"Tak ada lagi bacaan yang dapat
meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang
kecuali membaca Al-Qur'an ...".
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya
yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berjaya
membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim,
baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan
fisiologi yang sangat besar.
Penurunan tekanan, kesedihan,
memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh
am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan sang dokter
ahli jiwa ini tidak menentu.
Penelitiannya disokong dengan bantuan
peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, detak jantung,
ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.
Dari hasil uji cobanya beliau telah
membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam
melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula
oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah
kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada
tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai
97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil uji cuba tersebut
diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston.
Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2
wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka
pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah
Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali
ini terbahagi dua sesi, iaitu membaca Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan
bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan
ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari
Al-Qur'an.
Al-Quran memberikan pengaruh besar jika
diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia
dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya
diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons
tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan
kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam
membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan
rohani kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh
mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang,
bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an
mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Maha benar Allah yang telah
berfirman,
"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an,
semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"
(QS 7: 204).
sumber jurnalhajiumroh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan