YANG MASIH PANAS...

SEJARAH PIL PERANCANG DAN KESANNYA

 
Pil perancang keluarga dalam bentuk kapsul atau tablet yang boleh ditelan diperkenalkan pada tahun 1961. Sebelum itu kondom merupakan cara yang popular bagi menahan wanita daripada mengandung. Semenjak 2 orang saintis iaitu Carl Djerassi dan Frank Colton membuat penemuan hebat tersebut landskap dunia menerima perubahan yang cukup hebat, berikut adalah beberapa kesan penting hasil daripada wujudnya pil perancang keluarga:

  1. Merancang keluarga dengan hanya perlu menelan ubat mula menjadi tarikan di Amerika. Pada tahun 1964 sahaja terdapat seramai 6.5 juta wanita Amerika mula menggunakannya. Pada 1968 angka tersebut menjadi dua kali ganda. Walaupun kerajaan cuba membendung penggunaan pil telan itu hanya untuk wanita berkahwin, pasaran gelap mula timbul dan tidak dapat dikawal. Ia sebenarnya menyemarakkan budaya hedonism di Amerika yang makin galak pada pertengahan 1960-an.
  2. Di Britain pula perkara yang sama berlaku di mana pil itu mendapat sambutan menggalakkan apalagi pada masa itu revolusi orang muda meletus dengan dipelopori oleh kumpulan The Beatles yang menjadi kegilaan. Pil perancang menjadi jawapan kepada remaja muda-mudi yang teruja melepaskan nafsu masing-masing dan mengelak dari termengandung.
  3. Berlainan pula berlaku di negara lain seperti Jepun umpamanya telah melarang penggunaan pil perancang keluarga atas dasar takut kepada kesan kesihatan. Jepun telah menghalang penggunaan pil tersebut selama 40 tahun semenjak ia diperkenalkan.
  4. Negara yang memegang kuat amalan agama Kristian Katolik seperti Itali pula menolak amalan menyekat wanita daripada mengandung atas dasar agama. Mereka menjadikan alasan agama untuk menolak pil perancang keluarga Ia juga tidak kurang hebatnya berlaku di negara yang mengamalkan Islam seperti negara kita, ramai yang menolaknya atas dasar agama melarang kita menyekat pembiakan manusia.
  5. Walau apa alasan untuk menolak pil perancang, jumlah mereka yang menggunakannya di seluruh dunia meningkat tahun demi tahun. Kekangan atas dasar agama juga menjadi semakin longgar dan ada di kalangan ulama dunia Islam yang berpendapat tidak apa menggunakan pil perancang. Kadar penggunaan pil meningkar sebanyak 4% setiap tahun. Ini bermakna pengeluar pil-pil perancang seperti Bayer terutamanya yang mempatenkan hak pengeluaran mereka membolot berbillion-billion ringgit setiap tahun. Apakah mereka memainkan peranan dalam mempengaruhi ulama berfatwa...itu hanya andaian.
  6. Pil juga telah menyebabkan produk popular sebelum ini seperti kondom menurun permintaannya. Di India umpamanya permintaan terhadap kondom turun dengan amat drastik sebab para muda-mudinya lebih selesa dengan pengalaman seks tanpa kondom.
  7. Pil perancang juga mengubah suasana kedudukan wanita di seluruh dunia. Sejak 1970, jumlah kaum wanita memasuki pasaran pekerja profesional meningkat dengan mendadak sekali. Ini disebabkan mereka berpeluang merancang perkembangan karier mereka tanpa perlu risau termengandung. Hanya sejak itu dunia baru menyaksikan munculnya para CEO dari kalangan wanita dan adalah dijangkakan persamaan kedudukan wanita dan lelaki dalam jawatan-jawatan besar korporat akan sama menjelang tahun 2026.
  8. Kemunculan pil perancang di seluruh dunia juga sebenarnya membuka pintu merebaknya penyakit AIDS dengan tidak terbendung lagi di seluruh dunia. AIDS memang telah lama wujud tetapi pil perancang menggalakkan perkembangannya apabila bersetubuh tidak semestinya mengandung dan orang tidak perlu memakai kondom lagi untuk menghalang mengandung. Ini telah dibuktikan oleh berbagai kajian yang telah dijalankan.
  9. Apakah pil perancang menyebabkan jumlah mereka yang menggugurkan janin berkurangan? kajian masih tidak dapat membuktikannya lagi. Tapi di Spain misalnya penggunaan pil perancang meningkat sebanyak 30% sejak 1997 hingga 2007, namun dalam masa yang sama jumlah kes pengguguran anak meningkat dua kali ganda dalam tempoh yang sama.
  10. Pil perancang tetap popular dan semakin popular. Peluang membuat duit dalam industri ini adalah cukup baik sekali dan kini para pengeluar sedang bertungkus lumus mengeluarkan sejenis lagi pil perancang terbaru. Kali ini ia berbeza kerana yang perlu menelannya adalah kaum lelaki. Apa kesannya pula sama-samalah kita tunggu selepas pelancarannya.

Artikel disumbangkan oleh Mohd Shubhi Abdul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate