatangan itu bukan pada waktu haidh. Namun , jika ianya datang pada waktu haidh maka ia dikira haidh.
Pendapat ini turut dipegangi oleh Said Al Musayyab, `Ata` , As Sauri , Al Auzaa`ie , Al Hasan , Ibnu Sirin , Rabia`h , Al Laits , Abu Hanifah , Muhammad , Ahmad dan Ishaq. Dan terdapat juga riwayat daripada Ali.
Jumhur ulama` berhujjah dengan hadis yang di riwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya , daripada ummu Atiyah r.a berkata : “ kami tidak akan menghitung warna kuning dan keruh selepas mandi akan sesuatu pun ( ya`ni sebagai darah haidh )
__________________________________________________________________________________
SUCI YANG BERSELANG SELI DALAM TEMPOH HAIDH
Ulama` sepakat mengatakan “ darah yang keluar dari faraj secara terus menerus bukanlah syarat bagi datangnya haidh wanita “. Hal ini kerana , tidak semestinya darah yang keluar dari faraj wanita ketika waktu haidh akan keluar pada setiap saat , minit ataupun setiap jam , ada kemungkinan hari pertama darah keluar dan hari kedua tidak keluar sama sekali , selepas itu darah keluar kembali pada hari seterusnya.
Persoalannya disini ialah , adakah hari yang darah tidak keluar semasa tempoh haidh itu dikira hari haidh atau hari suci ?
Mengikut pendapat yang paling asah dari Mazhab Syafie ialah , ianya dikira hari haidh sekiranya menemui tiga syarat :-
1. Hendaklah hari bersih atau suci itu dilingkungi dua hari darah haidh.
2. Hendaklah tempoh berlakunya fenomena ini tidak melebihi lima belas hari.
3. Darah yang keluar tidak kurang dari tempoh sekurang-kurangnya darah haidh.
_____________________________________________________________________________________
HUKUM HAKAM BERKAITAN DENGAN HAIDH
Imam Jalaluddin As Sayuti menyatakan dalam kitabnya asybah wan nazaair , terdapat dua puluh hukum yang berkaitan dengan haidh,ianya terbahagi kepada 3 bahagian :-
Pertama : Sembilan hukum daripadanya haram dilakukan oleh wanita haidh itu sendiri :-
1. Sembahyang.
2. Sujud tilawah.
3. Sujud syukur.
4. Puasa.
5. Tawaf
6. I`tikaf
7. Berdiam didalam masjid.
8. Membaca al quran.
9. Menyentuh musyhaf. Pengarang kitab Al muhazzab menambah satu lagi yaitu bersuci.
Kedua : Tiga hukum daripadanya haram dilakukan oleh suami :-
1. Bersetubuh.
2. Berseronok diantara pusat dan lutut.
3. Talak.
Ketiga : lapan perkara yang tidak diharamkan :-
1. Baligh.
2. Mandi.
3. Iddah.
4. Istibra`.
5. Memastikan kebersihan Rahim.
6. Menerima perkhabaran wanita haidh.
7. Gugur kefarduan solat.
8. Gugur kewajipan Tawaf wida`.
__________________________________________________________________________________
HUKUM BERSUCI KETIKA KEDATANGAN HAIDH
Wanita yang kedatangan darah haidh bersuci dengan niat mengangkat hadas bagi tujuan ibadah hukumnya haram. Hal ini kerana seolah – olah ia memperolok – olokkan ibadah , sedangkan ia mengatahui tindakan bersuci itu tidak sah. Adapun jika tujuannya itu semata – mata kerana adat seperti mandi kerana membersihkan diri , ingin kesegaran dan sebagainya maka hukumnya harus.
Pendapat ini di pengangi oleh Al-Auzaa`ie , Malik, As Sauri dan Abu Sur. Ulama Hanafi berpendapat bahawa haidh penghalang sahnya penyucian namun tindakan itu tidaklah menyebabkan haram .
__________________________________________________________________________________
HUKUM SOLAT BAGI WANITA HAIDH
Para ulama` bersepakat bahawa haram keatas wanita yang kedatangan haidh menunaikan solat sama ada solat sunnat ataupun solat fardhu. Kefardhuan solat samasekali gugur keatas wanita haidh dan tidak diperintahkan untuk mengqadhokan solat setelah datang suci. Puak Khawarij mewajibkan qadho bagi solat yang luput dalam tempoh haidh , pendapat ini bercanggah dengan ijma` ulama.
Nabi saw bersabda : “ Apabila haidh datang tinggalkanlah solat “ ( mutafaq alaih )
Dan Nabi bersabda : “ bukankah apabila ia ( wanita ) kedatangan haidh , maka dia tidak perlu menunaikan solat dan berpuasa ? “
Aisyah r.a berkata : “ kami diperintahkan supaya mengqadhokan puasa tetapi tidak diperintahkan untuk mengqadhokan sembahyang “ .( riwayat Al Bukhari dan Muslim )
__________________________________________________________________________________
PUTUS HAIDH PADA AKHIR WAKTU SOLAT
Para ulama` sepakat bahawa wanita yang putus haidh dan telah suci pada akhir waktu solat dan baki waktu solat masih ada dengan kadar dapat melakukan satu rakaat maka wajiblah ia menunaikan solat itu.
Ini berdasarkan hadis Nabi saw :
Yang bermaksud : “ sesiapa yang sempat mendapatkan satu rakaat daripada sembahyang maka dia telah mendapat sembahyang itu [ ya`ni ia dikira solat tunai bukan qadho ]” ( muttafaq alaih )
Namun dikalangan ulama` Syafie berselisih pendapat tentang wanita yang putus haidh pada akhir waktu dan hanya mempunyai baki waktu solat dengan kadar sempat takbiratul ihram atau kurang dari satu rakaat , adakah ianya wajib qadho ataupun tidak ?
Menurut pendapat yang paling sahih ialah solat itu wajib di qadhokan setelah wanita itu suci, hal ini kerana ia masih mendapati waktu yang membolehkannya melakukan satu bahagian dari solat seperti takbiratul ihram. Masalah ini menyamai orang yang sempat takbiratul ihram sebelum salam imam dalam solat berjemaah, dengan takbiratul ihram itu ia juga dikira sebagai solat secara berjemaah.
Ia juga wajib mengqadhokan solat bagi waktu yang sebelumnya , sekiranya waktu sebelumnya itu boleh dijama`kan dengan waktu yang ia berada pada masa itu. Oleh itu jika ia mendapat takbiratul ihram ketika akhir waktu asar , maka ia wajib mengqadhokan solat zohor sebelumnya dan jika ia mendapat ketika akhir waktu solat isya` maka wajib ia mengqadhokan solat maghrib sebelumnya.
Ini juga merupakan pendapat Abdur Rahman Bin Auf, Ibnu Abbas , tujuh ulama` Madinah , Ahmad dan ulama` selain mereka.
__________________________________________________________________________________
KADATANGAN HAIDH SELEPAS MASUK WAKTU SOLAT
Jika kedatangan haidh itu selepas masuk waktu solat dan ia sempat mendapat suatu ruang waktu dengan kadar cukup ia menunaikan solat yang paling ringan , tetapi ia tidak melakukan solat pada ruang waktu itu maka wajib ia qadho sembahyang setelah suci.
Jika ia tidak mendapati ruang waktu dengan kadar ia cukup menunaikan solat secara lengkap yang paling ringan maka ketika itu ia tidak wajib mengqadhokan solatnya, sebagai contoh : wanita yang datang haidnya seminit selepas masuknya waktu solat yang mana tidak mungkin ia dapat tunaikan solatnya secara lengkap dalam masa 1 minit. Masalah ini menyamai dengan masalah nisab zakat yang berkurangan sebelum sempat menunaikanya pada waktunya.
__________________________________________________________________________________
HUKUM PUASA BAGI WANITA HAIDH
Haram keatas wanita haidh berpuasa sama ada fardhu tunai atau qadho atau puasa sunnat. Dan puasa tidak sah jika ia berpuasa. Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud : “ bukankah ketika wanita didatangi haidh, dia tidak perlu bersolat dan berpuasa”
Telah berlaku ijma` bahawa haram wanita haidh berpuasa sepanjang tempoh haidhnya.
Imam Nawawi berkata : “ puasa tidak sah dilakukan oleh wanita haidh dan ianya termasuk dalam senarai perkara-perkara yang tidak dapat dikenal pasti apakah hikmahnya hukum tersebut, kerana bersuci bukanlah syarat bagi puasa.
Walaupun hukum puasa haram keatas wanita haidh , namun mereka wajib mengqadhokan puasa yang luput sepanjang tempoh haidh. Ini berdasarkan kepada hadis Aisyah r.a yang menyebut : “ Maka kami disuruh mengqadhokan puasa tetapi tidak disuruh mengqadhokan sembahyang “
( muttafaqun alaih )
__________________________________________________________________________________
KEDATANGAN HAIDH KETIKA SEDANG BERPUASA
Seorang wanita yang sedang berpuasa, tiba – tiba kedatangan haidh maka batallah puasanya walaupun waktu berbuka telah hampir.sama ada puasa sunnat atau fardhu. Jika puasa itu puasa fardhu maka wajiblah di qadho. Puasa itu akan terbatal sekiranya darah benar-benar telah keluar pada zahir faraj.
Jika darah hanya tersimpan dalam rongga dan belum mengalir keluar daripada faraj ,ia belum dihukum haidh. Oleh itu jika berlaku pengaliran darah haidh didalam faraj sebelum waktu berbuka dan hanya keluar setelah waktu berbuka maka puasanya tidak batal dan tidak wajib diqadhokan.
Hadis Nabi yang menjawab soalan tentang wanita yang ihtilam ( bermimpi melakukan seks ) adakah wajib mandi sekiranya wanita bermimpi ? maka Nabi saw bersabda : ya ( wanita itu wajib mandi ) sekiranya dia melihat mani “
Jadi Nabi mensyaratkan dengan “melihatnya mani” itu sebagai penentu wajibnya mandi bukan hanya pengaliran mani didalam diri wanita itu.
__________________________________________________________________________________
PUTUS HAIDH SETELAH TERBIT FAJAR
Sekiranya pada ketika terbit fajar wanita itu masih dalam keadaan haidh dan sebaik sahaja terbit fajar haidhnya berhenti maka puasanya pada hari itu tidak sah. Dan wajib ia mengqadhokan puasa itu.
Dan sekiranya darahnya berhenti sebelum terbit fajar dan ia sempat berniat untuk puasa esok harinya maka puasanya sah walaupun dia belum mandi wajib. Kerana bersuci bukan syarat bagi puasa. Boleh saja mandi wajib dilakukan setelah terbit fajar. Hal ini seperti orang yang berjunub yang berniat berpuasa dan mandi setelah fajar maka puasanya sah.
Ini berdasarkan hadis Aisyah yang menyebut : “ Adalah Nabi saw suatu hari , berpagi – pagi dalam keadaan berjunub kerana melakukan persetubuhan,bukannya kerana mimpi,kemudian baginda berpuasa pada bulan ramadhan “ ( Riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim ).
__________________________________________________________________________________
ADAKAH WANITA HAIDH DIBERI PAHALA KERANA MENINGGALKAN PUASA ?
Sepertimana orang sakit diberi ganjaran pahala sembahyang-sembahyang sunnat yang dikerjakan ketika sihat,adakah ia juga akan berlaku kepada wanita-wanita yang meninggalkan ibadat kerana kedatangan haidh ?.
Sebuah hadis berbunyi : “ Bukankah ketika wanita itu berhaidh dia tidak menunaikan solat dan berpuasa ?” mereka menjawab : “bahkan” Baginda bersabda lagi :” itulah yang dimaksudkan dengan kurang agamanya “
Berdasarkan makna zahir hadis diatas bahawa wanita-wanita yang berhaidh tidak diberi pahala kerana meninggalkan ibadat-ibadat yang haram dilakukan ketika kedatangan haidh.
Bezanya dengan orang sakit ialah , orang sakit masih lagi mampu berniat walaupun ia tidak mampu melakukan kerana sakit , berlainan dengan wanita berhaidh kerana mereka tidak langsung mempunyai kelayakan untuk beribadat kerana diharamkan disebabkan haidh.
Walaupun begitu bagi pendapat saya yang lemah ini insyallah wanita berhaidh diberi pahala kerana meninggalkan ibadat yang haram dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana mereka meninggalkan ibadat bukanlah dari kemahuan diri sendiri bahkan kerana semata-mata mengikut perintah Allah maka dengan melaksanakan perintah Allah mereka akan diberi ganjaran pahala,istimewa pula bahawa Allah adalah tuhan yang maha pengasih dan pemurah terhadap hamba-hambanya. Wallahualam…
__________________________________________________________________________________
HUKUM TAWAF
Telah diharamkan tawaf fardhu atau sunnat keatas wanita yang kedatangan haidh dan tiada sah jika dilakukannya sekalipun. Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw .
Nabi saw bersabda kepada Aisyah r.a ketika Aisyah r.a kedatangan haidh :” Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang melakukan haji,namun jangan melakukan tawaf di baitullah melainkan setelah kamu suci “.
Wanita haidh boleh melakukan ibadat-ibadat haji melainkan tawaf dan solat sunnat tawaf.
Menurut pendapat Imam-Imam Mazhab bahawa apabila wanita haidh melanggar larangan tawaf ya`ni mereka melakukan tawaf dalam keadaan berhaidh maka tawafnya tidak sah dan dia hendaklah membayar dam. Cuma Fuqaha` Hanafi yang mengatakan tawafnya sah tetapi dikenakan denda badanah ( seekor unta ).
Namu begitu wanita haidh digugurkan daripada melakukan tawaf wida`.
Ibnu Abbas r.a menyebut : “ diberikan rukhsah iaitu kemudahan kepada wanita haidh untuk melakukan nafar apabila kedatangan haidh”. ( dikeluarkan oleh bukhari dan muslim )
Daripada Aisyah r.a Beliau berkata kepada Rasulullah saw : “ wahai Rasulullah , Safiyyah Binti Huyai kedatangan haidh. Rasulullah bersabda :” boleh jadi dia telah membuatkan kita terpaksa menunggui. Bukankah dia telah melakukan tawaf bersama-sama dengan kamu ? meraka menjawab :”bahkan” Baginda bersabda : “ kalau begitu keluarlah “.
Hadis diatas menjelaskan gugurnya tawaf wida` bagi wanita haidh. Walaubagaimanapun tawaf Ifadhoh tidak gugur. Wanita haidh hendaklah menunggu sehingga suci untuk melakukan tawaf Ifadhoh. Jika ia pulang ke negerinya sebelum selesai tawaf Ifadhoh maka ia kekal dalam keadaannya berihram sehingga ia kembali ke mekah untuk menunaikannya.
__________________________________________________________________________________
HUKUM MEMBACA AL QURAN
Telah diharamkan keatas wanita kedatangan haidh membaca al quran walaupun satu huruf. Ini bagi menghormatinya dan mengagungkannya seperti sabda Nabi saw :
Yang bermaksud : “ wanita yang berhaidh dan orang yang berjunub tidak boleh membaca suatu apapun daripada al quran “ ( Abu Daud , Tirmizi dan Ibnu Majah )
Walaupun hadis ini dikatakan dhoif namun ia telah dikuatkan dengan hadis – hadis dan dalil – dalil yang lain sehingga dapat menampung keadhoifannya.
Masalah ini bergantung kepada niat,jika wanita haidh berniat membaca quran ( tilawah ) maka perbuatannya itu di hukum haram namun sekiranya ia berniat untuk zikir atau doa maka ianya tidak menjadi kesalahan.
Ada pendapat mengatakan bahawa wanita hafizah yang kedatangan haidh boleh membaca al quran kerana ditakuti terlupa al quran yang telah di hafal, namun pendapat ini tidak boleh diterima kerana ia masih boleh membaca al quran didalam hati tanpa menggerakkan lidah.
Adapun melihat al quran oleh wanita haidh tidak menjadi haram. Begitu juga tidak menjadi haram wanita haidh dan orang berjunub membaca ayat-ayat quran yang telah di nasakhkan kerana membaca ayat – ayat tersebut tidak lagi dikira sebagai membaca al quran.
__________________________________________________________________________________
MENYENTUH DAN MEMBAWA MUSHAF
Haram wanita berhaidh menyentuh al quran dan membawa al quran tanpa ada alasan syar`iyah seperti takut al quran akan terjatuh ditempat yang kotor atau tenggelam didalam air atau sebagainya.
Allah berfirman : Tidak boleh menyentuhnya ( ya`ni al quran ) kecuali orang – orang yang disucikan . ( Al Waqiah : 79 ).
Sepertimana menyentuh al quran haram , begitu juga haram bagi wanita haidh membawa al quran. Namun jika al quran itu di bawa bersama-sama barang didalam beg yang bukan khas untuk al quran ianya tidak mangapa.
Adapun kitab taurat , injil dan ayat – ayat al quran yang telah dimansukhkan tilawahnya tidak haram disentuh oleh wanita haidh.
__________________________________________________________________________________
HUKUM BERDIAM ( BERHENTI ) DIDALAM MASJID
Haram wanita haidh berhenti , duduk , tidur atau beri`tikaf atau berulang – alik didalam masjid. Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw yang berbunyi : “ Tidak aku halalkan masjid bagi orang yang berjunub dan berhaidh “.
Hukum ini adalah pendapat jumhur ulama` dari kalangan Syafie , Maliki , Hanafi dan Hambali serta ulama` yang lainnya kecuali Daud Az zohiri dan ulama` yang bersependapat dengannya. Mereka mengharuskan wanita haidh berdiam didalam masjid.
Adapun lalu dalam masjid dengan tidak berhenti diharuskan dengan syarat tidak dibimbangi akan menitis darah haidh didalam masjid. Jika dibimbangi maka ianya ditegah dari lalu didalam masjid. Dan makruh jika ia lalu kerana tidak ada hajat.
Di riwayatkan oleh Maimunah r.a bahawa biliau berkata :” Rasulullah saw meletakkan kepalanya keatas ribaan salah seorang dari kalangan kami yang sedang berhaidh sambil membaca al quran. Lalu salah seorang daripada kami yang sedang berhaidh bangun membawa tikar Baginda ke dalam masjid lantas menghamparkannya “.
Tidak haram wanita berhaidh berdiam diri didalam surau , madrasah , tempat solat bermusim dan tempat yang telah dikhaskan untuk solat lain dari masjid.
_________________________________________________________________________________
TALAK
Haram keatas suami menceraikan isterinya yang sedang berhaidh berdasarkan firman Allah yang bermaksud :” Wahai Nabi , apabila kamu menceraikan isteri – isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat iddahnya “ .
Jika suami menceraikan isterinya yang berhaidh maka talak akan jatuh dan wajib ia bertaubat serta wajib ruju` kembali , jika enggan pemerintah boleh memaksanya. Hal ini kerana jika isteri ditalak ketika berhaidh maka iddahnya akan menjadi panjang kerana hari haidh yang berlakunya talak itu tidak dikira sebagai iddah.
7 keadaan harus bagi suami menceraikan isterinya yang kedatangan haidh.
1. Suami menjatuhkan talak kedua keatas isterinya yang berhaidh didalam iddah talak raj`i.
2. Suami menta`liqkan talak keatas isteri berhaidh pada saat-saat akhir haidh seperti kata suami “ kamu tertalak diakhir haidhmu”.
3. Menceraikan isteri berhaidh yang belum pernah di setubuhi.
4. Ketika isteri berhaidh meminta cerai dengan bayaran sebagai menebus dirinya.
5. Ketika isteri berhaidh yang sedang hamil ( jika berlaku ).
6. Ketika suami menceraikan isteri berhaidh dalam kes i`la atas kemahuan isterinya selepas berlalunya tempoh i`la .
7. Ketika isteri berhaidh diceraikan oleh hakim akibat pergaduhan antara suami isteri.
__________________________________________________________________________________
Bersambung insyaallah………………………
YANG MASIH PANAS...
DARAH HAIDH SERTA MASALAH YANG BERKAITAN DENGANNYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2010
(195)
-
▼
Oktober
(76)
- Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid
- Puak Syiah Di Malaysia
- Solat Syiah.flv
- syiah adalah yahudi
- aqidah syiah
- Kedudukan Mu’awiyah bin Abi Sufyan disisi Ulama’ S...
- Kepahlawanan Para Shahabat Ketika Perang Yarmuk
- PERBEDAAN ANTARA AGAMA ISLAM DENGAN AGAMA SYI’AH, ...
- FATWA: HUKUM NIKAH MUT’AH (1)
- AQIDAH SYIAH TERHADAP AL QURAN
- HIKMAH KEMATIAN
- madah untuk wanita solehah
- Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
- Sifat-sifat wanita ahli syurga
- Ciri ciri wanita solehah
- TOLONG2 BACA BAGI YANG BERGELAR WANITA!!!!!!!!!!!!...
- IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang
- Dalil Kebolehan Mencium Makam Rasulullah Atau Oran...
- Ajaran Sesat Yang Secara Dusta Disandarkan Kepada ...
- Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama...
- Ulama Tunisia Kecam Menteri Agama yang Sebut Jilba...
- Siapa Bilang Pasukan AS Menang di Marjah? Taliban ...
- Siapa Taliban Terjemahan dari artikel "The Invisib...
- Taliban bunuh 4 tentera Amerika dalam tiga pertemp...
- Kulani: Imam Syiah Mempunyai Sifat Tuhan
- ESQ : Mufti Wilayah pertahan fatwa
- Khomeini Dan Aqidah Syiah Satu Kebangkitan Yang Palsu
- Perang Ke Atas Afghanistan
- Taliban Bantah Telah 'Bernegoisasi' Secara Rahasia...
- NATO tak mampu kalahkan Taliban
- Siapakah ad-Darimi al-Mujassim? Hati2, Ada 2 Orang...
- Di Atas Arsy Terdapat Tempat [[[ Membongkar Kesesa...
- Penjelasan Tentang Riddah (Keluar Dari Islam) Dari...
- Membongkar Kesesatan Wahabi Yg Mengatakan Bhw Kala...
- Dari Imam al-Ghazali Dalam Menjelaskan Aqidah Rasu...
- Di Antara Pernyataan Kaum Wahhabi Yang Menyesatkan...
- Pernyataan Ulama Ahlussunnah Tentang Kekufuran Ora...
- Pemahaman Ahlussunnah Tentang Hadîts an-Nuzûl; Mew...
- Jangan Salah Memahami Hadits Ini, Orang2 Wahhabi M...
- Dari Tafsir al-Qurthubi; Makna "Fawq" Dan Makna "a...
- KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN
- IMAM MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL
- Imam Dua Belas di dalam Shahih Muslim?
- cerita orang yang mencabar hukum allah
- MENOLAK AQIDAH WAHABI ALLAH BERTEMPAT
- Hukum menerima bantuan dari wang haram
- SISTER IN ISLAM SESAT
- Arif Shah, Amin Shah, Judi & Hutang...
- DARAH HAIDH SERTA MASALAH YANG BERKAITAN DENGANNYA
- Pengertian Hadits
- Sejarah Ringkas Imam An-Nawawi
- Sejarah Ringkas Imam Al Baihaqi
- Sejarah Ringkas Imam Tirmizi
- Sejarah Ringkast Imam Muslim
- Sejarah ringkas Imam Bukhari
- Sejarah Ringkas Imam Hanbali
- Sejarah Ringkas Imam Hanafi
- Sejarah Ringkas Imam Malik
- Beza Akaun Islam Dan Konvensional
- Ulasan Hukum Sijil Simpanan Premium
- Saat Kematian
- Hukum Bersuci Bagi Pekerja Di Loji Kumbahan
- Penggunaan Bulu Babi
- Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan ...
- Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit...
- Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani ...
- Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seu...
- Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis ...
- Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak...
- Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urus...
- Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi...
- Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candl...
- ADAKAH AL-KHIDIR MASIH HIDUP ?
- PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH
- Sejarah Singkat Imam Syafi'i
- Obama harapan dunia Islam?
-
▼
Oktober
(76)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan