YANG MASIH PANAS...

Amalan Khurafat

 



http://gtb65.blogspot.com

MUQADDIMAH

Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah. Segala amalam dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak.

Namun amalan khurafat ( superstitions ) yang diwarisi oleh nenek moyang kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat masa kini dan menjadi semacam satu masalah yang menganggu kejernihan dan kestabilan Aqidah Islami.
Pembahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu di sini kami tumpukan skop pembahasan kepada pengertian khurafat, bentuk-bentuk khurafat yang masih dipraktikan masa kini, khususnya penggunaan tangkal, azimat & wafaq dan bahaya amalan-amalan tersebut, khususnya masalah penggunaan khadam jin dan masalah saka.
Diharapkan memalaui lelaman ini, dapat digerakkan usaha membenteras amalan-amalan tersebut daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam bahaya syirik. Firman Allah yang bermaksud :


"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )


"..... dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya ( agama Islam ), lain dia mati sedang dia kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya ( yang baik ) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya ( selama-lamanya )" ( Al-Baqarah : 217 )


Maka itu, persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius. Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terperangkap dalam bahaya yang dibawanya, samada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di akhirat kelak.


DEFINASI KHURAFAT

  • Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.
  • Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".
  • Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.

Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :-

  1. Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan.
  2. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.
  3. Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumi, kepercayaan atau keyakinan yang tidak benar. Ia adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang benar ( al-haq ).
  4. Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.

Berdasarkan pelbagai definasi teknikal yang tercatat di atas, ciri dan skop istilah khurafat boleh disimpulkan sebagai merangkumi aspek-aspek berikut :-

  1. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.
  2. Ia secara jelasnya bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam, serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti, dan kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.
  3. Ia diyakini sebagai boleh mendatangkan kebahagian/manfaat atau kecelakaan/bala.

BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT DI RANTAU INI

Lembaran sejarah telah memcatatkan bahawa manusia yang menghuni rantau ini memulakan keagamaan mereka dengan menganut fahaman dinamisme-animisme.


DINAMISME

  • Fahaman dinamisme ialah suatu kepercayaan yang menyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri.

  • Ia berupa prestasi luar biasa yang dimiliki. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya.


ANIMISME

  • Adapun fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia.
  • Biasanya animisme akan menimbulkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi mendapatkan sesuatu.
  • Pertolongan makhluk halus adalah sebenarnya daripada makhluk jin.


PENGARUH HINDUISME-BUDDHISME

  • Seterusnya rantau ini dipengaruhi ajaran Hinduisme-Buddhisme.

  • Hinduisme-Buddhisme itu sebenarnya sudah mempunyai unsur-unsurdinamisme-animisme yang tersendiri dan keadaan ini menyebabkan dinamisme-animisme tidak tergugat dan terus berkembang

KEDATANGAN ISLAM


  • Sekalipun agama Islam merupakan agama yang cukup ketat dan cukup tegas unsur tauhidnya, namun cara dan pendekatan pendakwahan dalam proses penyebarannya di rantau kita ini adalah berlansung dalam bentuk yang penuh toleransi dengan sikap tidak mengubah, tetapi menyesuaikan :

Dari itu, upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan tetapi diubahsuai. Maka adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa dengan nada yang panjang dan sedih.

  • Dengan pendekatan dakwah bergini ramai sekali golongan manusia memeluk agama Islam tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah.


  • Namun amalan-amalan keIslaman menjadi bercampur-aduk dengan kepercayaan amalan-amalan yang diwarisi dari nenek moyang kita.

  • Amalan menyeru, memohon dan memuja makhluk ghaib ( dinamisme-animisme ) masih dihayati dan dipraktik, sekalipun sudah memeluk Islam

  • Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin.


Dalam kontex ini Allah berfirman yang bermaksud :



"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )


  • Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir.


Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.
BENTUK-BENTUK KHURAFAT


Khurafat muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk berikut :
  • Perbuatan tertentu
  • Ungkapan tertentu
  • Cerita atau kisah tertentu
  • Bilangan tertentu
  • Konsep, prinsip atau mazhab tertentu

Pembahasan mengenai bentuk khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu kami tumpukan skop pembahasan pada penggunaan tangkal, azimat, wafaq, mentera-mentera asing dan salah-guna ilmu kebatinan, terutama dalam seni mempertahankan diri. Ini amatlah penting dibincangkan memandangkan amalan-amalan tersebut masih berleluasa dikalangan umat Islam hari ini.


Azimat, Tangkal dan Wafaq

  • Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.
  • Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.
  • Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.
  • Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.


PERSOALAN :


Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah?
  1. Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :
  2. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.
  3. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.
  4. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.


MENTERA


  • Di antara perbuatan-perbuatan khurafat yang bertentangan dengan tauhid ialah mengucapkan kata-kata mentera yang tidak diketahui maknanya. Namun diyakini bahawa mentera itu berpengaruh menolak kejahatan atau boleh mendapatkan pertolongan khadam jin ataupun malaikat.
  • Nama-nama dan kata-kata asing yang tidak pasti ertinya dikhuatiri mengandungi nama-nama jin dan jika diulang-ulang, tentunya akan disambut seruan itu oleh jin-jin tersebut.
ILMU KEBATINAN


Perkara khurafat-khurafat juga boleh dilihat apabila manusia menyalahguna ilmu kebatinan terutama dalam ilmu mempertahankan diri ( silat ), ilmu perbomohan, ilmu andaman traditional atau ilmu kebidanan traditional. Di sini kami akan muatkan sahaja perbincangan tentang salah gunanya ilmu kebatinan dalam seni persilatan yntuk memberikan gambaran khurafat yang boleh terkandung di dalamnya.
ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI ( SILAT )


  • Memang ada keperluan bagi seorang Islam mempersiapkan diri dan melengkapkan senjata untuk mempertahankan diri, agama dan negara
  • Namun bahayanya timbul apabila dalam ilmu mempertahankan diri terdapat syarat-syarat yang mempunyai unsur-unsur penyembahan, pemujaan, penghambaan diri dan permohonan bantuan dari kuasa atau atau tenaga ghaib.
  • Diantara syarat-syarat tersebut termasuk :-

  1. menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.
  2. melakukan acara gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memulakan dan menamatkan latihan.
  3. semah gelanggang dengan menyembelih ayam atau menyiram darah binatang ( sebagai sajian untuk makhluk-makhluk tertentu ).
  4. mandi dengan air mandian tertentu sbagai lambang membuang sial.
  5. tidak boleh banyak menyoal tindakan guru, mesti ada sifat taasub dan berserah kepada guru.
  6. perlu bertapa sebelum diberikan sesuatu ilmu.
  7. tidak boleh meninggalkan solat, padahal sudah jelas wajibnya dalam Islam.
Amalan-amalan di atas jelas mengandungi unsur-unsur khurafat! Diharapkan para pengamal silat atau seni mempertahankan diri bersifat waspada dan peka akan perkara-prekara tersebut sebelum melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Unsur-unsur khurafat yang serupa boleh juga didapati dalam amalan ilmu kebatinan lain seperti ilmu perbomohan, ilmu perbidanan dan lain-lain; contohnya semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak, memanggil roh datuk nenek dan sebagainya. Maka manusia mestilah menghindarkan diri daripada mereka yang mempraktikkan amalan-amalan ini sekiranya nyata bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.


KESAN & KEROSAKAN AMALAN KHURAFAT

Terdapat banyak kesan & kerosakan dari amalan khurafat, namun di sini kami tumpukan kepada 2 perkara yakni dosa Syirik dan bahaya pewarisan Saka.


Bahaya terjerumus ke dalam dosa SYIRIK


  • Apabila manusia mengamalkan perkara khurafat, mereka akan meyakini bahawa dari kalangan makhluk ada yang boleh memberi manfaat dan mudarat.
  • Memohon perlindungan, memuja, mentaati selain dari Allah SWT, jelas syirik dan dosa syirik adalah dosa yang terbesar yang tidak diampuni Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa besar." ( An-Nisa : 16 )


Bahaya Pewarisan SAKA


Seperti yang telah dibincangkan, amalan khurafat dan ilmu-ilmu kebatinan selalunya ada kaitan dengan jin, samada dibela, dibuat sahabat, diseru, dipuja, ditaati atau disihirkan kepada seseorang.
  • Makhluk halus atau jin ini akan berdamping dengan tuannya dan akan terus berdamping bersama kaum keluarganya setelah tuan yang asalnya telah meninggal dunia.

  • Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA, yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.
  • Penurunan boleh dilakukan secara terang, di mana dinyatakan kepada waris yang paling 'layak' menerima amalan atau ilmu kebatinan tersebut.
  • Penurunan boleh juga berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang-barang tertentu seperti keris, lembing, tangkal, batu geliga dan seterusnya. Saka itu akan mempengaruhi pewaris untuk meneruskan amalan seperti melanggiri keris dengan air limau atau mengusapkannya dengan kemenyan dan sebagainya.
  • Saka yang diwarisi boleh menyakiti pewarisnya dengan berbagai masalah seperti memporak-perandakan rumahtangga, menyesatkan iman, menyebabkan tuannya bertindak tidak waras, menyrang tuannya ketika uzur atau setelah terlalu tua, dan sebagainya.

PENUTUP

Praktis khurafat masih terus bertapak kukuh dan berlansung dalam kadar yang agak subur di tengah-tengah masyarakat kini. Usaha-usaha pembenterasan mesti terus digerakkan agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam unsur negatif ini.


Proses pembenterasan hanya boleh berkesan dengan ilmu mengenainya. Mulakanlah dengan mengeluarkan segala unsur-unsur khurafat itu dari diri kita sendiri dan mengembalikan tauhid kita kepada Allah SWT dengan sepenuhnya.


Mudah-mudahan kita akan dapat juga nantinya menyelamatkan ahli masyarakat kita dari menjadi mangsa virus khurafat yang cukup bahaya ini, Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate