Mengapa
kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor
mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel
tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha
sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd
Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
“Usaha
sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu
tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang
‘munasib’.
Saya
bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai
99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di
mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya
ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya
ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan
cuba lagi.
2.
Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak
mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang
yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, atau macam nak jadi
isteri.
Satu
contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan
izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah
menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk
dikurniakan anak.
Begitu
juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk
menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal,
mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak
kira bila dan di mana.
3.
Tiada Daya Penarik“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal
pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat
di hati.
Caranya
ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif.
Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih
tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan
sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang
meminang.
“Kita
perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan
sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik
orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau
sesiapa saja.
4.
Doa Tidak Makbul“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah
berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa
masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih
kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya.
Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5.
Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak
kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang
baik.
6.
Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya
terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak
dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada
sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika
ini berlaku, carilah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan