YANG MASIH PANAS...

Inilah Sikap Polis Kita , Yang Hangpa Tengok Dalam Citer " GERAK KHAS " Tu Belakon Je Jangan Pecaya Sangat....


Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.



Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis “menjaga” demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

“Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ia menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.

“Jikalau Pakatan yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran,” katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas tindakan polis yang seringkali rajin mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana jika pihak Pakatan memohon sekalipun, permit tetap tidak diberikan.

“Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini, ia pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno,” katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.

Isu pertama membabitkan kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala yang kedua pula, katanya, permainan berbahaya media arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan penganut Kristian dengan orang Islam. Ini dilakukan dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'.

“Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharyl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

“Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan.

“Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?” soal Tuan Ibrahim.

Katanya, kini rakyat menunggu dan menghitung hari menunggu bila polis akan bertindak terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu video seks.

sumber : MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate