Khomeini mengkafirkan para sahabat
Rasulullah shallallahu 'alihi wasallam dan menyifati mereka dengan an-Nawashib,
bahkan Khameini memilih pendapat yang paling ekstrem dari pengikut-pengikut
Syiah dalam hal bermuamalah dengan mereka, iaitu dianggap sebagai kafir harbi
(kafir yang harus diperangi).
Khomeini berkata, "Pendapat yang paling
kuat adalah mengikutkan an-nashib dalam golongan kafir harbi dalam hal bolehnya
menggunakan apa sahaja yang dia usahakan, dan hal ini telah termasuk khumus (1/5
bahagian dari harta yang wajib dikeluarkan oleh orang Syiah-pent.) . Bahkan yang
nampak secara nyata adalah bolehnya merampas hartanya di mana saja dan bagaimana
pun bentuknya, dan kewajipan mengeluarkan khumusdarinya. "(Tahrir al-Wasilah,
I/352).
Lalu siapakah yang Khomeini maksudkan
sebagai an-nawasib? Mereka adalah anda para pembaca yang Sunni, dan kita
seluruhnya Ahlussunnah wal Jama'ah.
Khameini juga berkata, "Adapun Nawashib
dan Khawarij-semoga Allah melaknat kedua golongan ini-keduanya tidak diragukan
lagi adalah najis." (Lihat, Tahrir al-Wasilah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan