salam wahai rakan2 seagama ku (bangsa xada tanya dalam kubur) aku nie sejujurnya adalah peminat tegar tok guru nik abdul aziz nik mat.. aku tak ambik port mana kalau ahli2 politik lain kena bedal tp kalau tok guru kena fitnah.. aku cukup2 marah.. bukan kerana aku nie manusia tak ada akal tp kerana akal yang ALLAH berikan lah yang aku tampil disini membongkarkan kisah silam aku di maahad darul anuar (sekolah tok guru)
aku nie insan yang nakal.. sebab tu la ayah aku hantar ke situ.. nak jadikan cerita seusia remaja lagi aku yang sebelum nie agak liar. berubah sedikit demi sedikit, dari yang selalu duk tinggal solat dan liar aku mula mengenali masjid 5 waktu sehari wajib solat atas masjid (pengalaman kena sebat atas belakang buat aku jadi manusia.. terima kasih ustaz sebab sebat saya di dunia jika tidak habis la saya di akhirat kelak)
di pendekan cerita.. bersaksikan mata yang ALLAH berikan kepada aku.. aku melihat sendiri bertapa zuhudnya insan bernama tok guru nie. kehidupanya tidak seperti MB lain.. sahabat2 sejatinya adalah pak cik2 tua yg kalau hari tak ada kuliah diorang akan berbual dan ada pakcik2 duk urut2 manja tok guru..hehehe jika ada jamuan tok guru makan bersama kami dan tidak makan bersama tetamu vip ( vip yg datang pun makan sekali kami) pernah juga aku melihat tok guru bawa parang berjalan keseorangan tampa ditemani bodyguard kekebun.. dan yang paling penting tok guru sentiasa menjadi imam dan bersolat dimasjid jika beliau tiada tugasan diluar.. rumah tok guru nie tak ada pagar.. sesapa nak berjumpa tok guru boleh la mendaftar dimasjid ketika solat berjemaah..(protokol masjid pulau melaka dari pemerhatian aku)
kadang2 aku hairan dengan sikap2 manusia jahil nie.. mereka hanya tahu menghentam dan terus menghentam tok guru dan ingat lah.. pemimpin begini lah yang seharusnya kita hormati dan sanjungi bukan pemimpin yang hanya mementingkan kroni2 mereka yang hanya tahu untuk mengaut seberapa banyak harta2 rakyat.
maaf kerana aku menulis dengan gaya caca merba. bagi aku, bertapa berdosanya aku yang melihat dan belajar di sekolah tok guru hanya diam membisu apabila tok guru dihina oleh mereka2 yang mengejar wang ringit. sedangkan aku pernah menyaksikan bertapa tok guru adalah pemimpin yang banyak memberi tauladan kepada pelajar-pelajarnya. seorang pemimpin yang tidak menyalahgunakan kuasanya. seorang pemimpin yang hidup seperti rakyat biasa(orang kampung)
kepada pengundi2 muda.. aku bersumpah bahawa apa yang aku coretkan diatas adalah dari apa yang aku saksikan sepanjang aku belajar disana dan fitnah2 yang dilemparkan kepada tok guru hanyalah fitnah2 mereka yang mahu merampas kelantan.. negeri yang dikatakan miskin walhal lebih maju dari negeri2 yang mempunyai royalti minyak.. kalau pun negeri miskin apa yang aku banggakan ialah rakyat kelantan adalah kaya kerana disanalah rumah2 banglo milik orang melayu paling banyak di malaysia. aku penulis bukan rakyat kelantan tp aku suka kelantan (FAKTA BUKAN AUTA)
NUKILAN hamba ALLAH dari Apa Kelas Channel....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan