
Ucapan Khomeini kepada rakyat Iran pada lima belas Sya’ban 1359.
Saya mendoakan keberkatan kepada seluruh Umat Islam dan seluruh rakyat Iran pada hari raya yang berbahagia ini (15 Sya’ban). Bulan Sya’ban adalah bulan yang agung, dilahirkan pada hari ketiga (Sya’ban) seorang mujahid serta ahli ilmu yang agung dan pada lima belas haribulan lahirlah ke alam nyata ini Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu (kami menebus roh-roh kami kepadanya).
Sesungguhnya isu keghaiban imam[1] adalah satu isu yang penting yang menjelaskan kepada kita beberapa perkara. Antaranya ialah tiada seorangpun yang dapat melaksanakan tugas yang besar seperti ini (iaitu tugas melaksanakan keadilan dengan maknanya yang sebenar ke seluruh alam) untuk seluruh manusia kecuali imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu (semoga Allah memberikan kesejahteraan kepadanya) yang disimpan oleh Allah ta’ala untuk manusia. Setiap nabi datang untuk menegakkan keadilan. Tujuannya ialah untuk melaksanakannya ke seluruh alam tetapi tiada yang berjaya. Sehinggakan penyudah sekalian nabi[2] yang datang untuk memperbaiki dan membersihkan manusia serta melaksanakan keadilan juga tidak berjaya. Dan sesungguhnya orang yang benar-benar berjaya dengan menepati sepenuhnya makna kalimah itu dan melaksanakan keadilan di semua penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar (ditunggu-tunggu).
(Rujukan: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat al-Imam al-Khomeini hal. 42)
Kesimpulan:
Ø Khomeini merupakan seorang penganut Syi’ah yang mempunyai kepercayaan sebagaimana penganut-penganut Syi’ah yang lain iaitu kepercayaan kepada Imam Dua Belas dan yang terakhir iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari merupakan al-Imam al-Mahdi yang ghaib dan akan muncul di akhir zaman.
Ø Khomeini dan Syi’ah mengadakan bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w., para sahabat dan ahlul bait iaitu menyambut perayaan pada lima belas Sya’ban.
Ø Khomeini dan Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa mereka tidak berjaya dalam tugas mereka.
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Iaitu Imam Mahdi di sisi Syi’ah iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari yang ghaib pada tahun 260h.
[2] Iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
sumber : Darulkausar.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan