YANG MASIH PANAS...

Polis Tak Cekap Langsung , nak tau sapa pengedar dan Yang mempamirkan video lucah pun kena hantar video kat amerika,Makcik Pakcik Felda Pun Tau Sapa.

Thursday, May 19, 2011
Pasai apa sebenarnya polis takmau dedahkan siapa pelaku video seks.

MalaysianInsider melaporkan:

JOHOR BARU, 18 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.


Dipetik Bernama Online, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”

“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - TMI.
Memang betul la macam kenyataan TKPN tu, memang polis tak perlu dedahkan sapa pelaku dalam video tu pasai kes tu nak siasat kesalahan mengedar dan mempamer video lucah.

Peduli apa sapa pun yang dalam video tu, yang kena peduli sapa yang mengedar dan mempamer video lucah tu.

Maknanya, yang akan kena cuma tiga orang yang berpangkat Datuk tu dan sapa jugak yang mengedar dan mempamerkan video tu termasuk jugak la kut yang mempamerkan kat dalam blog.

Tapi kalau setakat pamer keratan video pertama yang dipamerkan merata blog tu pada aku tu bukan video lucah. Takdak pub aksi lucah dalam tu. Takkan setakat pasai tuala pun lucah. Keratan video yang kedua aku tak pasti pulak pasai aku memang tak tengok lagi. Tak berkesempatan sebenarnya pasai link yang aku dapat dah dipadam videonya, malas pulak nak sungguh-sungguh cari link salinan.

Lagi pun buat apa aku tengok video tu. Aku bukannya perasan bontot Anwar tonggek ka dak, perut Anwar buncit ka dak. Kalau muka memang sebijik macam muka Anwar pun belum tentu sah Anwar. Teknologi filem la ni canggih, bukan takat macam Anwar, muka macam Anwar tapi badan macam Rosmah pun boleh depa boleh.

Kalau ikut kenyataan TKPN tu memang polis tak salah. Yang patut disalahkan adalah Pejabat Peguam Negara. Semua ni aku rasa angkara pejabat peguam negara. Patutnya Pejabat Peguam Negara kena arahkan polis siasat video ni menjurus kepada kesalahan buat video lucah selain dari kesalahan mengedar dan mempamer. Taktau la pulak kalau buat video lucah tak salah.

Kalau siasat kesalahan buat video lucah, dah tentu la kena siasat sapa pengarah dia, sapa juru kamera dia, sapa krew-krew dia, dan macam-macam perkara lain termasuklah yang tak kurang pentingnya sapa pelakon-pelakon video lucah tu.

Isunya sekarang ni pasai apa Pejabat Peguam Negara hanya arahkan polis siasat dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah.

Jadinya, tak mustahil isu skandal video lucah ni ada kaitan dengan pejabat Peguam Negara. Malah tak mustahil jugak skandal video lucah ni adalah perancangan bersama Pejabat Peguam Negara, maksud aku puak-puak "si Anjing Umno" yang ada di Pejabat Peguam Negara tu.

Mungkin "si Anjing Umno" yang ada di Pejabat Peguam Negara tu memang takmau dedahkan sapa pelakon dalam video tu. Mungkin sebab tu jugaklah kut, beberapa kali kertas siasatan yang polis dah siapkan dan dihantar ke Pejabat Peguan Negara tapi direjek dan disuruh buat semula sampai nampak macam polis malaysia ni tak reti buat kerja.

Memang tak heran langsung kalau depa tak peduli untuk buktikan samada betul atau tak Anwar Ibrahim pelakon dalam video tu. Yang depa pentingkan cuma supaya nama Anwar Ibrahim terpalit, imej Anwar jadi lagi teruk dan akhirnya orang melayu akan terus sokong Umno.

Cuma yang aku mushkilnya, kalau betul polis siasat menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, pasai apa pulak polis perabih duit sampai katanya hantar video tu ke Amerika dan Korea untuk buktikan yang video tu tulin. Tah berapa la duit rakyat yang dibuang macam tu saja untuk ujian yang tak perlu tu.

Peduli apa video tu tulin ka dak. Tak kira la video tu tulin atau tak, yang pentingnya video tu boleh dikelaskan sebagai video lucah.

Lagi satu yang aku heran, pasai apa sebelum ni dalam isu kes video lucah Chua Soi Lek, tak nampak pun polis sungguh-sungguh nak siasat sapa yang mengedar dan mempamirkan video tu. Takdak pulak polis bising kata takmau tau sapa pelakon video tu. Bila Chua Sio Lek mengaku memang dia dalam video tu dan kemudiannya minta maaf, kes terus ditutup.




source: http://cenangau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate