HEDONISME itu ringkasnya satu
fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa
menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonisme lah yang melanda generasi
belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat
menjadi negara maju.
Berdasarkan sejarah, amalan
hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu
fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh
menghina agama.
Antara arahan yang dikeluarkannya
ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan
kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang
mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan
bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup
menggunakan kain.
Selain itu, pelbagai arahan
dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang
dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.
Selepas pemerintahan Ratu Victoria,
keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini
dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan
yang dulunya dilarang.
Kebebasan itu menular di kalangan
masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar
nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan
pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.
Hasilnya masyarakat hanyut dibuai
hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar
kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa
didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya
dipelihara.
Melalui perkembangan masa, pengaruh
budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara
ini.
Secara umumnya, hedonisme itu boleh
dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh
Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’,
melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk
dalam tabiat ini.
Secara jelas, konsep yang
dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang
panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
Gejala ini timbul berikutan
kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan
antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.
Budaya ini begitu cepat menular di
kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap
dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. (Sekarang ni
bukan remaja saje yg terjebak)
Dengan kemunculan pelbagai pusat
hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan
pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan
dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak
digunakan oleh remaja kota.
Selain itu, peningkatan kelahiran
anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan
remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Islam awal-awal lagi menolak gejala
negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama
dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia
mengamalkan akhlak terpuji.
Sewaktu Islam mula berkembang di
tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di
kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak
kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya
melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan
mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat
kelak.
Malah dalam hadis yang
diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti
yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang
pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan
mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran
agama.
Punca gejala ini timbul akibat
kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam.
Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan
dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan
kepada mereka.
Pendidikan Islam negara perlu
dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun
semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat
mereka.
Realiti pelajar masa kini
mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan
untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama
tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam
gejala negatif.
Ketika ini dianggarkan lebih
400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara
kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk
apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan
mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit
dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.
Siapakah yang harus
dipertanggungjawabkan bagi memulihkan gejala ini? Mari kita sama-sama
fikirkan??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan