Adakah benar Neil Armstrong mualaf?
Berita mengenai angkasawan Amerika
Syarikat, Neil Armstrong menjadi mualaf selepas mendengar suara azan di bulan,
dibantah lelaki itu. Armstrong menyatakan dia tidak pernah mendengar suara azan
ketika berada di bulan, apatah lagi mengucapkan dua kalimah syahadat sebagai
syarat masuk Islam.
Ya, bersama dua rakannya Buzz Aldrin
dan Michael Collins, Armstrong disebut-sebut berjaya mendarat dan berjaya
menjejakan kaki di bulan. Lewat misi Apollo 11, trio angkasawan NASA itu
mencatatkan namanya di dalam buku-buku sejarah sebagai manusia pertama yang
menjejakkan kaki di bulan tersebut. Tapi, di sebalik kejayaan tersebut, ada
cerita yang masih menyisakan misteri, yakni kisah Armstrong menjadi muslim
setelah mendengar suara azan ketika berada di orbit bumi.
Entah dari mana khabar bila sekembali
dari bulan Armstrong terus menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Selain itu sepanjang
hidupnya, Armstrong terkenal sebagai seorang yang tertutup kepada media. Tapi
dugaan ia menjadi muslim bermula ketika Armstrong melawat Mesir pada
1970.
Di masa bercuti di negeri para nabi
tersebut, Armstrong didakwa mendengar suara azan. Ia disebut-sebut mendengar
panggilan solat bagi umat Islam itu ketika sedang makan di sebuah restoran di
Kaherah. Kepada seorang pelayan restoran tersebut, Armstrong yang meninggal
dunia pada usia 82 tahun, Ahad (26/8) kelmarin, mengaku mendengar suara serupa
ketika sedang di bulan. Setelah itu ia didakwa memeluk Islam. (Baca: Neil
Armstrong Tutup Usia).
Malangnya, ayah tiga anak itu tidak
mengklarifikasi khabar tersebut. Armstrong tidak membenarkan atau menafikan
khabar tersebut. Sejumlah media, seperti answering-islam.org, Jurnal Arabia, dan
wiki-islam menulis berita kontroversi Armstrong masuk Islam adalah hoax alias
cerita bohong. Mereka menuding khabar tersebut adalah cara Barat untuk
memperbodohkan umat Islam di seluruh dnia.
Namun, ketika berbincang dengan
angkasawan Malaysia, Zaid Zahari di sebuah acara televisyen, Armstrong akhirnya
buka suara. Ia mengaku membatah semua khabar tersebut. Ia menyatakan tidak
pernah mendengar suara azan di bulan. Ia juga menegaskan dirinya bukan seorang
muslim. "Satu-satunya perkara yang sukar dalam misi Apollo adalah berupaya
membantah kebenarannya," kata Armstrong.
Sayangnya, tak sedikit umat Islam yang
terlanjur percaya dengan hoax tersebut. Tak pelak, kisah Armstrong mendengar
azan dan menjadi mualaf pun tetap menjadi misteri yang bakal terkubur rapat
seiring upacara pengkebumiannya yang digelar secara tertutup, Jumaat (31/8) ini.
Sumber republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan