YANG MASIH PANAS...
Jin Iblis Dan Syaitan , Bagaimana Mereka Membiak
Selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN, IBLIS, SYAITAN . Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan dan boleh dikatakan letaknya saling bertindih diantara demensi mereka dengan demensi kita. Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).
Menurut kejadiannya, JIN IBLIS DAN SYAITAN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan kelebihan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya. Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.
MEREKA JUGA BOLEH BERANAK PINAK:
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang membesar dan menjadi baligh. Namun berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.
IBLIS pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
BUNIAN atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.
BAGAIMANA AGAMA MEREKA ?
JIN juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak JIN terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan JIN kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan JIN yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan JIN.
Seperti juga manusia biasa, JIN juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada JIN Islam yang bertaraf awam sahaja, JIN Islam yang di tingkat iman Khawas dan JIN Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "Sebaik-Baik JIN Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan JIN Islam yang awam dan JIN kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan JIN pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
BENARKAH MANUSIA BOLEH MELIHAT JIN?
Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian). Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan. Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk. Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.
PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH S.W.T .
Nama iblis di langit dunia ialah Abid. Di langit kedua Zahid. Dilangit ke tiga Arif, Di langit ke empat Wali. Di langit kelima At-taqi. Di langit ke enam al-khozin dan di langit ke tujuh Azazil dan Di Lauhul Mahfuz, Iblis. Dia lupa akibat urusannya, Maka Allah swt memerintahkannya sujud kepada Adam. Dia berkata, "Apakah dia lebih mulia dari aku?Bukahkah aku lebih mulia darinya..? Kau jadikan aku dari api dan Kau jadikan dia daripada tanah. "Allah berkata, " Aku boleh berbuat sekehendakKu." Dia mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak , di mana Malaikat telah sujud pada Adam. Ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua untuk bersyukur. Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal. Lalu Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepalanya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera , kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang besar bagaikan bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali. Allah sentiasa melaknantinya sampai hari kiamat. Kerana dia kafir . Dari Malaikatyang paling agung menjadi sedemikian rupa. Sesungguhnya ini adalah merupakan peringatan.
Tersebut dalam Atsar: Ketika Allah SWT menjadikan iblis sedemikian rupa muka Hibril dan Mikail menangis. Allah SWT berkata kepadanya, " Mengapa kamu menangis?" Keduanya berkata , "Ya Tuhan kami , kami tidak berkuasa di ats kekuasaanMu. " Ya, sedemikian pula kalian tidak berkuasa ke atas kekuasaanKU."
Iblis berkata , " Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam, aku tidak kuasa atasnya kecuali dengan penguasaanMu." Allah berkata, "Engkau ku kuasakan atasnya. Yakni , atas anak cucunya." Kerana para Nabi selamat dari Iblis. Iblis berkata "Berilah aku kuasa lagi." Allah berkata, "Setiap ia beranak engkau pun beranak." Iblis memohon lagi, "Berilah aku lagi". Allah berkata " Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anak.Sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan batil. Perbuatla sekehendakmu!"
Lalu Adam berkata, " Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis kepadaku, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu Ya Allah. Allah berkata " Setiap umatmu akan dijaga oleh Malaikat." Adam memohon lagi , "Tambahilah aku." Allah berkata "Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala sepuluh kali ganda," Adam berkata lagi . "Tambahilah aku". Allah berkata, " Aku terima taubat mereka selagi mereka masih hidup." Adam berkata lagi". Tmbahilah aku... Allah berkata lagi, " Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang di lakukan . " Adam berkata lagi, "Baiklah , aku telah merasa senang sekarang." Kemudian Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku? " Allah berkata, " Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Quran mu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan ngan nama KU, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."
Nauzubillah..!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2013
(623)
-
▼
Mac
(40)
- Bahaya Salafi Wahabi Di Malaysia!!!
- Dr. Ramadhan Al Bouti telah syahid
- Wanita Muslim versus Wanita Barat
- Yahudi ketakutan, Mujahidin Suriah Jadikan Israel ...
- sejarah jihad di bosnia sepenggal kisah perjuangan...
- Sikap Al-Azhar Mesir tentang 'Taqrib'(persatuan) S...
- Sekilas sejarah hitam syiah sepanjang zaman
- Berjabat Tangan Setelah Sholat itu Bukan Bid’ah Se...
- Wahabi Tuduh Muslim Lebih Syirik dari Musyrikin Qu...
- Tak Semua Mengikuti Tradisi Kafir itu Tasyabbuh
- Putra Mahkota Charles: ‘Kehancuran Manusia di Dun...
- 50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM
- RENUNG SEKETIKA
- APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH.....
- ~ 18 sebab jin merasuk manusia ~
- Fakta2 yg Rakyat Malaysia mesti tahu:
- Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal
- Senarai nama selebriti Yahudi
- Amalan Khurafat
- Tergamak !!!!!, Umno Kini Berkempen Dalam TANDAS M...
- INILAH KERJA SYAITAN YANG DIKENALI
- Cover Album Anita Sarawak Ada Unsur Illuminati
- Jin Iblis Dan Syaitan , Bagaimana Mereka Membiak
- Panas hari ini! Paderi tertinggi Kristian Katholik...
- Berbogel untuk Seni
- Alasan untuk Tidak Menutup Aurat?
- PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENG...
- Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah S...
- Malu untuk Berbogel, Tapi Tak Malu untuk Berpakaia...
- Khomeini mengafirkan seluruh sahabat dan Ahlus Sunnah
- Khomeini menolak peribadahan kepada Allah Subhanah...
- PENYEBARAN DAN PENAKLUKAN ISLAM
- KERAJAAN UTSMANIYAH: MUSUH EROPAH
- ANCAMAN ISLAM Mitos atau Realitas
- PENTING : WASPADA KETIKA MAKAN KANGKUNG
- Apa Itu Hedonisme?
- Kenapa Jodoh Lambat?
- Ribena Ada Kandungan Arak
- TEKNIK RED HERRING-KAJIAN KES NFCorp
- TEKNIK RED HERRING-PEMBELITAN KENYATAAN
-
▼
Mac
(40)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan