Kehangatan bola sepak Eropah tidak
membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan. Hasil pendapatn dari sukan termegah
di dunia itu digunakan penyerang kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan
umat.
Kanoute yang kini bermain untuk kelab
Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan menampakkan ketaatannya sebagai seorang
Muslim di mana pun beliau berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol
2006-2007 itu bahkan rela menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar
Islam.
Pada tahun 2007, komuniti muslim
Sevilla terancam tidak boleh menggelar solat Jumaat berjamaah ketika masjid di
bandar itu nyaris ditutup. Izin penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu
habis dan terpaksa dijual kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan
membeli masjid itu dengan harga 700 ribu dolar AS.
Untuk menyelamatkan masjid itu, Kanoute
harus rela menyisihkan sekitar satu tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian,
Kanoute tetap tawadhu dan enggan mengulas atas amal mulianya itu.
"Jika Kanoute tidak membelinya, mungkin
kami tidak akan lagi boleh beribada solat Jumaat," kata seorang jurucakap
Islamic Community of Spain kepada media tempatan Diario de Sevilla.
Kanoute menjadi mualaf pada tahun 1997.
Ia memutuskan untuk pindah kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali
pada tahun 2004. Ia kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika
2007
sumber republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan