Propaganda parti perkauman, Umno/BN sangat
mudah untuk dikenal pasti. Ia menggunakan sentimen 3R iaitu Race, Royal, and
Religion (Bangsa, Raja dan Agama) untuk menarik sokongan orang Melayu
kepadanya.
Lihat sahajalah, isu-isu 3R yang diulang siar
berulang kali dalam media-media kongkongan Umno/BN. Menarik kali ini, salah
seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar menunjukkan
taktik terbaru Umno/BN berkempen dan memainkan sentimen bangsa Melayu di dalam
jamban kah kah kah...
Menurut pengirim, gambar ini diambil di dalam
sebuah jamban Masjid Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang terletak
hanya beberapa meter dari rumah YB Dato Aziz Kaprawi (ADUN BN Parit Raja).
Kita faham, mesej propaganda ini ditujukan khas
buat orang-orang Melayu Islam yang menggunakan jamban masjid. Tentu sekali
jarang orang bukan Islam akan menggunakan jamban masjid.
Sebelum ini ada penulis buku yang mengiklankan
buku karya tulisannya di dalam tandas, tapi tak sangka pula Umno/BN akan
menggunakan strategi kempen di dalam jamban seperti ini kah kah kah...
Sungguh terdesak, sampaikan dalam jamban pun
nak berkempen. Jaringan Melayu Barisan Nasional (JAMBAN). Lepas ini jika anda
lihat jamban, pakat-pakat ingat Barisan Nasional kah kah kah...
~milosuam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan