Rasulullah SAW bersabda,'' Hari Kiamat
tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan mendedahkan 'Gunung Emas'
yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam
pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, 'Mungkin aku satu-satunya yang
akan tetap hidup'.'' (HR Bukhari).Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,''
Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu
ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ
janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim)
.
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis
lain, Rasulullah SAW bersabda,'' Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan
kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang ada pada waktu itu tidak akan dapat
mengambil apa-apa darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.
Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga
negara besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan mendedahkan
harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi
`Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya sungai Eufrat
merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.Hadis di atas membicarakan
tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenal dengan nama Al-Furat atau air
yang segar.
Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam
Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut
Turki.'' Sungai itu membelah pengunungan Toros, lalu melewati Syria di bandar
Jarablus, melewati Iraq di bandar al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di
Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,'' ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu
mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya, yakni Al-balikh dan Al-Khabur
sudah kering.
***
Pada saat Nabi Muhammad meramalkan masa
depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, wilayah subur di daerah mediterania itu
masih dikuasai oleh dua kuasa besar, Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah
garis batas alami dari dua kerajaan tersebut.Selain berada di kawasan Syria dan
Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga merangkumi daerah Yaman hingga daerah
disekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine merangkumi sebahagian Syria (bahagian
utara) dan Turki hingga ke Eropah.Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan
Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kuasa besar itu mahu tidak mahu
menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baru dan mula menunjukkan taringnya
pada masa Khalifah Abu Bakar.Gesekan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine
tidak boleh lagi menganggap enteng kekuatan negara Islam.
Maharaja Parsi sempat menghantar
pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara
kekuasaan negara Islam, yang mengakibatkan terbunuhnya Jeneral Muslim, Zaid bin
Haris.Pasukan Islam mulai menggenggam kemenangan pada masa Khalifah Umar bin
Khattab. Saat itu, kekuatan negara Islam berada d iatas dua kerajaan besar yang
sudah ada sebelumnya itu. Selama 10 tahun, pelbagai pencapaian dalam dunia
tentera didapati.Pergerakan ke Syria, negara yang dilintasi Sungai Eufrat,
bermula pada era Umar. Sebahagian daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Bizantium
akhirnya berjaya ditakluki kekuatan pasukan Muslim.Sementara itu, Parsi merasa
bimbang. Mereka sudah kehilangan kekuatan pada kawasan perbatasn di sebelah
barat Sungai Eufrat. Bebeberapa peperangan pun terjadi antara Kerajaan Parsi dan
pasukan Muslim. Pada akhirnya, Parsi berjaya tunduk di bawah kekuasaan
pemerintahan Islam.Wilayah itu kemudian menjadi salah satu bahagian penting bagi
penyebaran agama dan peradaban Islam di seluruh dunia. Penaklukan terhadap Parsi
inilah yang juga menandakan awal mula peradaban Islam di sisi sungai Eufrat.
***
Khalifah Umar bin Khattab kemudian
membentuk wilayah-wilayah pentadbiran untuk memudahkan proses pemerintahan.
Beberapa wilayah itu adalah Makkah, Madinah, Syuriah, Semenanjung (wilayah
antara Sungai Tigris dan Eufrat di Iraq), Basrah, Khurasan, Azerbaizan, Parsi,
dan Mesir. Setiap gabenor di tempatkan di daerah itu. Mereka bertanggung jawab
pada sang Khalifah. Pada masa-masa inilah, agama Islam juga menjadi kuat di
daerah-daerah tersebut. Berkat kepimpinan Umar, Islam sampai saat ini masih
menjadi ideologi dan peradaban penting di kawasan sekitar Sungai Eufrat. Namun
dalam perkembangannya, apa yang telah diramalkan oleh Nabi Muhammad sepertinya
mulai muncul.Pelbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu
mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan DAM selalu menjadi
permasalahan bagi negara-negara tersebut.
Pembuatan DAM di Turki berpengaruh pada
debit air yang mengalir di Syria.Pembuatan DAM di Syria akan mempengaruhi air
yang sampai di Iraq. Walaupun belum sampai pada tahap peperangan, tetapi
perdebatan soal air ini masih saja terjadi. Banyak orang mulai khuatir, bahawa
ramalan Nabi Muhammad pada akhirnya menjadi kenyataan.Ramalan itu telah
disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat menjadi kering dan terjadi
peperangan setelahnya. Kebimbangan ini tampak dari banyaknya laman-laman yang
mengungkap tanda-tanda akhir zaman berkaitan dengan keringnya sungai yang
berakhir di Teluk Parsi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan