YANG MASIH PANAS...

Inilah Pemikir Melayu Yang Hebat


Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal alam Melayu.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2.Namun,ketika beliau berumur 10 tahun,ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang.Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab.Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo,cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya.
Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah,sastera,sejarah,dan politik.Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun.Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia.Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam,Merdeka,Menara,Pemandangan,Gema Islam,Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.
Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah,Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.




Senarai karya Hamka
>Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
>Si Sabariah. (1928)
>Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
>Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
>Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
>Kepentingan melakukan tabligh (1929).
>Hikmat Isra' dan Mikraj.
>Arkanul Islam (1932) di Makassar.
>Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
>Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
>Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
>Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
>Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
>Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai >Pustaka.
>Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
>Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
>Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.
>Tuan Direktur 1939.
>Dijemput mamaknya,1939.
>Keadilan Ilahy 1939.
>Tasawuf Moden 1939.
>Falsafah Hidup 1939.
>Lembaga Hidup 1940.
>Lembaga Budi 1940.
>Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
>Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
>Negara Islam (1946).
>Islam dan Demokrasi,1946.
>Revolusi Fikiran,1946.
>Revolusi Agama,1946.
>Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
>Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
>Didalam Lembah cita-cita,1946.
>Sesudah naskah Renville,1947.
>Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
>Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,
>Ayahku,1950 di Jakarta.
>Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
>Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
>Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
>Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
>Kenangan-kenangan hidup 2.
>Kenangan-kenangan hidup 3.
>Kenangan-kenangan hidup 4.
>Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.
>Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
>Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
>Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
>Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
Pribadi,1950.
>Agama dan perempuan,1939.
>Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
>1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan 1950).
>Pelajaran Agama Islam,1956.
>Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.
>Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
>Empat bulan di Amerika Jilid 2.
>Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk >Doktor Honoris Causa.
>Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
>Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.
>Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
>Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
>Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
>Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
>Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963, Bulan Bintang.
>Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
>Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
>Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
>Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
>Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
>Himpunan Khutbah-khutbah.
>Urat Tunggang Pancasila.
>Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
>Sejarah Islam di Sumatera.
>Bohong di Dunia.
>Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
>Pandangan Hidup Muslim,1960.
>Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
>Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

sumber : malaysiasensasi.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate