Oleh Mohd Samsuddin bin Harun www.tenteradajjal.blogspot.com
Pendahuluan Tajuk ini menjadi sensitif kepada penganut Syiah Melayu serta kalangan mereka yang pro-Iran dan Syiah yang masih meyakini Syiah masih sebahagian daripada satu firqah agama Islam. Ketika penulis melontarkan kajian ini kepada umum menerusi laman al- ahkam.net dan satu laman politik terkemuka tanah air bersama beberapa tulisan sebelumnya yang mendedahkan perkerjaan dan peranan Iran yang beragama Syiah dalam kejatuhan Afghanistan dan Iraq, artikel ini mendapat sambutan yang agak baik bagi mereka yang memahami betapa hujah-hujah ini diambil dari riwayat-riwayat dari kitab Syiah sendiri. Sementara ada kalangan pembaca yang sudah terjerat dengan permainan retorik ‘permusuhan palsu antara Iran-Amerika’ serta ‘keperwiraan’ Iran dalam menentang musuh nombor satu umat Islam ketika ini – Zionist Amerika dan negara Yahudi di Jerusalem, telah membantah kajian ini dengan hujah-hujah rapuh yang menunjukkan mereka tidak pernah mengenal agama Syiah sebenarnya. Bagaimana mungkin mereka mampu membangkang tulisan ini sedangkan mereka tidak pernah menyentuh dan membaca sebuah pun kitab Syiah lebih-lebih lagi kitab paling utama di sisi agama Syiah –al-Kafi, karangan al-Kulaini - yang dianggap lebih sahih berbanding daripada Sahih al-Bukhari.
Umumnya Syiah berkeyakinan semua-kitab-kitab besar Syiah lebih berautoriti berbanding dari kitab-kitab Sunnah memandangkan kepercayaan mereka Syiah lah paling benar berbanding dari Sunnah yang dianggap najis-kafir dan menyeleweng. Kitab-kitab Ahli Sunnah tidak ada nilai di sisi mereka melainkan di dalamnya terdapat riwayat-riwayat yang boleh diputarbelit sesuai dengan aqidah mereka. Lebih jauh lagi Syiah mendakwa agama mereka terus menerima agama dari Rasulullah yang mana menurut mereka telah memilih Ali secara perintah ilahi (wasiat secara nas – rukun imamah Syiah) sebagai pengganti sementara beberapa kalangan anak Ali yang telah dipilih-pilih oleh mereka telah mewarisi Ali dengan nas-nas ilahi untuk memimpin manusia. Tidak hairanlah hadis-hadis Syiah dianggap lebih mulia kerana langsung dari keluarga nabi (yang terpilih) yang menurut mereka turut menerima wahyu dari Allah s.w.t.
Negara Iran dan Aqidah Mahdi. Bagi mereka yang jarang mengkaji tentang agama Syiah, mereka tidak menyedari bahawa ‘wilayah‘/’imamah’ merupakan salah satu rukun kepada agama Syiah, sesuatu yang amat berbeza sekali dengan rukun Islam. Rukun ‘wilayah’ yang dimaksudkan ialah kepimpinan Ali dan Imam-Imam berketurunan Husein dengan isterinya yang berdarah Parsi sahaja. Keturunan Husein (daripada isteri berketurunan Parsi) yang terakhir ialah Imam Mahdi yang bernama Muhammad bin Hasan al-Askari, yang mana menurut kitab utama mereka (Usul al-Kafi karangan al-Kulaini), bapanya mandul. Imam Mahdi Syiah tidak dilahirkan sebagaimana kepercayaan Ahli Sunah bahawa ‘mahdi’ mereka bernama Muhammad bin Abdullah daripada keturunan Hasan bin Ali, seorang manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa mukjizat dan kelebihan berbanding sebaliknya menurut anggapan Syiah terhadap Mahdi mereka.
Pada tahun 2004 selepas mengambil alih jawatan presiden Iran, Ahmadinejad telah mengumumkan bahawa Imam Mahdi mereka akan muncul dua tahun dari tempoh pengumuman itu (pada 2006) menyebabkan beliau menerima kritikan pedas daripada ulama’-ulama Qom kerana secara rahsianya mereka sendiri tahu bahawa Imam Mahdi mereka tidak akan muncul. Malah dari segi sejarah perkembangan Syiah, Imam Mahdi terpaksa ‘dighaib’kan sebanyak dua kali selepas berumur lima tahun dan selepas ‘ghaib’ kali kedua barulah dilantik naib-naibnya (faqih-faqih) sebagai wakil pemerintahan Imam Mahdi (yang tidak wujud sebenarnya).
Walayah al-faqih yang ada pada kerajaan Iran selepas Revolusi Khomeini adalah merupakan teori kepada sebuah kerajaan yang menjadi wakil untuk pemerintahan imam Mahdi Syiah. Atas alasan ini Iran berusaha bersungguh mengeksport revolusinya ke luar negara bermula dengan negara Arab dan negara umat Islam yang lain. Al- Shirazi seorang ulama Syiah dari Mashad, Iran dalam akhbar Kuwait,al-Q ab asbe rtarikh 15 Oktober 2004 mengakui campur tangan Iran di Iraq (bekerjasama dengan Amerika untuk menumbangkan Iraq dari Saddam Husein) adalah di atas dasar Iran merupakan ‘pemimpin’ (wali) kepada semua penganut Syiah di dunia ini.
Kini Iraq berada dit angan Nuri al-Maliki, seorang Syiah berketurunan Yahudi yang dinaikkan oleh George Bush dengan kerjasama dari pemimpin Syiah yang lain (ditaja oleh Iran) dan pemimpin- pemimpin sekular Kurdis (yang disokong oleh Mossad, Israel). Demikian jugalah yang berlaku di sebalik campur tangan Iran mana-mana tempat di Tanah Arab (Lubnan, Syria, Bahrain, Mesir dlln.) termasuk juga di Asia Tengah (khususnya di Pakistan dan Afghanistan).
Penganut Syiah di Iran dan Iraq kini mengakui saat kemunculan Mahdi mereka sangat hampir, malah menurut mereka bahawa naib imam mereka terkini - Khamene’i merupakan orang yang menepati ciri-ciri ‘orang Khurasan’ yang akan menyerahkan panji hitam kepada ‘Imam Mahdi’ mereka, (rujuk tulisan Faris Faqih, Anta al-‘Aan fi Asr
al-Zuhur dalam fnoor.com).
Syiah mendakwa kelompok merekalah merupakan kumpulan yang menang (ta’ifah mansurah) dari Khurasan yang akan berjuang bersama-sama Imam Mahdi di akhir zaman. Mereka juga meyakini Hizbullah (Lubnan) yang akan berperanan besar berperang di Bayt al-Maqdis di bawah inayah Imam Mahdi mereka. Atas alasan itu mereka menunjukkan penyokong terkuat kepada pejuang Hamas di Palestin dan merayakan hari al-Quds pada setiap Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan bagi mendakwa diri mereka turut memperjuangkan Palestin. Dalam hal ini Hamas akan ditenggelamkan menjadi Syiah dan ber-’wali’-kan Iran sebagaimana sedang cuba dilakukan. Pengakuan Ahmadinejad merupakan sebahagian daripada kebatilan Syiah dalam menzahirkan teori kemunculan Imam Mahdi mereka.
Memang benar Syiah sentiasa menunggu-nunggu kehadiran ‘sahib al-zaman’ (Imam al-Mahdi al-Muntazar) sebagai penyelamat kaum mereka yang kononnya sentiasa ditindas. Menariknya, berdasarkan kitab-kitab utama ajaran mereka (Syiah), imam ke-12 mereka yang telah ghaib akan muncul semula dan memiliki ciri-ciri serta tindakan-tindakan yang tertentu. Umpamanya, al-Qaim mereka itu akan memerintah menurut dengan hukuman keluarga Nabi Daud a.s, membawa kitab ajaran yang baru (al-Quran baru menurut ajaran Syiah), pengikutnya turut terdiri daripada golongan yang beragama Yahudi serta bertindak kejam dan ganas terhadap kaum selain daripada golongan Syiah, akan membongkar kubur dan menyalib sahabat-sahabat nabi yang utama seperti Abu Bakr r.a, Umar dan Ai’syah bahkan turut meroboh masjid-masjid terutamanya masjidil haram dan masjid nabawi. Semua yang disebutkan oleh penulis ini tercatat dalam kitab-kitab utama Syiah seperti al-Kafi karangan al-Kulaini dan kitab-kitab besar mereka yang lain.
Berdasarkan hasil kajian, penulis mendapati ciri-ciri Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh Syiah ini menepati ciri-ciri ‘Messiah Dajjal’ yang amat ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi bagi menyelamatkan agama dan kaum mereka. Sebagai penjelasannya penulis kemukakan hasil kajian yang telah dilakukan untuk tatapan pembaca.
1. Perbedaan Antara Mahdi Ahli Sunnah dan Mahdi Syi’ah
i. Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah sesuai dengan nama Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan nasabnya. Sedangkan Mahdi Syi’ah namanya Muhammad bin Hasan Al-‘Askari.
ii. Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin ‘Ali. Sedangkan Mahdi Syi’ah dari keturunan Al-Husain bin ‘Ali. iii. Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya seperti layaknya manusia yang lain. Sedangkan Mahdi Syi’ah dikandung dan dilahirkan dalam waktu semalam, lalu masuk sirdab pada umur 9 tahun, sementara telah berlalu di dalamnya waktu sepanjang 1,150 Hijrah tahun lebih.
iv. Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk menolong muslimin secara umum, tanpa membedakan jenis mereka. Sedangkan Mahdi Syi’ah hanya untuk Syi’ah Rafidhah, bahkan sangat benci kepada bangsa Arab, terlebih Quraisy.
v. Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para shahabat dan ibu-ibu kaum mukminin (istri-istri Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam). Sementara Mahdi Syi’ah sangat 4 |P a g e membenci mereka, bahkan menyiksa mereka setelah mengeluarkan mereka dari kubur mereka. vi. Mahdi Ahlus Sunnah mengamalkan Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan memberantas bid’ah. Sementara Mahdi Syi’ah mengajak kepada agama baru dan kitab yang baru.
vii. Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara Mahdi Syi’ah menghancurkan masjid. Ia menghancurkan Masjidil Haram Ka’bah, masjid Nabawi, dan seluruh masjid.
viii. Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sedangkan Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum keluarga Dawud.
ix. Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur. Sementara Mahdi Syi’ah muncul dari sirdab Samarra. Syiah di Iran juga meyakini Imam Mahdi mereka akan lahir di Jamkaran.
x. Mahdi Ahlus Sunnah benar-benar ada, seperti terdapat dalam hadits dan penjelasan ulama. Sementara Mahdi Syi’ah adalah khayalan dan tidak akan muncul sampai bila pun. (diringkas dari kitab Badzlul Majhud karya Asy- Syaikh Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257)
xi. Mahdi Ahlus Sunnah datang membawa keadilan. Sementara Mahdi Syi’ah datang membawa malapetaka dan kehancuran.1 Siapa pun dari kalangan pembaca yang meneliti fakta-fakta yang telah dibentangkan diatas akan menyedari betapa berbezanya aqidah Syiah dalam permasalahan Imam Mahdi berbanding dengan apa yang diyakini oleh Ahli Sunnah berdasarkan nas-nas yang diriwayatkan oleh Imam Mahdi. Perbezaan ini bukanlah suatu perkara yang pelik bagi mereka yang mengkaji tentang Syiah samada tentang aqidah, amalan dan tindakan-tindakan mereka yang ternyata amat berbeza dengan Sunnah dan Syiah amat dekatnya dengan ajaran yahudi. Selanjutnya penulis bentangkan ciri-ciri Dajjal dan kaitan dengan Mahdi yang diyakini oleh Syiah.
2. Ciri-Ciri Messiah Dajjal dan kaitannya dengan Aqidah yang diyakini oleh Syiah :
Messiah atau al-Masih bermaksud ialah orang yang ditunggu-tunggu yang akan menyelamat bangsa Yahudi. Dajjal yang ditunggu-tunggu iaitu al-Masih al-Dajjal atau Messiah Dajjal adalah penyelamat untuk bangsa Yahudi. Penulis mengumpulkan kenyataan penulis-penulis Yahudi telah menjelaskan ciri-ciri Messiah mereka sebagaimana di bawah :
i. Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;
"King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written, The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)
ii. Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya. Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.
iii. Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg,Judais m, m.s : 215 – 218 ]
iv. Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi.
[Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional :
Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad,A llah, m.s 117.]
v. Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [ Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].
vi. Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan. Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258]
Sementara jika diperhatikan nas-nas Islam (Sunnah) Mesiah Dajjal dijelaskan sebagaimana dibawah : i. Riwayat Imam Muslim menyebutkan sabda Nabi s.a.w : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al- Tayalisah2. Menurut Imam al-Nawawi dalam sharh Muslim menamakan jubbat al-Tayalisah, iaitu sejenis jubah bernama al-Tayalisah - Persian shawls. Sejenis jubah yang menjadi pakaian tradisi ulama’-ulama’ Parsi (Syiah) hari ini yang tidak berjahit. 2 Lihat hadis Sahih Muslim, Hadis no. 5227
Dajjal itu manusia yang telah dilihat di sebuah pulau oleh Tamim al-Dari dan akan muncul semula satu hari nanti dengan beberapa tanda kemunculannya. iii. Penggunaan lafaz ‘shiah Dajjal’ sebagai gelaran kepada pengikut Dajjal dalam riwayat Imam Ahmad :Apabila pengikut Dajjal bersembunyi disebalik pokok atau batu, pokok-pokok dan batu-batu berkenaan akan berkata kepada orang Islam : “ Di belakang aku ini ada Yahudi,, datanglah dan bunuhlah dia.
iv. Shia Dajjal – pengikut Dajjal terdiri dari orang yang menolak konsep Qadar. Agama Syiah meminjam aqidah Mu’tazilah menolak Qadar Allah s.w.t.4 v. Antara ciri-ciri pengikut Dajjal ialah anak-anak luar nikah. Syiah menghalalkan mut’ah yang diharamkam sendiri oleh Nabi s.a.w menurut kitab-kitab Syiah sendiri selepas perang khaybar. Hingga kini syiah mengamalkan mut’ah yang sebenarnya menghalalkan zina bagi memuaskan nafsu-nafsu buas para ‘sayyid’ mereka.
3. Mahdi Syiah ialah Messiah Dajjal : Satu Penyaksian Dari Kitab-Kitab suci agama Syiah Memahami dan mengkaji sesebuah agama perlulah merujuk kepada kitab-kitab suci yang dijadikan sandaran dari agama itu sendiri. Rujukan paling sahih mereka semestinya menjadi sandaran untuk kita jadikan hujah yang tepat yang tidak mampu dinafikan lagi. Inilah yang penulis lakukan dalam permasalahan kepercayaan Imam Mahdi menurut agama Syiah bersandarkan kitab-kitab utama dan riwayat dari tokoh- tokoh yang menujangi agama Syiah itu sendiri. Hasilnya penulis kemukakan kajian tentang persamaan Mahdi Syiah dan Mesiah Dajjal dibawah dalam dengan susunan penulis berdasarkan kefahaman penulis sendiri. Tiada satupun kitab-kitab Sunnah yang menyatakan persamaan berikut yang menjadi landasan penulis dalam kajian di bawah :
i. Ciri- Ciri Imam Mahdi Syiah (Messiah Dajjal) a. Undang-Undang Keluarga Daud (Undang-Undang Yahudi - Talmud) 3 Lihat Musnad Imam Ahmad, 5099. 4 Riwayat Abu Dawud, Hadis no. 4072 berbunyi Sabda Nabi s.a.w : “bagi setiap ummat ada seorangma g ia n dan magian umat ini ialah orang yang menolak Qadr. Jika ada dikalangan seorang mereka meninggal dunia, janganlah kamu hadiri pengkebumiannya, dan jikasalah seorang dari mereka sakit jangan ziarahai mereka mereka adalah Shiah Dajjal dan ia adalah hak Allah untuk meletakkan mereka bersama dengan Dajjal.”
Al-Qaim atau Imam Mahdi Shiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al- Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam kitab nya al-Kafi5:
Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari - bapanya - dari ibn Abi Umair - dari Mansur - dari Fadhl al-A’war - dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang -undang Daud dan Sulaiman.”
Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan :“Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang- undang keluarga Daud’”
Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al- Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’”
Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al- Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.” Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan :“A ku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang- undang Daud.’”
5 Al-Kafi, jil.1, m.s.387-398):
Bahasa Hebrew Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) : Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al- Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata :“Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.”6 c. Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah. Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi: Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi ..
manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).”7 Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :
Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.”
ii. Rumusan Dari Riwayat-Riwayat Berkenaan. Semua kepercayaan ini membawa kita mempercayai bahawa Imam Shiah yang ke-12 sebenarnya ialah Dajjal Yahudi, yang telah diperingatkan oleh Baginda S.A.W, orang 6 [Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]
7 [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]
8al-Kafi, Hadith 635, Bab. 40, h 1.
yang akan memperdaya ramai manusia dan mencipta pelbagai kerosakan dimuka bumi. Inilah orang yang ditunggu-tunggu oleh Shiah. Merujuk kepada bukti-bukti, ini ialah apa yang kita ketahui mengenai Al-Qaim mereka :
1. Dia akan memerintah menurut sistem undang-undang keluarga Daud, menggunakan Talmud. 2. Dia menggunakan bahasa Hebrew. 3. Pengikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi dan pemuka agama Yahudi, kerana dia adalah Raja kepada bangsa Yahudi. 4. Semasa bersembunyi Imam mempelajari Talmud yang mana merupakan kandungan “al-Jafr.” 4
. Apakah Yang Bakal Dilakukan Oleh Imam Mahdi Syiah (Dajjal) Setelah Muncul. Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah : a. Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah sesat Syiah Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah.
Rasulullah s.a.w akan menjadi muridnya.9 b. Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal. Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, " Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ".
c. Imam Mahdi Kejam dan Ganas. 9 [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213 ] 10 ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).
Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah. Mereka menyatakan,Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi11.
Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian”12 Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”.13 Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”.14 Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya.15 Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang”.
Sayid Sadr menyatakan, “sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”…..1 7 d. Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah. Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah
(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).
12 [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].
13 [ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318 ]
14 [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333 ].
15 [ al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]
16 [ Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
17 [Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]
dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. 18 Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebut bahawa, "Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.”19
Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”.20 e. Membongkar semula kubur para sahabat nabi. Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman.21
Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w.22 Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh Al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid.23 f. Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam. Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”.2 4 18
[ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
19 (al-Mufid,A l- I rsya d. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).
20 [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]
21 [ Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s :
242 ]. 22 [ Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al- Qulub, jil.2, m.s 611] 23 [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan
memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”.25 Kesimpulan Dengan data-data yang dihidangkan sebelum ini amatlah jelas sekali Mahdi yang dipercayai oleh Ahli Sunnah itu bukanlah Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh Syiah sebenarnya. Kedua-dua tokoh ini berdasarkan kitab-kitab masing-masing ialah orang yang tidak boleh disatukan sama sekali baik dari segi nama, kelahiran, sifat dan ciri-ciri malahan tindakan yang bakal dilakukannya. Ternyata sekali bahawa Mahdi yang diyakini oleh Syiah membawa impian serta ajaran yang serupa dengan Messiah Dajjal yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi bagi menyelamatkan mereka. Sama seperti yang diharapkan oleh Syiah hari ini daripada Messiah mereka apatah lagi Mahdi Syiah akan diikuti oleh bangsa Yahudi akan membantai umat islam yang lain, dia juga memerintah menurut hukuman Yahudi, turut bercakap dalam bahasa Hebrew dan memiliki ciri-ciri yang lain seperti yang disebutkan oleh kitab-kitab Syiah sebelum ini. Mengapa demikian? Sebenarnya kitab-kitab Syiah ini dikuasai oleh para perawi Yahudi, Kristian dan Majusi yang sangat memusuhi Islam menyusup masuk dan berselindung di sebalik kata-kata Imam dari keturunan Ahli Bayt dengan membawa pelbagai aqidah dan amalan yang busuk bagi menambahkan apa yang telah diseludupkan oleh Abdullah bin Saba’ ke dalam ajaran mereka. Tidak hairanlah Dajjal itu akan muncul dari arah timur - kota Yahudi Isfahan di Iran dalam wilayah Khurasan. Sangat benarlah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi : “Dajjal akan diikuti oleh
70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah26. 24 Al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354
25 Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397
26 Lihat hadis Sahih Muslim, Hadis no. 5227
Oleh Mohd Samsuddin bin Harun www.tenteradajjal.blogspot.com
YANG MASIH PANAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2010
(195)
-
▼
Oktober
(76)
- Syiah yang bunuh Husain bukan Yazid
- Puak Syiah Di Malaysia
- Solat Syiah.flv
- syiah adalah yahudi
- aqidah syiah
- Kedudukan Mu’awiyah bin Abi Sufyan disisi Ulama’ S...
- Kepahlawanan Para Shahabat Ketika Perang Yarmuk
- PERBEDAAN ANTARA AGAMA ISLAM DENGAN AGAMA SYI’AH, ...
- FATWA: HUKUM NIKAH MUT’AH (1)
- AQIDAH SYIAH TERHADAP AL QURAN
- HIKMAH KEMATIAN
- madah untuk wanita solehah
- Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
- Sifat-sifat wanita ahli syurga
- Ciri ciri wanita solehah
- TOLONG2 BACA BAGI YANG BERGELAR WANITA!!!!!!!!!!!!...
- IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang
- Dalil Kebolehan Mencium Makam Rasulullah Atau Oran...
- Ajaran Sesat Yang Secara Dusta Disandarkan Kepada ...
- Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama...
- Ulama Tunisia Kecam Menteri Agama yang Sebut Jilba...
- Siapa Bilang Pasukan AS Menang di Marjah? Taliban ...
- Siapa Taliban Terjemahan dari artikel "The Invisib...
- Taliban bunuh 4 tentera Amerika dalam tiga pertemp...
- Kulani: Imam Syiah Mempunyai Sifat Tuhan
- ESQ : Mufti Wilayah pertahan fatwa
- Khomeini Dan Aqidah Syiah Satu Kebangkitan Yang Palsu
- Perang Ke Atas Afghanistan
- Taliban Bantah Telah 'Bernegoisasi' Secara Rahasia...
- NATO tak mampu kalahkan Taliban
- Siapakah ad-Darimi al-Mujassim? Hati2, Ada 2 Orang...
- Di Atas Arsy Terdapat Tempat [[[ Membongkar Kesesa...
- Penjelasan Tentang Riddah (Keluar Dari Islam) Dari...
- Membongkar Kesesatan Wahabi Yg Mengatakan Bhw Kala...
- Dari Imam al-Ghazali Dalam Menjelaskan Aqidah Rasu...
- Di Antara Pernyataan Kaum Wahhabi Yang Menyesatkan...
- Pernyataan Ulama Ahlussunnah Tentang Kekufuran Ora...
- Pemahaman Ahlussunnah Tentang Hadîts an-Nuzûl; Mew...
- Jangan Salah Memahami Hadits Ini, Orang2 Wahhabi M...
- Dari Tafsir al-Qurthubi; Makna "Fawq" Dan Makna "a...
- KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN
- IMAM MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL
- Imam Dua Belas di dalam Shahih Muslim?
- cerita orang yang mencabar hukum allah
- MENOLAK AQIDAH WAHABI ALLAH BERTEMPAT
- Hukum menerima bantuan dari wang haram
- SISTER IN ISLAM SESAT
- Arif Shah, Amin Shah, Judi & Hutang...
- DARAH HAIDH SERTA MASALAH YANG BERKAITAN DENGANNYA
- Pengertian Hadits
- Sejarah Ringkas Imam An-Nawawi
- Sejarah Ringkas Imam Al Baihaqi
- Sejarah Ringkas Imam Tirmizi
- Sejarah Ringkast Imam Muslim
- Sejarah ringkas Imam Bukhari
- Sejarah Ringkas Imam Hanbali
- Sejarah Ringkas Imam Hanafi
- Sejarah Ringkas Imam Malik
- Beza Akaun Islam Dan Konvensional
- Ulasan Hukum Sijil Simpanan Premium
- Saat Kematian
- Hukum Bersuci Bagi Pekerja Di Loji Kumbahan
- Penggunaan Bulu Babi
- Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan ...
- Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit...
- Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani ...
- Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seu...
- Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis ...
- Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak...
- Akaun Simpanan Yang Tidak Aktif Dalam Lembaga Urus...
- Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi...
- Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candl...
- ADAKAH AL-KHIDIR MASIH HIDUP ?
- PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH
- Sejarah Singkat Imam Syafi'i
- Obama harapan dunia Islam?
-
▼
Oktober
(76)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan